Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, August 1, 2010

FELCRA - DATU T GAGAL MENYEKAT HIMPUNAN BENCIKAN FELCRA

Sebagaimana yang dirancang, walau pun halangan di reka cipta oleh pihak pemerintah di bawah arahan Ahli Parlimen Pasir Salak, yang juga Pengerusi Felcra namun perhimpunan warna felcra kebangsaan melepasi halangan pertamanya malam tadi. Pihak penganjur telah menduga akan kehadiran polis, yang baju biru tua, yang pakai topi merah dan ada juga hanya menggunakan " vest " berwarna hijau dan bertulis " polis " di majlis tersebut.

Jalan masuk ke kawasan ceramah di sekat oleh polis, polis menjalankan tugasan yang diarahkan, walaupun mereka merasakan tindakan mereka sia-sia dan hanya diri mereka sentiasa di maki hamun oleh masyarakat, mereka cukup faham, mereka juga tahun kenapa dan mengapa majlis sedemikian perlu diadakan. Tapi " sedia berkhidmat " sebagai cogan kata perlu di laksanakan, setiap arahan perlu di patuhi.

Unit Amal selaku penghadang manusia, menyekat kemaraan pasukan polis - FRU


Suasana di " pintu masuk "

Di " pintu masuk " pihak polis bertopi merah siap sedia untuk menggempor keadaan dalam kawasan ceramah, mereka di sekat dengan penghadang " manusia " dan palang besi agar tidak masuk ke kawasan ceramah, raut wajah memang mereka cukup berdisplin tapi dalam hati mereka siapa yang tahu. sama ada mereka menyumpah dengan tugasan atau sebaliknya. Rundingan dengan pihak " boss " mereka di adakan setiap minit dan saat agar mereka memberi laluan kepada program yang telah dirancang. Sekejap, sesekali wakil yang berunding naik ke pentas untuk memaklumkan apa yang dirundingkan, dan ceramah di teruskan.


Kehadiran YB Niza, berjaya mengejutkan khayalak ramai, entah dari mana " turun " beliau dan terus berada di pentas dan terus berceramah kesedaran dan betapa perlu nya kerajaan UMNO / BN yang ada dewasa ini perlu ditukarkan kepada kerajaan baru Pakatan Rakyat.

Sudah pasti ucapan Sdr. Mazlan Aliman Pengerusi Anak memberikan satu kekutan kepada hadiran terutama kepada mereka yang menganggotai " peneroka " felcra untuk mendengar dan mendapat input khusus berkaitan dengan penyelewangan yang dilakukan oleh felda dan kini menular ke Felcra pula. beliau berjanji untuk mendedahkan secara terperinci pada esok malam iaitu pada 1 Ogos nanti. Ditempat yang sama.

Untuk kepada peminat, ahli, pendengar, dan mereka yang ingin melakukan perubahan kepada kerajaan baru perlu hadir, datang dan jangan tak datang.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA