Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, June 15, 2011

ISLAM AKAN BANGKIT TAK LAMA LAGI

Masjid Jaiziah ( Masjid Lama ) Kg. Gajah sekali lagi menjadi tumpuan kepada mereka yang " dahagakan " ilmu akhirat. Pada 13 Jun yang lepas, masjid di kunjungi Us. Badirul Amin Baharom Pengarah Penerangan Kerajaan Negeri Selangor yang juga mantan pensyarat di UIA Gombak.


Intipati pembentangan beliau adalah berkaitan dengan keadaan zaman ini yang mana umat Islam sedang di ancam oleh pihak barat dan dalam keadaan yang sama kalangan pemimpin pula terikut-ikut dengan rentak meraka. Tindak buat yang dilaksanakan seolah-olah mengiakan apa yang dibuat oleh Barat. Dan yang cukup terancam bagi umat Islam ialah bagaimana untuk " membebaskan " Al-Aqsa dari cengkaman Yahudi.


Ust. Badrulamin - gaya seorang pendakwah

Sebagai seorang bekas pensyarah, beliau berjaya " mengapli " cara berhujjan dan jemaah yang hadir dapat memahami dengan mudah apa yang dihujjahkan. Sumpah Laknat yang menjadi isu masa kini, langsung ianya tidak dapat " penerangan " secukupnya dari pihak Jabatan perdana Menteri yang menjaga Hal Ehwal Agama, bukan itu saja malahan alim ulama terus membisu serta pihak Jabatan Agama Islam WP pula membenarkan masjid di jadikan tempat sumpahan tersebut. Apakah pihak JAWI memberikan kebenaran untuk majlis tersebut? ini adalah satu persoalan yang perlu di jawab oleh mereka " rintihan beliau.

JAWI perlu bertanggongjawab terhadap isu ini, siasat siapa dia ESKAY yang sebenarnya, dan apakah bersumpah ini boleh mengatasai perundangan negara masa kini?

Saya bersumpah tidak terlibat dalam kes pembunuhan ini - kes gugur
Saya bersumpah tidak merogol perempuan ini - kes gugur
Saya bersumpah akan menjalankan tugas dengan penoh amanah dan tanggongjawab - sumpah seorang menteri tapi melakukan rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya.


Sebahagian dari jemaah yang turut hadir di majlis tersebut.


Lagi gambar jemaah yang hadir sama.

Tindakan pemimpin pemerintah masa kini amat zalim sekali dengan memerah keringat rakyat tetapi mereka hidup dengan mewah, membazir. Rakyat di nafikan hak untuk menikmati penghidupan mewah, rakyat terus di nasihat agar berjimat, jangan boros tapi ingatan itu tidak kepada pemimpin. Mereka ( pemimpin ) berbelanja ikut suka hati saja. Tindakan menyumbang kepada negara dan pemimpin pula sentiasa hiduap dalam kemewahan adalah haram hukumnya.

Kepada pemimpin: dari dan cara mana harta di perolehi dan cara mana pula harta itu di belankan. adalah dia persoalan yang akan di tanya semasa di kubuh nanti - Kuliah maghrib 14 Jun 2011.


Layar Besar juga digunakan untuk memudahkan pihak jemaah.

Isu luar negara pula pihak ust. memaklumkan Kerajaan Mesir telah membuka pintu di sempadan Rapah untuk kemudahan keluar masuk Palestin dan rakyat Mesir dan kini pihak Kerajaan baru Mesir telah memotong kemudahan gas ke Israel. Perkembang ini menunjukkan sudah ada tanda-tanda Islam akan bangkit. masa rejim Mubarak dulu rakyat Palestin perlu menggunakan hampir ribu terowong untuk berulang alik Mesir ke Palestin.



Ust. juga sempat bersalaman dengan jemaah selepas kuliah.


Peminat Ust. tidak melepaskan peluang untuk merakamkan detik manis besama Ust.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA