Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, September 4, 2012

PPD PERAK TENGAH


Kg. Gajah 4 Sep. 2012, KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia, kini memang sudah menjauhkan diri dengan kerja hakiki ( core bisness ) , kini KPM sudah dijadikan medan untuk memastikan UMNO sentiasa dihati rakyat. Secara terdesak semua agensi di bawah KPM seolah-olah menerima arahan dari Putra Jaya untuk tugas rasmi tersebut. IAB - Institut Aminuddi Baki ( di semua cawangan ) Jabatan Pelajaran semua negeri serta Pejabat Pelajaran Daerah di semua daerah dengan " PEGAWAI PAK TURUT " sudah mengkiblatkan ucapan mereka untuk menghentam kepimpinan PR terutama DSAI.

Selaian " arahan rasmi " pihak kepimpinan sama ada di peringkat Parlimen mau pun DUN juga menggunakan " kelonggaran " ini untuk mereka " membuli " pegawai-pegawai pendidikan - samada mereka di jabatan mau pun di pejabat daerah, bagi pegawai-pegawai pendidikan pula untuk memastikan kerjaya mereka terjamin ikut saja cakap ahli politik ini. Kekadang pegawai ini pula yang lebih sudu dari kuah.

Gambar copyright : Facebook

Sebagai contoh, gambar di atas, niat untuk membantu para pelajar dan murid miskin memang menjadi tuntutan tambahan pula kepimpinan UMNO majoritinya " kaya-kaya " belaka sememangnya mereka " wajib " menyalurkan sumbangan tersebut. Tapi kenapa perlu di guna premis pendidikan, apakah UMNO miskin bangunan untuk perhimpunan.
Beliau yang sedang berucap bukan nya Pegawai Pelajaran Daerah ( PPD ) - gambar, beliau ialah ADUN Belanja yang juga Ketua UMNO Bahagian Parit. PPD.

Baru-baru ini dalam sembang-sembang di warong Mak Janda, heboh mereka memperkatakan kaitan dengan kalangan guru yang melibatkan diri dengan kerja-kerja sampingan seperti berladang, kerja binaan dan sebagainya. Kekelambutan mereka ini kekadang menjadi bualan kerana " waktu " kekelambutan mereka itu sungguh tidak sesuai, sepatutnya berada di sekolah tapi di sekitar tapak projek dan kawasan ladang. Persoalannya apakah PPD - Pegawai Pelajaran Daerah " buta " tidak nampak hal perilaku anak buah mereka, atau mereka " membutakan " mata kerana mereka yang telibat dari kalangan ahli parti pemerintah? Apa yang mereka nampak jika pegawai itu rajin dan kuat kemasjid perlu ditukarkan jauh kerana mereka yang ke masjid ini orang PAS.

Ada juga kalangan pegawai-pegawai di PPD itu sendiri bertindak lebih sudu dari kuah, semua program yang melibatkan YB semuanya sanggup, apa saja, terutama yang melibatkan keperluan kehadiran, surat rasmi dikeluarkan, jamuan di pesan melalui pembekal yang biasa, akhirnya ada kalangan pembekal yang mengadu sudah hampir setahun bayaran tidak diterima, dan akhirnya pegawai lepas tangan, pembekal gigit jari. Apakah ini cara pegawai dari UMNO bertugas.
Profile Picture

 

Dari Temerloh melaporkan IAB Genting Highlands, melalui program Latihan Perkhidmatan Pengurusan ( LADAP ) dengan mewajibkan semua kakitangan perkhdimatan menyertainya, dan fasilitator dengan menggunakan perkataan " si peliwat itu " serta memainkan isu perkauman dan menyebutkan idea sulit DAP untuk menidakan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia

 

Ini di laporkan lagi kes naya ( bahasa kg. gajah )

Politik itu jhat dan kejahatan politik itu tidak ada batas dan sempadananya. Benarlah politician itu (politician modern) lebih jahat dan tidak bermaruah dari binatang. Seorang pegawai PPD - Pejabat Pendidikan Daerah telah meminta seorang guru perempuan agar memasakh suaminya yang dikatakan seorang penyokong Pas.

(Faskah menurut Kamus Dewan pembatalan nikah). PPD berkenaan katanya tidak senang dengan penglibatan politik suami guru berkenaan yang dianggap boleh menganggu seorang tokoh politik yang dipuja dan diharapkan akan menang dalam pilihan raya akan datang. Kerana melihat suami guru berkenaan menyokong parti kerajaan, suatu hari pegawai PPD itu telah memanggil guru perempuan berkenaan dan mengemukakan cadangan berkenaan.

Diperayai cadangan itu adalah ugutan dan tekanan terakhir ke atas guru iu agar mempengaruhi suaminya suapa tidak menyokong parti kerajaan. Dialog atau perbualan pegawai berkenaan dengan guru perempuan itu katanya dirakam dan rakaman itu disimpan oleh seseorang bakal beredar pada pilihan raya akan datang. Pengawai PPD itu juga tak cermat dan tidak menyedari perbualannya dirakam.

Menurut sumber yang mengakui memiliki rakaman itu di dalam rakaman selama 23 minit 45 saat itu pegawai PPD berkenaan ada menyebut nama tokoh politik berkenaan. Bagaimana pun tindakan buruk pegawai PPD berkenaan tidak sempat dilaksanakan oleh guru berkenaan apabila guru itu bertindak mendedahkan kejadian itu kepada pihak tertentu.

 Pegawai berkenaan dikatakan betindak atas arahan tokoh yang disokong itu kerana bimbang kegiatan dilakukan suami guru berkenaan menjejaskan peluang tokoh itu menang. Bukti ini berdasarkan pegawai itu ada menyebut nama tokoh politik itu. Kejadian ini berlaku di sebuah jajahan berpesisiran pantai di Kelantan kira-kira dua bulan lepas.

Adalah dipercyai tokoh politik yang pernah menang dan kalah dua kali dalam pilihan raya itu meminta kes itu diselesaikan dan tidak diperpanjangkan apabila perbuatan buruk pegawai PPD berkenaan terbongkar sampai ke pengetahuannya.

 Hikmat pendedahan guru berkenaan, beliau yang mulanya diugut akan ditukar ke luar negeri tidak ditukar sebaliknya dipindahkan ke sekolah yang berhampiran dengan rumahnya. Tindakan itu dipecayai untuk mengaman dan menutup mulut guru berkenaan agar tidak memperbesarkan kesnya itu. Siasatan lanjut akan dijalankan./~

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA