Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, June 30, 2010

KG GAJAH - DULU, KINI & SELAMA-LAMANYA

Kampong Gajah adalah sebuah daerah kecil yang mana penduduknya hampir 99% Melayu dan punca utama pencarian mereka adalah pertanian. Walaubagaimana pun kini Kampong Gajah telah di naik tarafkan kepada sebuah Daerah kecil dalam daerah Perak Tengah dengan pentadibaran kelolaan seorang Penolong Pegawai Daerah, dan kebersihan dan keceriaannya pula di awasi dan dibangunkan oleh Majlis Daerah Perak Tengah ( MDPT ).

Semasa Tan Sri Ramli Ngah Talib menjadi ADUN merengkap Menteri Besar Perak, Kampong Gajah di bangunkan sedemikian rupa dengan berbagai-bagai kemudahan, ada mini stadium, ada supermarket, ada market dan

Mini Stadium, Kampong Gajah.

Stadium mini yang kini terbiar tidak di gunakan lagi, keadaan sungguh menyedihkan, bangunan tidak ceria dan kawasan dengan tumbuhan rumput rumpai yang di larang memenuhi setiap ruang.

Salah sebuah taman perumahan di Kampong Gajah. Taman Murni

Kawasan penempatan seperti taman perumahan tumbuh macam cendawan selepas hujan, terdapat Perumbahan Awam ( Taman Seri Cantik, Perumahan Awam 2 dan 3 ) Taman Seri Bandar, Taman Murni, Desa Makmur dan perumahan lot banglo. Tapi kawasan perumahan ini langsung tidak di jaga oleh pihak Majlis Daerah Perak Tengah, walaupun kedudukan perumahan ini dalam kawasan majlis.

Longgokan plastik yang tidak terjaga.

Longgokan sampah sepanjang jalan utama Kampong Gajah - Teluk Intan, ianya sungguh menjolok mata, seolah-olah melambangkan kawasan ini sudah tidak di awasi oleh pihak MDPT, tidak kakitangan untuk membersihkan. longgokan plastik ini terbiar berhari-hari, ia sungguh mencacatkan penglihatan pengunjung ka Pekan Kampong Gajah.

lagi gambar berkaitan dengan kekotoran yang terdapat di Kampong Gajah dengan berlatar belakangkan gerai buah-buah segar, tampa pengguna.

Takongan air yang tidak mengalir di sekeliling pasar.

Kedua-dua gambar tersebut melihatkan bagaimana kawasan pasar yang longkangnya tidak berfungsi dan memberikan bauan yang sungguh tidak menyenangkan pengunjung, saliran langsung tidak berfungsi. Longkang yang tidak ada saliran ini mengililingi pasar dan berdepan dengan kedai makan, bau-bauan yang terhasil dari longkang ini boleh menybabkan pelanggan tidak berkunjung lagi ke kedai makan tersebut.

stesyen bus, kemudahan asas yang disediakan untuk kegunaan orang awam di tinggalkan tampa belaan oleh pihak berwajik, kedaannya sungguh mendukacitakan, pintu bilik air tidak lagi berfungsi sebagaimana yang diharapkan, besi-besi pemegang bangku suduh berkarat dan sungguh membahayakan pengguna. Kenapa agaknya pihak tertentu langsung membutakan mata untuk memberikan perhatian kepada permasalahan tersebut.?


Pemandangan laluan kedai runcit dan pasar menjualan barang basahan.



Ini adalah Pasar Raya Halida, bangunan tesergam indah, tapi malang sekali, keadaannya cukup daif, langsung tidak di jaga, mungkin agaknya pihak tuan punya sudah kurang modal untuk meneruskan perniagaan. cermin tingkap pecah dan dinding dilihat sungguh suram dan seolah-olah menunggu masa untuk " berhenti berniaga ".

Sepatutnya, Kampong Gajah boleh membangun dengan keadaan yang lebih sempurna, keceriaan boleh di " upgradekan " di peringkat maksima bukan kerana apa, kerana mereka yang berwajid untuk menguruskan keceriaan dan pembangunan adalah individu dari Kampong Gajah. Setiausaha Majlis Daerahnya anak tempatan Kampong Gajah, tapi malang beliau tidak berminat untuk memberikan khidmat yang lebih sempurna untuk kebaikan kampongnya.

3 comments:

  1. jgn le kuat sgt spinnya.memang betul bangunannya mdpt punya,tapi kenapa x sebut siapa penyewanya?utk pengetahuan semua,penyewa adalah seorg pemyumbang dana pas pasir salak!macammana org yg mengaku pejuang pas memelihara harta benda yg disewanya?xkan semuanya disalahkan tuanpunya bangunan!sikap lepas tgnnya x pulak GM sebutkan.tidakkah tulisan GM ni berat sebelah?opss saya terlupa sememangnya sikap GM memang begini dari zaman GM mentadbir sekolah!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. janganlah nak cover ...sepatutnya pihgak berwajib lah yang kena jaga keceriaan bandar beb!! ,sebab tu..lah kita sbg rakyat ni bayar cukai,,,ape punyer turrr ko ni...kalau mcm ni..lah pemikiran rakyat kebanyakan, tak heranlah BN menang memanjang!! jadinyer kerajaan tak bertanggungjawablah %%^&****!!!

    ReplyDelete
  3. SALAM, ADE TAK SESIAPA NAK JUAL RUMAH..RUMAH TAMAN LOT TEPI KALAU BOLEH? KALAU ADA BAGI LA TAU TEMAN YE

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA