Sekolah Kebangsaan Seri Pristana
Tragedi apa yang berlaku di sebuah sekolah Sekolah Kebansaan Sri Pristana, Sungai Buloh telah berjaya memperlihatkan kepada kita bagaimana seseorang pemimpin yang mengulus hanya dengan mendapat maklumat tak rasmi. Manusia, sama ada pemimpin mau pun manusia biasa cukup cepat terpengaruh dengan maklumat pertama yang mereka
terima. Mereka akan lebih percaya maklumat ini walaupun ada maklumat kedua datang yang bertentangan dengannya.
Memang sepatutnya seorang ibu merasa " marah " dan " naik darah " jika melihat sesuatu yang di luar jangkaan, dan peristiwa yang tidak harus berlaku tapi itu yang berlaku, manakan boleh sebuah bilik air di jadikan kawasan untuk para murid menjamu selera. Kebetulan pula ianya berlaku di bulan Ramadhan, sudah tentulah mereka yang terlibat dari kalangan " bukan Islam "
Tapi apakah tindakan ini di luar dari perbincangan dengan pihak-pihak tertentu di sekolah, terutama PIBG, sebagai agen antara sekolah dengan pihak ibubapa. Mesti tindakan penggunaan kawasan ini diambil sesudah beberapa " isu " hangat di ambil kira, seperti kebersihan, kesesuai juga keadaan semasa. Mesti juga diambil kira kenapa dan mengapa diperlukan kawasan tersebut di gunakan.
Kita meracang tapi Allah juga meranang, mungkin keadaan ini cuba mempelihatkan kepada kita bagaimana seseorang pempin yang diangkat jadi pemimpin tapi tidak cukup dengan latihan sebagai seorang peimpin. Hanya dengan sekeping gambar serta dengan laporan cara lisan serta tanpa siasatan MP kawasan ini telah membuat pertuduhan yang tanpa periksa.
Kamalnathan ( gambar ) Timbalan Menteri Pendidikan tanpa usul periksa telah melenting tak tentu pasal berhubung pelajar India diarah makan dalam tandas. Blogger Pilihan-anda telah menghentam Kalamathan :-
Apabila keluar kenyataan rasmi dari pihak PIBG dan pengesahan dibuat oleh AJKnya yang bukan beragama Islam Majer Hardeep Singh ( di The malaysian Insider ) akhirnya Ahli Parlimen ini terkedu. Tambahan Majer Hardeep ini bukan Islam - sudah tentu tidak ujudnya
Tetapi apabila Hardeep yang bercerita, ia menjadikan cerita ini dipercayai sebagai betul.
Inilah nasib Malaysia. Salah sangka dan perasaan salah faham antara kaum terlalu menebal. Semua perkara berlaku terlalu dilihat daripada perspektif kaum dan agama. Mungkin ini reaksi bukan Melayu dan bukan Islam kepada sikap dan lagak yang ditunjukkan oleh orang Melayu dan Islam yang terlalu ekstrim sebelum ini.
Tetapi apabila Hardeep yang bercerita, ia menjadikan cerita ini dipercayai sebagai betul.
Inilah nasib Malaysia. Salah sangka dan perasaan salah faham antara kaum terlalu menebal. Semua perkara berlaku terlalu dilihat daripada perspektif kaum dan agama. Mungkin ini reaksi bukan Melayu dan bukan Islam kepada sikap dan lagak yang ditunjukkan oleh orang Melayu dan Islam yang terlalu ekstrim sebelum ini.
Sebagaimana kenyataan Hardeep, beliau memberitahu, pelajar sekolah ini menggunakan bilik persalinan yang tidak digunakan ini sejak Mac tahun ini lagi. Ketika itu belum masuk bulan Ramadan di mana umat Islam berpuasa. Pihak sekolah mengemaskan bilik itu dan meletakkan meja dan kerusi. Di situ tidak ada tandas hanya bilik mandi yang tidak digunakan.
Majer Hardeen juga mengesahkan bilik persalinan ini telah diguna 3 bulan sebelum Ramadhan, dan ianya digunakan oleh semua bangsa, sebagai tambahan kepada kantin yang ada. Semua kanak-kanak sekolah ini, Islam dan bukan Islam, Melayu, India dan Cina menggunakan bilik ini untuk makan sebagai tambahan kepada kantin sekolah.
"Kantin sekolah ini sempit untuk menampung pertambahan pelajar yang mendadak di kawasan ini. Sebelum ini, ramai pelajar yang makan tepi longkang, tepi jalan pada waktu rehat. Jadi Guru Besar ni ambil inisiatif untuk gunakan bilik persalinan yang tidak digunakan itu sebagai tempat makan," katanya.
Biasale, akhbar akan memutarbelikan keadaan sebenar, kerana akhbar di Malaysia memang sudah bertugas untuk menjadi isu sebenar untuk di jadikan isu bertaraf " high class " dan yang terbaik isu itu menjadi isu perkauman.
Maka berlakulah apa yang berlaku.
Guru Besar sekolah ini Mohamad Nasir Mohd Noor menjadi sasaran kebencian banyak pihak. Bukan setakat cacian bahkan beliau juga menerima ugutan bunuh.
Padahal beliau cuba untuk membuat yang terbaik untuk pelajarnya dengan ruang yang ada.
No comments:
Post a Comment