Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, December 22, 2012

GURU BERLEBIHAN - TEMPAT TAK ADA

Dasar pengswataan yang diilhamkan oleh Mantan PM - Tun Mahadir kini telah menampakkan arah mana sebenarnya dasar itu ingin dibawakan, apa yang kita dapat perhatikan " mereka " yang berjawatan penting dalam kerajaan amat mudah untuk mengujudkan program yang mendatangkan hasil segera. Kita boleh lihat bagaimana tumbuhnya bak " cedawan lebah hujan " IPTS ( Institut Pengajian Tinggi Swasta ), mereka berselindung di sebalik penubuhan IPTS ini. Siapa di belakangnya. Mereka mengaut keuntungan program pendidikan, dan Malaysia sudah menjadikan Pendidikan sebuah " lubuk mas ". 

 Di Malaysia " kilang " untuk melahirkan guru cukup banyak, dari Ins. Pendidikan Guru dan sebilangan besar IPTA pula turut menyediakan kursus untuk tujuan yang sama. IPTA yang tersohor dalam hal ini ialah UPSI - Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kini rakyat tersentak dengan laporan media sejumlah 7k guru sedang " goyang kaki " tanpa sebarang jawatan.

Media melaporkan bahawa kira-kira 7,000 lepasan guru menganggur. Mereka itu adalah lepasan  dari institusi-institusi swasta yang ada kena mengena dengan kerajaan. Sehingga kini isu ini gagal diselesaikan oleh Menteri Pelajaran dan Menteri Pengajian Tinggi.

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Puad Zarkashi dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bercanggah mengenai masalah tersebut. Tidak ada  sebarang langkah konkrit yang meyakinkan semua orang bagi menyelesaikan isu ini.

Majoriti guru siswazah adalah lulusan Universiti Tun Abdul Razak (Unitar), yang diuruskan oleh Yayasan Pintar.

Yayasan Pintar dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang turut dianggotai timbalan perdana menteri dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Yang lainnya ialah ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Mustapa Mohamed, yang juga seorang menteri, dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Nampaknya mereka hanya pandai menyediakan tempat untuk melatih guru tanpa membuat unjuran tentang keperluan guru. Tidak ada penyelarasan antara jumlah guru siswazah yang dikeluarkan oleh IPTA dan IPG.

Masalah penempatan guru ini sebenarnya bukan sahaja dihadapi oleh lepasan Unitar ini, malah lepasan guru siswazah dari IPTA juga ada yang terpaksa menganggur lama. Hanya guru siswazah lepasan Institut Pendidikan Guru (IPG) sahaja yang dijamin akan di'posting' ke sekolah-sekolah sebaik menamatkan pengajian mereka.

Bijak sungguh kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi menjalankan tugas mereka. Malang sungguh rakyat Malaysia masa kini.

1 comment:

  1. UMNO dan BN sudah memerintah Terengganu hampir 50 tahun..... Tapi Kenapa Pemuda UMNO, Puteri UMNO, Wanita UMNO dan Pemimpin2 UMNO Terengganu tetap memilih jadi bodoh?

    2013 - Tahun Paling Malang Rakyat Terengganu........ Lihat sendiri bukti kalau tak percaya...

    ~ BUKTI 1 ~

    ~ BUKTI 2 ~

    ~ BUKTI 3 ~

    ~ BUKTI 4 ~

    Saya mohon sangat2 agar semua anak2 muda mengundi PR pada PRU ke-13. Mesti undi PAS, PKR dan DAP. Kita mesti ambil serius soal ekonomi dan perpaduan kaum. BN telah meninggalkan banyak hutang di setiap negeri. Ini akan membebankan kita.. Percayalah. Lihat sendiri selangor, bila PR memerintah kurang 5 tahun, hutang berkurang. Bandingkan dengan Terengganu yang diperintah BN sejak 50 tahun dulu... Kat mana hebatnya Pemimpin UMNO yang menafikan kewibawaan Pemimpin Pakatan Rakyat? Mereka pun tahu tapi tetap mahu menafikannya.. sememangnya betul.. ( Buktikan kalau saya bercakap bohong)

    Terang2 tak wujud perpaduan dalam BN. MCA dan MIC terang2 menolak BN.

    Pastikan anda memberitahu rakan2, emak ayah dan saudara yang kurang tahu soal ekonomi dan perpaduan kaum.... Walaupun terpaksa berada dlm kem BN dan UMNO, pastikan undi anda tetap kpd PR....

    ~ (( Budaya Samseng )) - Ahli2 Mahu Lari Dari UMNO ~

    Biarkan UMNO bersendirian... Mereka tidak mahu bersatu, kita boleh bersatu sesama kita... Mereka pentingkan perpecahan... Biarkan mereka... Mereka lebih mengutamakan keganasan untuk mengekalkan kuasa... Biarkan mereka..... Mereka hanya mahu jadi samseng... Biarkan mereka samseng selamanya....

    Biarkan pemimpin2 UMNO memperbodohkan ahli2 mereka selamanya...

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA