Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, October 13, 2010

RISDA - BEBAN YANG PERLU DITANGANI

suasana dalam dewan,
" pusat komuniti - bawah program pelan tidakan desa bersama dengan pengacara majlis

Kg. Bandar Lama sebuah Kampong sederhana dalam Daerah Kecil Kampong Gajah, dan dalam kawasan Parlimen Pasir Salak berYBkan Dato Tajuddin Abdul Rahman dan berYBkan Dr. Wan Ashikin ADUN Kg. Gajah. Dengan " keakrabanya " YB Setiauaha Kerajaan Perak Dato Ishak Yoep Sahar - ( kini mantan ) satu peruntukan di bawah Ifra ( peruntukan projek pembangunan Kemajuan Luar Bandar di KKLW ( kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kampong ini menerima sejumlah hampir 300k ringgit Malaysia bertujuan membaik / " mengapgred " tarap kehidupan masyarakat kampong.


kolam untuk tujuan ternakan ikan keli, kini terbengkalai tanpa " pembelaan "
ianya juga adalah salah satu projek bawah peruntukan Infra.


Ini dewan kedua untuk kampong ini.

yang masih megah tesergam indah, masih kukuh tapi kemaksimaan penggunaannya amat terhad sekali, dewan pertama telah menjadi bengkel untuk membuat kerenda terletak berhampiran jalan utama, dewan tersebut di berikan nama Dewan Dato Hj. Ahmad Razali - matan YB DUN Kg. Gajah di zaman akhir 60an dulu.


Ini dewan baru dewan ke3 untuk Kg. Bandar Lama,
dewan Dr. Wan Asyikin ( mungkin itulah namanya nanti )


peruntukan hampir 150k, dibina pada tapak yang " di arahkan ", tapaknya dalam parit, mudah dihanyutkan kerana sering tenggelam kerana banjir, ianya atas reseb sungai, walaubagaimana pun Risda yang diamanah untuk pembinaannya, dengan kepakaran, kreativiti yang ada, kebijaksanaan dan pandangan semua pihak terlibat, kejayaan pembentukan satu pasukan dari semua agensi kerajaan memberikan kerjasama untuk mencari jalan penyelesaianya, JKR, JPS, Kemas, PPK, Pejabat Tanah, akhirnya terbinalah dewan tersebut - kata En. Aziz Awang, pegawai Risda Wilayah Kinta Perak Tengah, dalam ucapan aluan beliau di majlis tersebut. Atas usaha dan kesungguhan itu akhirnya Risda berjaya dan tahniah.


En. Aziz bin Awang - pegawai Risda Kinta dan Perak Tengah.

Tn. Hj. Shuhaimi Mat Lihat, mewakili ketua Kampong

Beliau sungguh terharu dengan terdirinya dewan tersebut dan ia nya akan di gunakan untuk pelbagai aktiviti kepentingan masyarakat seperti kelas tuisyen, projek satu kampong satu produk, kelas kemahiran pengkomputeran dan berkemungkin juga dewan tersebut akan menjadi sumber pendapatan kepada JKK kampong ini, walau bagaimana pun tahap penggunaannya terhadap kepada mereka yang mendapat kelulusan oleh JKK kampong sahaja. Tapi apa sudah jadi dengan Projek IT oleh kementerian yang terletak di Gerai MDPT, apakah ia masih berfungsi atau sebaliknya? Kini JKK terus memohon permohonan baru, Yang lama terus hilang yang baru perlu dipohon?


YB. dr. Asyikin ADUN Kg. Gajah.

YB Dr. Asyikin juga mengucapkan tahniah kepada Risda atas kejayaan tersebut dan merasa dukacita juga kerana kampong ini pernah menerima peruntukan dari Suruhanjaya Komunikasi bersama dengan Maxis dengan membekalkan 5 unit komputer tapi pada masa ini tidak di ketahui apa sudah jadi. Walaubagaimana pun permohonan dari Wakil Sidang, tersebut akan diberikan perhatian dengan sebaik mungkin. Pelbagaikan lah penggunaan dewan ini dan jangan tinggalkan kosong kerana kampong ini bertuah kerana matan YB setiausaha kerajaan negeri adalah anak tempatan.

Tn. Hj. Shuhaimi Mat Lihat menerima replika kuncin dewan dari YB. Dr. Asyikin


Sebahagian dari tetamu yang hadir.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA