Masjid Jame ( Lama ) Kg. Gajah yang pada satu ketika dulu ditinggalkan selepas pihak kerajaan membina masjid baru - Masjid Sultan Azlan Shah, kini mendapat nafas baru untuk terus memberikan khidmat dakwah khusus kepada penduduk setempat dan kini telah dapat menarik perhatian oleh sebilangan besar masyarakat di daerah Kg.Gajah.
Masjid yang dulu nya usam dan tidak bermaya kini telah diubah suai dengan " kehendak " pengunjung, malahan majlis pengajian boleh di katakan setiap malam, dan setiap subuh dengan kuliah subuh, subjek huraian dari semua sudut, fekah, fardhu ain, tafsiran, tauhid, faraid dan penceramahnya pula terdiri dari bijak pandai agama.
Yang paling menakjubkan selain dari mendapat ilmu setiap " pengunjung " bersedia untuk memberikan sumbangan seada mungkin. Atas dasar itu masjid yang dulunya enakan dengan putaran dari kipas angin tapi kini para jemaah " kesejukan " dengan hempusan pendingin udara.
Dulu dinding dan tingkapnya dari kayu tapi kini sudah naik taraf dengan batu dan tingkap pula menggunakan " tinted glass ", hebat dengan kehendakNya juga tabung kewangan tidak pernah kering, setiap malam sumbangan pengajian hampir menjejas RM200, selain itu ada juga penyumbang yang memberi sumbangan bulanan untuk air, api dan untuk pembersihan kawasan.
Dari sudut " balai lintan " untuk tempat berehat dan " berborak " kalangan jemaah sementera menunggu waktu sembahyang di bina sebuah rumah " home stay ", ianya adalah untuk kemudahan kepada penceramah yang hadir dan berehat sebenter sebelum memberikan kuliahnya, tidak kelihatan " garage " yang boleh memuatkan 4 buat kerata. Kejayaan membina semua kemudahan itu adalah sumbangan jemaah.
Tabuh yang di semadikan di sudut hujung balai lintang ini adalah sebagai bahan sejarah masjid ini, balai lintang ini selain dari digunakan untuk sembahyang terutama di musim perayaan juga dijadikan kawasan makan semasa kenduri berbuka puasa sepanjang Ramadhan.
Kini jelas, pengurusan dan usaha mengimarahkan masjid ini di kelolaankan oleh jawatankuasa yang profesional dan sentiasa peka dengan kehendak pelanggannya ( jemaah ), ini jelas untuk sepanjang Ramadhan 1432 ini keputusan yang diambil dalam mesyuarat kelmarin jelas menunjukkan komitmen semua pihak. Walau pun keputusan yang diambil adalah " biasa " tapi ada antara masjid sekitar tidak mampu berbuat demikian.
Kini jelas, pengurusan dan usaha mengimarahkan masjid ini di kelolaankan oleh jawatankuasa yang profesional dan sentiasa peka dengan kehendak pelanggannya ( jemaah ), ini jelas untuk sepanjang Ramadhan 1432 ini keputusan yang diambil dalam mesyuarat kelmarin jelas menunjukkan komitmen semua pihak. Walau pun keputusan yang diambil adalah " biasa " tapi ada antara masjid sekitar tidak mampu berbuat demikian.
Suasana dalam Masjid, tenang, damai.
No comments:
Post a Comment