Rakaman gambar yang disertakan adalah menujunkan bagaimana negara yang kaya dengan hasil mahsulnya melayani pembangunan pendidikan generasi mendatang. Apakah dengan kekayaan yang di ada di bumi Malaysia ini sudah tidak sanggup melakukan atau memberikan bantuan kepada kelangsungan pekembangan anak-anak ini.
Kita lihat gambar ini, ( apakah gambar ini di " superimposekan " ) jelas menunjukkan kepada kepimpinan bagaimana anak-anak ini berjuang untuk mendapatkan pelajaran, dan bagi mereka pelajaran adalah segala-gala untuk masa depan. Kanak-kanak ini memberanikan diri untuk terus menggunakan " titi gantung " ini untuk ke sekolah. Titi Gantung ini laksana " highway 3 lorong " untuk mereka.
Cukup mencemaskan, sekali pandang anak-anak ini berjalan atas angin, tidak tahu apakan landasan yang digunakan. Mungkin mereka adalah ahli sirkas pada satu masa nanti.
Tiada kelas gunakan khemah, tapi lihatlah keselamatan khemah yang disediakan.
Lihatlah bagaimana lantai dan dinding sekolah, apakah ianya dapat pihak pengajar dan pelajar menerima pelajaran dengan paling sempurna sekali?
Memang tidak dinafikan rakaman gambar-gambar yang dipaparkan adalah diambil dari sekolah-sekolah pendalaman di Malaysia Timur. Tapi apakah asalan kerana sekolah mereka di pendalaman kedaifan dan kesukaran untuk mereka belajar di nafikan? Apakah ini yang di katakan " pendemokrasian Pendidikan ?"
Rakaman ini dari sekolah di Semporna Sabah - Sk Pulau Bait.
Kepada pihak yang berwajib bertindaklah untuk kepentingan mereka, dan perlu di ingat mereka adalah menerus generasi kita dan didikan yang sempurna insyaallah akan melahirkan insan yang sempurna.
Jgn fitnah ..... gambar jambatan gantung tu di Indonesia,sila klik google.....
ReplyDeleteMencari hakikat kebenaran!!!!! apa maksud nyer jika penulis ini memfinah....
xkan jumpa kebenaran itu jika mcari dgn cara sebegini...
Sepatutnya sdr berjuang utk pendidikan semasa anda memegang jawatan presiden persatuan dahulu...... bukan setelah tiada jawatan.....
apa makna nya semua ini???