Arena pendidikan di negara ini lebih mementingkan bagaimana " wang " rakyat dapat digunakan, perancangan dan perubahan semuanya mengira bagaimana wang dapat disalurkan kepada kroni. Pada awal 1980an, pendidikan di negara berubah dari KLSR - Kurikulum Lama Sekolah Rendah kepada KBSR - Kurikulum Baru Sekolah Rendah. Ada kalangan pendidik menterjemahkan " Kerja Berat Sehinggan Rebah ".
Memang tidak dinafikan " arena pendidikan " adalah lubuk emas kepada mereka yang sentiasa ghirah untuk mendapatkan keuntungan. Semasa pembentangan bajet setiap tahun pendidikan mendapat peruntukan yang terbanyak. Bajet untuk makan, bajet untuk kelas tuisyen, bajet untuk membelia pakaian serta bajet untuk pengurusan baik dari sudut kemudahan asas mau pun bajet untuk pengurusan pembangunan pendidikan itu sendiri. Apabila dilahirkan satu dasar maka sudah tentu pihak kerajaan menyediakan bajet untuk tujuan tersebut.
Dasar KBSR hanya bertahan selama hampir 20 tahun dengan berlandaskan FPN dan FPK yang bermatlamatkan dan dapat melahirkan manusia dengan perkembangan seimbang dari sudut JERI ( Jasad, Emosi, Rohani dan Intelek ).
Selama hampir 20 tahun akhirnya, KBSR di kuburkan dan Dr. Mahathir merancana satu dasar baru PPSMI ( Pengajaran & Pembelajaran Sains Matematik dalam Bahasa Inggeris ) Sebermula pada 2002 dan memang pihak kerajaan menyediakan cukup lumayaan peruntukan untuk tujuan dasar ini. Setiap kelas di sekolah akan dibekalkan dengan Komputer Riba, sekolah juga disedikan kan dengan makmal komputer, bahan-bahan Pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris begitu banyak sekali.
Pelaksanaan Dasar ini telah mendapat tentangan dari pihak pejuang bahasa, mereka menganggap kerajaan telah dan akan menghilangkan identiti Melayu di negara sendiri. Semua guru di paksa mengikuti kursus " penguasaan bahasa Inggeris ", semua guru disediakan dengan kemudahan alat ICT yang termoden. Semua guru di ajar melalui kursus-kursus untuk mengendalikan peralatan tersebut.
Tapi apa bezanya antara dasar KBSR dan PPSMI dengan pihak kerajaan memperuntukan satu bajet untuk program " Permata Pintar " ? KBSR dan PPSMI ianya masih tidak dimiliki oleh orang perseorangan dan ianya masih dimilik oleh pihak Kementerian Pendidikan, cuma penyelahgunaan kuasa sahaja yang dapat di pertikaikan, kerana agihan kontrak, penyediaan keperluan P & P ( Pengajaran & Pembelajaraan ) kadang-kadang di miliki oleh syarikat yang ada hubungan antara mereka dengan pihak kementerian.
Permata Pintar di khususkan kepada seseorang dan ianya diberikan peruntukan yang cukup besar, sedangkan p & p Permata Pintar ini sudah ada di sebilangan sekolah, dan hampir semua sekolah sudah ada kelas Pra Sekolah, serta Tadika-tadika, sama ada tadika kelolaan kerajaan mau pun parti politik yang lain. jadi keujudan Permatan Pintar ini seolah-oleh memberikan satu peruntukan untuk orang tertentu.
Akhirnya tak perlukan dinyatakan angka dalam penyediaan kedua-kedua dasar tersebut baik KBSR mau pun PPSMI dan Program Permata Pintar, semua nya bermatlamat dan menghalalkan penggunaan wang rakyat.
Anda sebenarnya tak tahu PERMATApintar itu apa. Dari pembacaan saya anda sebenarnya tidak mencari fakta tetapi menulis secara melulu
ReplyDelete