Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, September 15, 2010

ALUMNAI SMDSML - KENAPA PERLU ADA 2 KUMPULAN

Banner - jemputan kepada semua pelajar kehaliran 1988 - 1990

Syabas dan tahniah kepada pihak pengurusan yang sedia dan memberikan khidmat secara percuma dan sukarela untuk mengajorkan majlis tersebut. Sudah pasti dengan adanya majlis seumpana bagini dapat mengembalikan nostalgia zaman persekolahan setiap pelajar, mungkin kini mereka yang bersekolah tahun berkenaan telah menjadi manusia yang dihormati dan berkepentingan untuk negara, agama dan bangsa, zaman persekolahan adalah zaman setiap individu itu membina masa depannya.

Sekolah Menengah Dato Seri Maharaja Lela ( SMDSML ) telah di dirikan pada penghujung tahun 1960an dan kini sudah pun berusia hampir 40 tahun dan sudah pasti " bekas " pelajarnya ramai dan melahirkan pelajar yang amat berguna kepada negara.

Aktiviti sebagini zaman dulu di kenali dengan persatuan Bekas pelajar tapi kini ianya lebih hebat dan dinamakan " alumnai " Untuk itu mungkin pihak penganjor majlis yang hanya menjemput pelajar pada tahun 1988 - 1990 ada strategi tentu yang ingin dilaksanakan. Kesannya sudah tentu ianya curigai oleh bekas pelajar yang tidak belajar di tahun-tahun yang dinyatakan. Sepatutnya pelajar yang dijemput ialah mereka yang tamat pengajian pada hujung 2009, tamat setelah selesai SPM.

Atas dasar tidak menjemput semua " bekas " belajar satu kumpulan lain yang belajar sebelum 1988 pula mengadakan program yang sama, kalau pelajar 1988 - 1990 diadakan di dewan sekolah, kumpulan satu lagi di Dewan Serbaguna MDPT Perak Tengah. Dua kumpulan yang ini seolah-olah melambangkan ada perbezaan fahaman antara kedua-dua pemimpin. Bukankah baik jika kedua-dua kumpulan ini bersatu sudah tentu majlis bertambah meriah dan dapat meninggalkan nostalgia yang menyentuk jiwa. Kenapa perlu diadakan perpecahan dan tidak mengamalkan prinsip persepakatan dan perpaduan?

Kepada kedua-dua pengajor majlis elokah ditubuhkan " alumnai " SMDSML untuk kepentingan bersama demi memajukan sekolah tercinta dan dapat mengembalikan nostalgia SMDSML serta mengatahui perkemgangan semasa bekas pelajar-pelajarnya.

Tahniah kepada kedua-dua kumpulan kerana berjaya mengajorkan majlis tersebut dan jadikan satu kumpulan untuk kepentingan bersama. Selain dari menjaga kepentingan bekas belajar " alumnai " juga dapat membantu pembangunan pendidikan sekolah. Khususnya memberikan khidmat bantu kepada pembangunan pembelajaran pelajar-pelajar. Teruskan perjuangan dalam arena pendidikan.


No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA