Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM120 - RM150 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 013-4500678, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

D'WARIS INAP DESA (HOMESTAY)

UNDILAH...

Thursday, June 30, 2011

ANAK SAYA DITIPU OLEH DATO T


Negara pada sehari dua ini penoh dengan laporan repot polis khusus berkaitan dengan Sabtu 9 Julai jam 2 Petang. Apakah ianya satu realiti atau pun satu momokan untuk menyedarkan kepimpinan UMNO yang ada pada masa kini. Kita tunggu dan lihat sahaja apa yang akan berlaku nanti.




Pejuang Kuning di atas lengkap dengan pakaian serba kuning, dengan berbenderakan Bendera BERSIH - apakah mereka mampu mengegarkan Malaysia?

Pasokan " Kuning " diatas telah memberikan satu isyarat di mana kerajaan perlu memberikan penambahbaikan dalam isu piliharaya di negara ini. Badan bukan kerajaan " BERSIH " menuntuk 8 perkara penambahbaikan tersebut. Satu dari telah di sahkan oleh pihak SPR sendiri, iaitu di mana rumah ibu YB Azmin Ali sendiri dialamatkan sejumlah pengundi dari dua bangsa Cina dan Melayu. Jadi tuntutan mereka ada benarnya.

Cadangan mereka untuk berhimpun pada 9 Julai telah memaksa hampir 200 badan termasuk NGO, Pekedai, badan kerajaan & Swasta yang menghadirkan diri ke balai polis untuk melaporkan bahawa kegiatan mereka ( BERSIH ) menyalahi undang-undang. Sebaliknya pengamal undang-undang dan SUHAKAM mengesahkan perhimpunan ini dibenarkan oleh undang-undang. Lantas itu apakah mereka ini di bayar untuk kebalai polis? itu tidak penting.

Lihat saja apa yang terjadi dengan peristiwa satu perhimpunan aman di perkarangan kompleks Mahkamah jalan Duta, kumpulan ini memberikan " sokongan " bahawa kumpulan Dato T, telah berjaya dalam usaha memfitnah DSAI dengan isu video.


Kekecewaan ini di suarakan oleh eeorang bapa Suhaimai Ali 47 yang amat kesal apabila anaknya yang masih dibangku sekolah diperalat oleh trio ‘Datuk T’ yang mengupah mereka sebagai penyokong sewaktu muncul di Kompleks Mahkamah Jalan Duta Jumaat lalu, dan kumpulan pelajar ini di berikan upah RM50 untuk 3jam bersama di mahkamah tersebut.

“Saya terkejut dan tak tahu, tiba-tiba tengok (dia) masuk akhbar,” kata Shuhaimi yang berang kerana anaknya, Faisal Syafiq, 17, diperalat dan diperdaya trio ‘Datuk T’.

Ayah kepada Faisal yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat ( PPR ) Taman Wahyu, Jalan Kucing, dimaklumkan oleh anaknya, kesemua mereka hampir 30 orang di jemput untuk menaikai bas dan tidak memaklumkan apakah tugasan yang perlu di pikul oleh mereka.
Suhaimi membuat pendedahan itu kerana risau pihak sama akan memperalat pelajar sekolah lain untuk berdemo menentang Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.
“Saya takut 9 Julai nanti, mereka akan guna taktik sama untuk peralat pelajar lain,” katanya.
at 6/27/2011 09:09:00 AM
NONE Senario gambar sebelah juga boleh di pertikaikan, siapa yang taja, kenapa mereka bagitu berani untuk cuba memporak perandakan pejabat parti lawan? Apakah juga mereka di upah? Apakah mereka sememangnya dari Pemuda UMNO - ini ada kaitan dengan bendera yang di bawa. Dalam demonstrasi yang diadakan dalam keadaan hingar bingar, kira-kira 300 orang menurut anggaran PKR datang dengan bermotosikal dan menuntut PKR agar menarik balik sokongan mereka ke atas perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai.

Kenapa pihak berkenaan tidak menyekat tindakan mereka, atau apakah tindakan kumpulan ini mendapat restu dari pihak kerajaan? persoalan ini amat sukar untuk di jawab.

Wednesday, June 29, 2011

UMNO MATI / BN TUMBANG. DESAKAN BERSEH

Kini sejarah akan membuktikan kepada dunia selama ini UMNO sebagai parti teras dalam BN adalah sebuah parti yang hidup dalam serba kekurangn, penakot, tamak haloba, dan tidak berani berhadapan dengan kenyataan.

Mengapa Barisan Nasional ( UMNO / BN) harus takut dengan Himpunan Bersih 2.0, 9 Julai ini, kemana pergi kejantanan mereka selama ini? Apakah masa kini bayang-bayang sendiri telah menghantui kepimpnan mereka selama ini? Bayang-bayang salah laku, buruk perangai, kaki rasuah, kaki betina ( lihat berapa ramai kalangan mereka yang di tuduh membunuh, merogol ). Bayangan inilah yang amat ditakuti oleh mereka.

Perhimpunan BERSIH 1 pada 2007, dan kini BERSIH 2011 sepatunya BN boleh berdiam diri, tidak perlu menggelabah dengan mengaitkan nama Yang Dipertuan Agong, mendakwa berlaku huru hara dan menggunakan polis untuk provokasi himpunan tersebut, jika parti itu sendiri anak jantan. Serahkan sahaja kepada SPR untuk membersihkan diri mereka.

Perangkap YB Azmin Ali telah mengena dan disahkan oleh pihak SPR, memang ada pemilih yang " tersalah " alamat. Manakan tidak di rumah ibu YB Azmin ada pengundi Cina dan Melayu yang berjumlah 11 orang. Tapi malangnya Pengerusinya, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, masih tidak akor dengan pendedahan dan pengesahan tersebut sebaliknya terus mendakwa pembangkang bukan anak jantan, malah tunggulah PRU kita berdepan di PRU kenapa perlu perhimpunan? Najib malu dengan pengakuan tersebut, ngape tak arahkan Tim. Pengerusi SPR tersebut letak jawatan, kerana telah memalukan UMNO / BN.
Mana juak-juak UMNO, mana PERKASA, mana Pemuda UMNO, Mana panglima Silat Lincah, sepatunya mereka bersuara dan memberikan restu kepada BERSEH untuk menuntuk 8 perkara semasa PRU nanti. Malahan SPR masih membisu dan tidak menerima tuntutan tersebut yang telah dikemukakan sejak tahun 2008 lagi. Kalau itulah keadaannya, siapa yang jadi anak pondan? BN atau PR? sendiri boleh fikir.

Masa kini, rakyat serta pemilih siapa yang penakut, siapa yang pondan, siapa yang tak jujur, siapa yang tamak. Apakah UMNO / BN menang pilihaanraya dengan mainan kotor? Kalau kita dipihak yang benar mungkin hari ini kalah dan tak tentu akan datang kita menang kembali? Berani Kerana Benar Takut Kerana Memang Kita Bersalah.

Jadi, jelas BN berkuasa atas penipuan, penyalahgunaan kuasa, rasuah, diktatorship, tamak haloba, takut kalah dan takut hilang kuasa sebagaimana Najib berkata, susah jadi naib johan sebagaimana ucapannya dalam satu majlis baru-baru ini. Najib menyindir dan menggambarkan BN berada dalam situasi tertekan dan 'pessimistic' (putus harapan) untuk menarik sokongan rakyat umum yang sudah bosan dengan kerenah pemerintahan parti itu.
Dan jangan lupa, undi rakyat pada pilihanraya 2008, bilangan yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat adalah lebih kurang sama dengan Barisan Nasional!

Carta taburan pengundin ini amat merisaui UMNO / BN
dapatan PRU 12 - 2008


Sekaligus BN sudah berada di persimpangan jalan. BN tidak relevan lagi untuk mendokong cita-cita dan harapan rakyat untuk melihat suatu pemerintahan yang adil dan berkebajikan kerana parti itu tidak mendokong cita-cita rakyat.

Apakah dengan penerimaan tuntutan 8 perkara sudah memastikan UMNO / BN sukar untuk menukar warna kelam dan hodoh terpalit di mukanya selama ini dalam waktu terdekat kerana rakyat sudah kenal siapa BN /Umno. Jika datang kepada rakyat dalam keadaan, menyembah-nyembah sekalipun ia sukar lagi diterima, melainkan mereka menerima segala tuntutan rakyat terhadap pilihan raya adil dan bersih.

Atau apakah Najib dan kepimpinan yang lain merasakan bahananya akan menimpa BN kalau ditunaikan tuntutan tersebut, iaitu kalah pilihan raya. BN memang takut kalah kerana kalau kalah pilihan raya, kata orang 'matilah BN'. Parti itu hidup dengan penipuan dan penyelewengan. Tanpanya parti itu mati. jadi kalau parti itu bersih sebagaimana tuntutan Himpunan Bersih 2.0, kekotorannya hilang.

Kesimpulannya kepimpinan UMNO / BN memang suka mempertahankan kekotoran itu kerana mereka hidup dengan kekotoran yang cukup menjijikan.

Tuesday, June 28, 2011

PM & TPM BELANJA BESAR URUS NEGARA

Kerajaan membelanjakan sebanyak RM17 juta bagi membiayai lawatan rasmi perdana menteri dan isteri antara tahun 2008 dan pertengahan 2011. Jawapan bertulis kepada ahli parlimen Batu, Tian Chua turut menyatakan bahawa RM8 juta telah dibelanjakan untuk lawatan rasmi timbalan perdana menteri dan isteri dalam tempoh yang sama. Berdasarkan data setakat ini, kos lawatan perdana menteri dan isteri telah meningkat daripada RM1.74 juta pada 2008 kepada RM5.4 juta pada 2010. Bagi separuh tahun pertama 2011, perbelanjaannya telah melebihi jumlah bagi tahun 2010. Sebaliknya, kos bagi lawatan rasmi timbalan perdana menteri dan isteri telah berkurangan dari RM2.75 juta pada 2008 kepada RM1.39 juta pada 2010. Namun, dalam separuh tahun pertama 2011, kosnya telah berganda daripada tahun 2010. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri sepanjang tahun 2008 manakala Datuk Seri Najib Tun Razak pula merupakan timbalannya. Najib menggantikan Abdullah pada 9 April 2009.
0 comments Links to this post

Monday, June 27, 2011

REHAT SEBENTAR - RENUNGAN SAJA

Apakah kini dunia sedang di hukum oleh Allah?
Apakah realiti sebenar seorang Peremppuan seksi dalam penghidupan harian mereka?

paparan dan cerita ini hanya untuk renungan dan fikir-fikirkan lah.....

Pagi tadi breakfast dengan sorang member di Asian Taste di Bangunan UmPORno Seksyen 11, Shah Alam, perghhhh...!!! tapi bukannya nak cerita bab politik kat sini... hahaha...

Gua nak citer pasal restoran tu punya waiter pompuan... lagi sekali gua kena ulang... perghhhh... cun wooooo..., bertudung, pakai jeans dan kemeja ikut susuk tubuh... macam model wa cakap luuuuu....

Member gua.... sudah bersuara...; "Isa..., part mana lelaki paling bergetar bila tengok pompuan..???"

"Itu soalan untuk jantan buaya macam luuuu... hahaha... bagi gua part bumper dengan breast magnet paling kuat beb... hahaha..." jawap gua sambil istihgfar....


Ini realiti... lu orang jangan fikir negatif laaaaa.... jangan jadi hipokrit....

Pompuan pakai seksi... bikin lelaki jiwa kacau beb.... hahahaha... so... jangan salahkan lelaki kalau terjegil biji mata memandang walau rupamu tak tergolong dalam golongan yang cun... hahaha...

KUNING - WARNA MU DI RISAU DAN DI CURIGAI

Warna kuning telah menjadi fobia kepada pasukan polis khususnya Hisyamuddin yang mengawal kementerian Dalam negeri. Setiap yang berwarna kuning akan diperiksa oleh pihak PDRM. Kenapa berlaku demikian, ianya tak lain dan tak bukan kerana " kerisauan " mereka apa yang akan terjadi pada 9 Julai 2011 nanti. BERSIH akan mengadakan " perarakan aman " dari beberapa lokasi di Bandaraya KL seperti dari Bangunan SOGO, Masjid Negara, serta juga tidak ketinggalan masjid Kampong Baru. Seterusnya rombongan perarakan ini akan berarak terus menuju ke Istana Negara. mengadap DYTM yang di Pertuan Agong.


Sebagai persiapan dan pengwaspadaan semua peminat digalakan memakai T berwarna kuning dan di tulis BERSIH. Oleh kerana warna ini telah menjadi fobia pihak KDN telah menghabiskan wang rakyat dengan membeli peralatan mesin pengimbas yang mana ia bertujuan untuk memastikan setiap pakaian dalam dapat diperiksa sekali, selain dari baju t tersebut.

Sebagai contoh tindakan terhadap Khairul Anwar Ahmad Zainuddin dari AMK yang ditahan oleh polis, semasa beliau berada di kawasan awam dengan berpakaian " Baju T BERSIH " jelas membuktikan Polis cukup terdesak, apakah BERSIH 9 Julai ini cukup meninggalkan kesan kepada pengurusan negara juga apakah i
ni merupakan satu tindakan yang agak keterlaluan dan ini membuatkan orang ramai merasakan tidak lagi merasakan hidup secara bebas yang lazim diamalkan oleh rakyat negara yang bebas dan demokratik.

Selain dari baju T, kepada kaum wanita juga perlu berhati-hati, dengan alat pengimbas, mereka juga di nasihatkan agar pakaian dalam tidak berwarna kuning, kalau " degil " anda semua mungkin dibogelkan setelah disahkan oleh mesin pengimbas. Kita jangan terkejut mungkin kita akan terjumpa pihak Polis menelanjangkan rakyat ditepi jalan jika mereka (polis) mensyaki kanpakaian dalam yang dipakai berwarna kuning dan bertakhtakan " Bersih " . Untuk itu pakai " pampas saja, juga kepada Datuk Ambiga memakai ‘panty’ Bersih. Kita tengok bagaimana Ambiga akan di telanjangkan oleh pihak dan merampas seluar dalam yang beliau pakai itu.

Kini warna kuning BERSIH jelas berjaya memberikan satu tekanan kepada pihak kerajaan dan kerajaan pula memberikan tekanan terhadap rakyat dengan mengambil tindakan sedemikian rupa, ini menunjukan secara terang yang pihak yang sedang memegang kuasa itu sudah tidak berkeyakinan lagi akan diberi mandat oleh yang yang memilih. Takkan lah dengan memakai baju T Bersih sudah menjadi kesalahan. Kenapa hendak menekan sampai ketahap ini. Rakyat akan merasakan kebencian terhadap kita dengan lebih teruk lagi dan kita juga yang akan menerima kesannya. Kita boleh melakukan apa-apa tindakan yang munasabah untuk mempertahankan apa yang kita dapat dari rakyat, tetapi jika kita terpaksa menekan sebegini rupa semata-mata untuk mengekang desakan rakyat ini sudah melampaui batas yang bermoral.

Tidakkah pihak KDN dan kepimpinan merasakan dengan tindakan yang dilakukan terhadap mereka yang memakai baju T Bersih kita sudah menunjukan satu ‘attribute’ yang nyata sebagai pihak yang mempunyai jiwa yang terlalu fakir. Tidak hairanlah kita melihat apa yang tidak sepatutnya berlaku pada hari ini berlaku dengan jelas. Pemimpin yang elok itu mesti ada setidak-tidaknya sedikit sifat ‘gentleman’ dan akan menerima dengan hati yang terbuka apa-apa yang di pilih oleh rakyat. Jangan kita sampai begitu takut sehinggakan melakukan perkara-perkara yang tidak wujud di dalam masyarakat yang bertamaddun. Firaun telah membunuh semua kanak-kanak lelaki yang dilahirkan kerana ahli nujum telah memberitahu Firaun yang ketika itu akan lahir seorang kanak-kanak (Musa) yang akan menentang kekuasaannya.

kenapa perlu kita menunjukkan sifat ‘perongos’ kita sehinggakan menelik dan meneliti pakaian dan ‘attire’ yang dipakai rakyat. Bersih bukannya parti politik dan NGO ini hanya mahukan perjalanan pilihanraya dijalankan dengan seadil adilnya. Seruan ini sepatutnya disokong oleh UMNO sendiri kerana sebagai parti yang mengaku sebagai parti yang bermaruah melakukan sesuatu dengan ‘transparent’ sepatutnya menjadi pakaian hidup kita.

Cukup-cukuplah menyalahkan pihak lain kerana kita sudah jatuh sokongan ramai. Tentu ada sebabnya yang kita ini di tolak dan dipersoalkan oleh orang ramai. Oleh kerana kita mempunyai jiwa yang fakir, kita sentiasa mendengar dan melihat segala tindakan rakyat dengan ‘suspicion’ yang begitu melampau.


Rakaman Bersih 1- 10 Nov. 2007

Pasokan FRU - turut mengamimkan doa yang di bacakan

Polis FRU terus menjalankan tugas

Walau pun menerima ugutan, pancutan air,
pejalanan ke Istana diteruskan - peristiwa ini akan berulang lagi pada 9 Julai ini, insyallah

Terima kasih atas senyuman, kerana telah mengawal perarakan
dengan pancutan air dan belantan.
Apakah ia akan berulang lagi pada 9 Julai ini?

Sunday, June 26, 2011

DALAM VIDEO - HIDUNG DSAI SEPERTI HIDUNG RTC






BANDINGKAN HIDUP " DSAI " DENGAN RTC

KENAPA UMNO BENCI PADA DSAI - SATU ANDAIAN




Dipetik dari komentar yang bagus.. so kita sama-sama kaitan dengan kometar yang dikhususkan mengapa orang UMNO amat " geram " dengan brother Anwar, kita share sesama dan kemudian banding dan nilaik mana kaca mamna intan dan mana Najib Big Mama... kahkakhah


Disini korang leh baca sejarah-sejarah yang Umngok cuba pendamkan agar orang-orang baru terus lupa supaya terus memperbodohkan orang Melayu agar memberi suppot pada Umngok...




Komentar- komenter yang terpilih;

1) Cuba pikir..!! Mana ada pemimpin dulu2 dan skrg yg BOLEH memberikan TENTANGAN HEBAT pada BN/UMNO???

2) Hingga teruk BN,terhakis majoriti 2/3..!!!pada PRU 12 tahun 2008.

3) Dato Onn Jaffar(atuk Hishamuddin) terpaksa "give up" bila cadangan nya nak meMALAYSIANkan UMNO,tak diterima.Langsung dia tubuh parti baru,lawan UMNO 1955,tapi KALAH..!

4) Tun Dr.M,pun keluar UMNO(1969,1st time,2009;2nd time)tapi tak berani tubuh parti sendiri..!!! Ada bertanding atas tiket PAS 1974,KALAH..!!

5) Tengku Razaleigh,tubuh Parti Semangat 46 (S46)selepas tak ngam dengan Dr.M pada tahun 1988,tapi tetap KALAH PRU 1999...!!! Selepas itu S46 dibubarkan, Ku Li masuk UMNO tapi kena SIDE-LINE sampai 2010,walaupun menang DUN Galas..!!

6) ZAID, keluar UMNO ,tahun 2009, masuk PKR tahun 2010. Skrg nak tubuh parti sendiri(2011).Boleh kah dia berjaya macam ANWAR..??Sama2 kita ambil perhatian..!!!

7) TETAPI ANWAR pula, diPECAT dari UMNO pd tahun 1998,diPENJARA atas tuduhan LIWAT 1,selama 6 tahun hingga 2005.Berjaya menyatukan PAKATAN 3 parti Alternatif PAS,DAP dan PSRM,PK menjadi PAKATAN RAKYAT! menentang BN/UMNO pd 2008(PRU12),dan hampir2 menang,dgn 49% undi RAKYAT MALAYSIA..!!!

dan TIDAK HAIRANlah,maka BN/UMNO akan berhabis2an nak LANYAK Anwar,jika tidak BN/UMNO akan HABIS diLANYAK nanti pada PRU13 (2011/2012)..!!!!

....jadi bukan ke ketahanan, ketrampilan Anwar lebih menyerlah sebagai ANCAMAN kepada HIDUP,MATI nya UMNO...??? Lu PIKIR lah SENDIRI!

Pada UMNO,Anwar perlu diKORBANkan dengan apa cara sekali pun....!!!!

SPR - MEMANG MENGAMALKAN BUDAYA " KOTOR "

Masyarakat Malaysia kini sentiasa di dedahkan dengan pekara-perkara yang tak masuk akal kerana perundangan dan perlembangaan negara, tungguk sesebuah negara ini sudah di bahagikan kepada 2 - satu untuk pemimpin kerajaan dan satu lagi untuk pembangkang. Bagi orang awam pula, sudah pasti mereka tak mampu untuk menuduh seseorang itu bersalah tapi mereka hanya dapat melihat dari " body langguage " seseorang itu jika mereka benar-benar bersalah atau sdebaliknya.

Sebagai contoh kes yang membabitkan petuduhan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terlibat dengan pembunuhan kejam broker dari Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Tak ada bukti, mana boleh tuduh Najib terlibat dalam pembunuhan itu. Namun, ketika waktu dan masa yang sama begitu ramai orang mengesyaki Najib terlibat, apa yang kita boleh buat ialah melihat kelaku serta " body language " Najib dan perkara-perkara yang bersifat circumstantial. Setakat itu sahaja. Tuduh tak boleh.

Paling maksimum pun kita hanya boleh tanya, awat kelaku Najib dan keluarga dia nampak menggelabah sangat bila dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya? Awat dia tak bersihkan nama dia yang dikaitkan oleh begitu banyak media ternama antarabangsa dengan pembunuhan Altantuya? Kalau benar tak kotor, susah sangat ka nak bersihkan nama? Perkara yang sama juga ada kaitan dengan perancangan BERSIH yang bermatlamatkan pembetulan kepada SPR.

Hari Ini, SPR mengakui kewujudan pengundi hantu sebagai mana yang di dedahkan oleh YB Azmin Ali Timbalan Presiden PKR. Setiausaha SPR Kamaruddin Mohamed Baria mengakui enam individu secara salah didaftar di alamat rumah ibu beliau. Pengundi hantu ini adalah salah satu tuntutan dari 8 perkara oleh BERSIH.

8 TUNTUTAN HIMPUNAN BERSIH 2.0

1- Bersihkan senarai undi
2. Menreformasi di pos
3. Guna Dakwat kekal
4. Masa kempen minima 21 hari
5- Akses media yang bebas dan adil
6- Kukuhkan institisui Awam
7- Hentikan Rasuah Piliharaya
8- Hentikan Politik kotor

Mungkin selepas 9 Julai ini, selepas BERSIH 2.0, ramai kalangan pemimpin UMNO akan meneriakkan bahawa Pilihanraya di Malaysia memang kotor, apakah kerana insiden yang melibatkan ketua mereka dengan gadis monggolia atau mereka cuba mencari tempat untuk di calunkan semula.

Para pemimpin Umno dan pak yet-pak yet depa akan berebut-rebut buat kelaku yang menggambarkan pilihan raya di negara ini kotor dan tidak adil. Tak perlu cerita panjang-panjang. Hari ini, Mamat yang selalu dituduh bongok oleh orang Umno sendiri membuktikan pilihan raya negara ini kotor dan tak adil dengan buruk kelakunya. Kalau benar pilihan raya adil dan bersih, mereka tak perlu tunjuk buruk kelaku. Buktikan tanpa sebarang keraguan pilihan raya adalah adil dan bersih.

Kenapa pula kali ini regim Najib dan SPR tidak berminat untuk bersumpah khusus untuk menyatakan keadaan Pilihanraya di negara ini bersih, sepatutnya SPR boleh mengheret Najib bersumbah laknat di Masjid Bandar Baru Sentul untuk membuktikan semua pilihan raya yang dikendalikan oleh SPR bersih dan adil?

Kanak-kanak pun boleh menilai ke " kotoran " dan " kezaliman " yang dilakukan oleh SPR di bawah Najib. Sebab itu beliau menggunakan apa cara sekali pun untuk memberikan kepercayaan kepada rakyat bahawa SPR itu bersih. Kalau benar bersih dan tak zalim, kenapa menggelabah sangat bila orang mahukan pilihan raya yang bersih dan adil? Mengapa sampai ke peringkat memberi isyarat bahawa puaknya hendak membakar kereta dan membaling batu untuk menghalang perhimpunan Bersih? Bila batu dibaling dan kereta terbakar, mungkin ada yang terbunuh. Takkan hampa nak bunuh diri sendiri. Nak bunuh
kami yang berhimpunlah tu.

Fikirlah puak-puak UMNO, masa mu kian terhakis.
berdoalah untuk masa depan agama, generasi dan negara.

Saturday, June 25, 2011

KONTRATOR - TERUS MEMBURU KERJA

21 Jun 2011 - Sungai Siput, Perak.



Pusat Konvensyen Sungai Siput

Pusat Konvensyen ini telah dipilih oleh Jabatan Pelajaran Perak untuk mengadakan taklimat untuk Tender Pekhidmatan Kebersihan Bangunan dan Kawasan untuk sekolah di bawah pentadbiran jabatatan.



Keadaan di luar pusat konvensyen.

Keadaan diluar pusat, melihatkah kepada kita betapa kini para kontraktor bagitu " laparkan " projek untuk meneruskan perkhdiamtan kepada rakyat. Walaupun sudah pasti agihan kawasan yang diperlukan tidaklah dapat di agihkan kepada setiap pemegang lesen, kehadiran mereka sungguh luar jangkaan, ini disebabkan taklimat kali ini meliputi untuk semua sekolah di negeri Perak. Di Perak sekolah milik penoh jabatan di anggarkan 1200 buah ( di campurkan Menengah dan Rendah ) dan jumlah ini pula di bahagikan mengikut zon-zon tertentu, dan setiap zon dianggapkan angara 5 - 6 buah sekolah.




Suasana dalam Dewan - potrait Samy Velly jelas kelihatan.

Di luar dan dalam dewan hampir sama keadaannya, semua pihak memberikan tumpuan dan membilik-bilik dokumen sokongan untuk diserahkan kepada pihak pendaftaran nanti.

Persoalannya, apakah pihak kerajaan mampu untuk mengagihkan kerja untuk semua kontraktor yang hadir ini, atau apakah " kroni " masih memainkan peranan dalam agihan ini? perkara ini boleh di jawab dengan mudah.

Ini menunjukkan, mungkin mudah kepada pihak persorang untuk mendapatkan lesen kewangan dari pihak kerajaan tapi apakah agihan itu dapat di nimati oleh semua?

PERLEMBAGAAN - APAKAH ISLAM AGAMA RASMI

CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Bentuk ada ciri Islam tetapi didalamnya.! Lu pikir le sendiri..!


Menurut Tun Mohamed Suffian (1990) ,Perlembagaan Malaysia mempunyai ciri-ciri asas seperti berikut:

(a) Perlembagaan Malaysia mengasaskan Malaysia sebagai sebuah Persekutuan.

(b) Sebagai negara raja berperlembagaan.

(c) Sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen.

(d) Perlembagaan memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, tetapi pada masa yang sama tidak mengasaskan Malaysia sebagai negara teokrasi dan dengan jelas menjamin kebebasan beragama.

(e) Perlembagaan memperuntukkan ketinggian perlembagaan dan kebebasan undang-undang.

(f) Perlembagaan memperuntukkan pengasingan kuasa ketiga-tiga cabang kerajaan. Seluruh jentera pentadbiran diketuai oleh Perdana Menteri dan dibantu oleh kabinet serta seluruh birokrasi. Ketiga-tiganya mempunyai status yang sama. Tidak ada suatu pun yang lebih tinggi dari yang lain dan setiap satunya mempunyai fungsi dan tanggungjawab yang berbeza.

Perlembagaan juga memperuntukkan sebuah badan kehakiman yang berasingan dan bebas dari kawalan Parlimen manakala Eksekutif pula mempunyai bidang kuasa yang eksklusif untuk menentukan pertikaian dan hak serta liabiliti lain dalam perlembagaan.

Di sinilah nampak kekalutan dalam Perlembagaan ini contoh :

"tidak mengasaskan Malaysia sebagai negara teokrasi" Murid-murid UMNO apakah makna "Teokrasi".? Dalam Kamus Dewan Bahasa "Teokrasi" ialah Sistem kerajaan yang menggunakan hukum-hukum agama didalam dasar pemerintahannya.


Jadi sebagai Agama Islam sebagai agama rasmi sahaja tetapi tidak mengasaskan Malaysia dengan sistem kerajaan yang menggunakan hukum-hukum agama sebagai dasar pemerintahannya. Ini bermakna Malaysia bukanlah negara Islam...

Ada faham ke murid-murid UMNO dengan Penjelasan Naruto Sensei ni.? Jangan kalut lagi ye..menyalak yang kamu semua ni pertahankan Negara Islam UMNO tu. Sebab korang bukan berjuang pada dasar Islam. Dasar korang ialah sekular..

Friday, June 24, 2011

SAYANGKAN MELAYU - TINGGALKAN UMNO

Sejarah memang tidak dapat di nafikan kebenarannya, kecuali ada kalangan kepimpinan yang rasa terdesak dengan kebenaran saja yang cuba menidakkan kebenaran tersebut. Kalau di negara kita " peristiwa kemerdekaan " tanah air sejarah ianya di putar belitkan dan akhirnya hanya orang " UMNO / PERIKATAN " kini " UMNO / BARISAN NASIONAL " pejuang Melayu yang lain di " padamkan " dari sejarah.

Memang tidak dinafikan pada awal proses kemerdekaan orang Melayu berjuang adalah untuk memastikan negara yang dijajah hampir 500 tahun bermula dari regim Portugis dan hinggalah ke zaman pemerintahan British, kemiskinan, ketidak samarataan kaum, taburan pendukan yang mengikut kesesuaian British - Melayu di kampong, Cina di bandar dan India di estate.

Perjuangan ini dimulakan oleh gulongan ( redikal melayu ) terdiri kalangan guru-guru serta individu yang prihatin terhadap nasib bangsanya. Perjuangan mereka semuanya serba kurang. Gulongan ini cukup setia pada perjuangan rakyat terutama mereka yang cinta dan sayangkan bangsa iaitu MELAYU. Ramai kalangan manusia Melayu yang sayang dan cintakan bangsanya sendiri. Keujudan badan NGOs, yang dimonopoli oleh gulongan belia amat ketera sekali, keujudan Belia 4B, MAYC, ABIM, GPMS - walaupun masing-masing dengan " fahaman " sendiri tapi wadah perjuangan adalah untuk kepentingan bangsa dan tanah air. Badan-badan ini sentiasa merancana program-program serta aktiviti yang bersifat nasionalisme , membakar semangat kemelayuan serta menanam rasa kurang senang terhadap kaum lain yang mencabar dan kononnya menghakis hak dan milik melayu.

Perjuangan untuk " kemerdekaan " dan pengisian sesudah merdeka amat berbeza sekali. Wadah perjuangan semasa " mencari " kemerdekaan mula terhakis sedikit demi sedikit, perjuang yang dulunya mampu naik basikal, kini sudah pandai lebih dari itu. Keujudan BTN menampakkan perjuangan lebih rasis ianya terus meniupkan doktrin kebencian terhadap kaum lain dan menanam pasak 'rasis' dalam jiwa mereka. UMNO pula sudah mula hilang " kredibiliti " sebagai pejuang tulin. Kecintaan kepada melayu mula melonggar. Kepentingan dan perjuangan untuk Melayu sebenarnya hanyalah tempelan sahaja dalan UMNO.

Melayu di bumi sendiri kini hanya tinggal kuasa politik sahaja, kerana kini jelas UMNO hari demi hari melahirkan golongan koperat Melayu dan lebih malang mereka pula yang mendominasikan parti. Hidup dalan kemewahan dan isu berkaitan dengan kemiskinian, keciciran, kesusahan rakyat khususnya diluar bandar, pembangunan pendidikan anak bangsa sudah tidak kedengaran dalam perbincangan yand sering dibincangkan bagaimana " wang rakyat " dapat digunakan se maksima yang mungkin.

Selain itu perkara penting dalam perbincangan ialah bagaimana PAS boleh ditumbangkan, bagaimana kerajaan Kelantan dan orang Melayu yang " derhaka " kepada UMNO dapat diseksa berterusan. Bukankah mereka juga orang melayu ? Bagi UMNO PAS adalah musuh yang patu t dan perlu di tamatkan. Selain itu mereka juga kepimpinan dalam UMNO sering mengadu du mba sesama sendiri, yang penting ialah jawatan dalam parti, kerana jawatan dalam parti menentukan kekayaan yang harus di kecapi cara untuk mendapatkan jawatan pula penoh dengan t ingkah laku yang amat memalukan, penoh dengan rasuah, wang politik wang. Merasuah perwakilan , memfitnah , adu domba dan macam-macam lagi . Adal kalangan berpendapat apakah ini sebenarnya budaya UMNO. Kepimpinan UMNO terus hanyut dalam situasi yang sudah LUPA DIRI..


Tapi UMNO terus memainkan pernan untuk " menipu " rakyat, sejak akhir-akhir ini semua agensi kerajaan sudah dijadi seakan-akan " gabungan " dengan UMNO, tindakan agensi kerajaa n ini kadang kala sudah lebih sudu dari kuah, bukan setakat raykat tapi keahlian UMNO juga dapat tempian dari pertukaran tingkah laku pemimpin ini. Siapa yang banyak duit , dia lah yang bakal berkuasa . Kepimpinan UMNO bukan ditentukan kepada kualiti kepimpinan tetapi berdasarkan siapa yang berduit serta kaya. Siapa yang tidak berduit , pandai-pandai ber'gantung'anlah pada mereka yang berduit.

Kenapa mereka kepi mpinan UMNO terus menzalimi, memperbodohkan orang-orang melayu terutama melayu des a dan kampung , melayu felda dan felcra. Mereka juga terus ' anti ' kepada kaum lain, bany ak dari kalangan NGOs bergerak untuk tidak menerima " orang lain " dalam negara ini. Bagitu mudah mereka merobohkan rumah, pampasan yang tidak setimpal , ada yang tidak ada bera s untuk dimakan , mereka dihalau, hak mereka dinafikan kerana berlainan parti politik dan macam-macam lagi penindasan yabg dilakukan oleh pimpinan UMNO terhadap mereka.

Setelah sekian lama, kini sudah hampir 60 tahun UMNO mmerintah apakah benar UMNO ingin membela Melayu atau ianya hanya satu retorik. Atau apakah " mereka " lah dalang segala penyelewengan dan rasuah yang meletakkan orang melayu menjadi bangsa yang lemah dan ketinggalan. Perjuangan Untuk Melayu, hanya dendangan seloka palsu sedangkan hakikatnya ia lah pembohongan semata-mata. Sebaliknya mereka hanya membincangkan bagaimana untuk menan g tender projek , hidup dalam kemewahan , makan minum di hotel dan berbelanja di gedung mewah , berlumbaa memakai jenama pakaian yang berprestij , kereta import berjenama mewah , perpoya-poya dan melalaikan.

Jika " anda " sebagai perjuangan dan ingin memastikan setiap perjuangan itu berhasail dengan tidak menzaliman kaum lain dan untuk orang Melayu itu pentingp UMNO bukanlah wadahnya. Rakyat dibebankan dengan kenaikan harga barang , kenaikan barang-barang makanan , sara hidup yang tinggi serta pelbagai kesusahan yang dihadapi. Golongan miskin terutama orang-orang melayu lah yang sedang menghadapi kegetiran ini.

Ayuh , sedarlah wahai rakan-rakan seperjuangan . Tempat anda bukannya UMNO untuk berjuang untuk rakyat marhean . Pengalaman di dalam UMNO saya rumuskan sebagai "UMNO ADALAH PENGKHIANAT MELAYU !"

Thursday, June 23, 2011

PEMIMPIN PEMBANGKANG - MALAYSIA BUKAN NEGARA MU

Sejak peristiwa pemecatan DSAI dari kabinate oleh Tun M, keadaan pemerintahan negara telah berkecamuk, perundangan negara, perlembagaan negara sudah tidak seindah apa yang sepatutnya. Perlembagaan di nafikan, perundangan pula memihak kepada pemerintah, kita boleh lihat seperti perhimpunan aman di halang, kesalahan kepada kepimpinan pembangkang boleh di reka oleh pemerintah, sistem kehakiman juga menurut kehendak pemerintah. Apa yang jelas " Pembangkang " tidah semudah itu untuk menghirup udara berseh di negaranya sendiri, keselesaan yang di benarkan oleh perlembabagaan di nafikan.

SPRM, SPR, PDRM, Badan Kehakiman, Media Perdana, Media Elektronik semuanya memberikan " sokongan padu kepada UMNO / BN. Contoh kepada akhbar perdana, tindakan mereka kini berusaha untuk " memperbodohkan " Orang Melayu, terutama mereka di kawasan kampong dan pendalaman. Lihat sahaja isu khutbah di masjid seluruh Selangor tempoh hari - isunya berkaitan dengan Pengurusan Keagamaan. Isu Memfinah, hukum hakam yang akan di terima oleh mereka yang memfitnah. Utusan meletakkan undang-undang polis lebih baik dari perundangan dari Alquran. Dimana para alim ulama masa kini ? mengapa mereka berdiam diri? apakah benar kartun pertuduhan kartun tersebut?

Apa yang berlaku dewasa ini jelas memperlihatkan " kekalutan " kepada kepimpinan UMNO dewasa ini, mereka sudah hilang punca, tidak tentu arah malahan mereka sanggup memperjudikan nasib generasi mendatang. Bagi mereka bagaimana untuk mempertahankan kuasa.

Bagi pembangkang yang kini bagitu di terima oleh rakyat, memang tidak dapat laluan mudah bahkan sering menjadi mangsa sang penguasa disaat mereka terdesak. Pertandingan yang dilalui atas tanah yang berbukit bukau, medan yang tidak rata serta pengadil yang memihak menjadi lumrah bagi parti politik pembangkang.

Terkini Malaysia seolah-olah sudah melaksanakan 2 sistem undang, Hak Pemeritah dan Pembangkang. Ianya ketara sekali selepas PRU12, kesan tersungkurnya kerajaan UMNO / BN di 5-1 ke tangan Pakatan Rakyat. Nasib " Pembangkang " bertambah celaka sama ada pemimpin mau pun negeri yang diperintah.. UMNO masih tidak mengaku mereka adalah pembangkang di Selangor, Kedah, P.Pinang dan Kelantan. Mereka masih mengatakan kerajaan negeri-negeri tersebut diperintah oleh Pembangkang. Ini jelas memperlihatkan ceteknya daya fikir mereka dan mereka tidak tahu sistem pemerintahan di Malaysia yang mana ada kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat.

Lihat saja di Selangor mengapa mereka boleh berceramah secara terbuka sedangkan ianya di kuatkuasakan mesti dibuat dalam dewan. Kenapa dalam dewan, alasannya keselamtan tapi tidak kepada UMNO / BN mereka boleh di mana-mana dan pada bila-bila masa saja. Persoalannya ialah mengapa UMNO dibenarkan menjalankan ceramah secara terbuka? Rujuk siri ceramah anjuran parti penguasa UMNO diatas nama "Selamatkan Selangor", ianya dianjurkan ditapak terbuka dan bukannya disebuah tempat tertutup yakni Dewan dan sebagainya.Tidakkah ini jelas melanggar arahan pihak berkuasa bahawa ceramah di Selangor hanya boleh diadakan dikawasan tertutup?

Bukan setakat isu ceramah, pengedaran video lucah, tangkapan rasuah - jika ianya membabitkan pemimpin pembangkang, hari ini repot petang nanti dah buat tangkapan, siasatan di laksanakan sehingga membawa maut. Lihat isu video Linggam, lihat kes kehilangan injin kapal terbang, lihat kes pembunuhan Altantuya, lihat kes KM Sarawak, Lihat kes kebangkrapan GLC seperti Felcra, Felda, Bernas. Tindakan di ambil di masa rakyat dah lupa dengan isu-isu tersebut.

Apakah benar gambaran seolah mengiakan tanggapan ramai pihak bahawa Malaysia punya dua udang-undang dengan satu milik UMNO manakala satu untuk pembangkang.Sampai bilakah nasib pembangkang sebegini malang? sudahlah media disekat, program partinya juga dihalang. Apakah pihak berkuasa ( UMNO / BN ) sudah tidak patuh dengan perundangan dan perlembagaan negara yang ada, sudi-sudulah memahami konsep demokrasi yang sebenar selain dari sibuk pertahan sistem demokrasi ala Malaysia tajaan UMNO.

Itulah nasib pembangkang di Malaysia ketika ini, ubah sekarang untuk menjamin masa depan. Demi Rakyat perubahan amat di tuntut.

Wednesday, June 22, 2011

TANAH DI MALAYSIA BUKAN HAK 1 MALAYSIA

Meskipun ia bukan sesuatu yang terlalu asing, apabila ucapan dari kaum asli diselitkan ke dalam aturcara konvensyen PKR, namun ia tetap mencuit hati apabila Fatimah anak perempuan Bahsen ( gambar ), berketurunan Semai tampil untuk memberi ucapan 10 minitnya di depan kira-kira 4,000 penyokong PKR dalam Konvensyen Pilihan Raya, semalam.

Bermula dengan mendakwa dirinya "berdebar", kerana "fisrt time" (kali pertama berucap), Fatimah (gambar kiri) yang berusia 37 tahun telah mencungkil gelakan dari bawah pentas. Ucapan ringkasnya kemudian dicelah dengan sorakan dan tepukan yang tidak berhenti-henti.

Fatimah mempersoalkan, "Saya sangat sangat terasa terkilan dan terharu. Satu, kami (orang asli) di Malaysia ini, dianggap sebagai bangsa 'lain-lain'! Adakah orang asli datang dari mana? Saya ingin bertanya kepada semua, orang asli datang dari mana? Mengapa orang asli dikategorikan ke dalam bangsa lain-lain?"

Fatimah seterusnya berkata, sudahlah tanah orang asli diceroboh, malah dikategorikan sebagai bangsa lain-lain pula dalam ruang kaum. Beliau menyeru agar PKR mendekati masyarakat orang asli jikalau ingin menang dalam PRU ke-13, sambil memberi amaran, "Jangan semasa pilihan raya saja mencari orang asli di pelusuk mana sahaja, tetapi bila pilihan raya sudah habis, orang asli pun disimpan ke tepi!"

Diperlakukan bagai burung tekukur

Fatimah kemudian menceritakan pengalaman dirinya yang pernah dilantik sebagai Ketua Wanita UMNO peringkat bawahan, semasa zaman Abdullah Ahmad Badawi menyandang jawatan Perdana Menteri. "...semasa pergi mesyuarat, perwakilan orang asli macam mana? Duduk di kerusi, diberi makan, lepas tu jadi macam burung apa?"

"Ok, pandai, macam burung tekukur," Fatimah sekali lagi mengelakkan hadirin apabila meniru gerak-geri burung tekukur mengangguk. Beliau berkata, orang asli diajar agar tidak menyokong parti pembangkang, sebaliknya diberitahu bahawa "UMNO-lah yang membela masyarakat orang asli".

Beliau sekali lagi mencetuskan sorakan, "Tetapi orang asli sekarang sudah sedar! Bukan jadi katak di bawah tempurung lagi! Orang asli sekarang nak duduk di atas sofa!"

Fatimah mengulangi amarannya kepada PKR agar tidak lupa masalah orang asli jikalau menang dalam pilihan raya, "Jika dipulaukan orang asli, orang asli akan juga pulaukan parti-parti sebegini!"

Sebelum mengundur diri, beliau sempat menyindir slogan 1 Malaysia yang dilaungkan Perdana Menteri Najib Razak, dengan menyatakan permintaan orang asli. "Tanah orang asli harus diwartakan! Itu yang orang asli nak. Dia bukan nak bangunan-bangunan yang besar. Dia cuba nak tanah. Itupun bukan tanah satu Malaysia..."

Suaranya terus ditenggelami sorakan, sebelum beliau menegaskan sekali lagi, "Jangan mengongkong orang asli!... Orang asli nak kemajuan semua macam masyarakat lain!"

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.

Tuesday, June 21, 2011

UMNO - UMMI HAFILDA & DSAI


Kini Malaysia terus di landa daya fikir yang cukup mencelarukan, mereka yang tidak suka dengan seseorang terus mendesak untuk " menghukum " mereka yang dibenci, malahan mereka terus menjunjung kalangan mereka yang di " sukai " walau pun gulongan ini penoh dengan tipu daya dan muslihat untuk merosakkan bangsa, agama dan negara sekali pun.

Kita ambil contoh Ummi Hafilda Ali - saksi penting kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 - terus menyerang bekas timbalan perdana menteri itu. Sedangkan umum tahu DSAI telah pun di dapati tidak bersalah dalam kes liwat pertamanya dan dibebaskan dari menara gading dfi Sungai Buluh. Tapi dengan menunjukkan " kebodohan " beliau terus menyerang dan menyerang. beliau sanggup mengeliling Malaysia untuk terus mengaibkan DSAI. Tapi mengapa UMNO pula mengambil kesempatan dari keadaan ini, Apakah UMNO juga berjiwa seperti Ummi. Atau UMNO menganggap kemahuan UMMI akan memberi politikal advantage ke poliltiknya?.

Kali ini, beliau memohon supaya gelaran 'Datuk Seri' yang diberikan kepada Anwar ditarik kembali kerana merasakan ketua pembangkang itu tidak layak memegang gelaran berkenaan. Justeru, beliau mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Majlis Raja-Raja mempertimbangkan supaya menggugurkan gelaran dan darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Anwar ketika berkhidmat dalam kerajaan sebelum ini.

"Beliau adalah pengerak reformis dalam parti pembangkang yang menentang ketuanan negara dan mempertikaian kredibiliti Majlis Raja-Raja, dia tidak layak diberikan sebarang anugerah dan pingat," katanya. Menurutnya, Anwar tidak boleh diberi muka lebih-lebih lagi pemimpin terbabit pernah menerima hukuman penjara.

Umi Hafilda, 37, juga bijak dalam memainkan peranannya, dan beliau juga telah " menapak " dengan menggunakan NGOs seperti Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung GPMS, PERKASA serta PEKIDA, semasa kenyataan ini dibuat di Pejabat Polis Melaka Tengah turut hadir sama ialah Presiden Sekretariat Pemikir Dan Perpaduan Melayu, Shahrul Azuwar Abdul Aziz, Pengarah Hal Ehwal Pelajar dan NGO Negeri, Mohammad Marwan Abu Kassim.

Apakah Umi sedar tindakan beliau yang terus menyerang DSAI dan menemplak DSAI yang menjadi mangsa ialah UMNO itu sendiri? Ini disebabkan orang ramai tahu siapa Umi, beliau juga adalah merupakan adik kepada timbalan presiden PKR Azmin Ali.

Dengan Angkoh dan sombong, "Saya ingin ingatkan kepada Anwar supaya jangan heret rakyat ke jalanan untuk mengadakan reformasi, ini bukan zaman reformasi. "Dia perlu bersihkan dirinya terlebih dahulu dan mengakui kesilapan diri, bukan terus-terusan menafikan kekhilafan," katanya. Pendedahan mengenai Anwar kepada umum bukan untuk meraih simpati atau bukan semata-mata membela keluarga tetapi atas rasa tanggungjawab terhadap 27 juta rakyat Malaysia. "Kerajaan yang sedia ada cukup kuat untuk mentadbir rakyat bukan seperti parti pembangkang yang tidak rasional. "Pelajar universiti tidak perlu diheret mengadakan reformasi, Anwar sebenarnya terdesak sekiranya dia menggunakan pelajar untuk meraih sokongan," katanya.

Sebenarnya Ummi sendiri yang perlu muhasabah diri, ingatkan keluarga, ingatkan adik beradik dan ingatkan satu ketika dulu beliau juga terlibat dalam skandal yang telah di dedahkan. Ummi juga sepatutnya membantu UMNO untuk meneruskan masa depan parti dengan adakan penambahbaikan bukan mengkritik orang lain, Ummi sendiri boleh lihat bagaimana kesedaran rakyat terhadap tipu helah yang dimainkan oleh kepimpinan UMNO kini.

Selagi Ummi meneruskan karier ini selagi itu UMNO akan terus kehilangan sokongan orang ramai, lebih baik Ummi menjauhkan diri.

Monday, June 20, 2011

ALBUM KONVENSYEN PKR - PRU 13


Album sekitar Konvensyen PRU 13 PKR 2011



SACC - Shah Alam Convention Centre - terpilih untuk konvensyen PRU13 PKR tahun 2011 Perserta konvensyen di ruang legar
Peserta mendaftar untuk penyertaan sebagai peserta konvensyen



Pemidang dan penjelasan kaitan dengan konvensyen - Demi Rakyat, kata peransang untuk keahlian PKR Pentas Utama dengan berlatar belakangkan Tangan - Tiang Demi Rakyat
Ketibaan DSAI di iringi oleh MB Selangor



DSAI & DSWA di apit oleh MB Selangor dan Timbalan Presiden PKR.
Kelihatan juga Ust. Badirulamin dan YB Elezebart duduk sebaris.
Tersenyum riang En. Abdul Abas Mantan Pengarah Pelajaran Selangor dan kini Pengerusi Biro Pendidikan PKR Pusat



Peminat Generasi Muda PKR
Kelihatan juga Pengerusi PKR Johor Chua Cho Ming.

DSAI dengan semua jemputan dan hadirin menyanyikan lagu parti.




YB Shariffuddin, selaku SU Agung parti memulakan ucapan dengan memaklumkan kehadarin 3416 orang dari seluruh negera dan ianya termasuk Sabah dan Sarawak. Jumlah ini memang diluar dugaan dan moga-moga ianya melambangkan komitmen ahli kepada perjuangan parti dan menandakan kemenangan PRU13 sudah dekat. Beliau juga menyarankan agar setiap cabang di gembeling oleh tenaga muda, dan setiap peserta juga amat perlu memahami matlamat konvensyn kali ini.

Bagi M. Elagoragasi pula, yang mewakili kaum India, ini adalah kali pertama berucap di khalayak ramai dan amat teruja sekali, ini jelas bahawa hanya PKR bersama PR yang dapat membela sama depan bangsa, dan tanahair, tambahan kini isu barangan, pembelaan juga di ujud kepad kaum India, dan satu perubahan amat perlu di buat unt
uk PRU13 ini.

Bagi Pn. Fatimah a/p Bahsin, wakil orang asal juga memberikan amaran kepada kepimpian PKR dan PR agar tidak mengulangi apa yang dilakukan oleh pemimpin UMNO / BN. Hak kami sebagai penghuni asal di nafikan, tanah kami di ambil dan pendidikan kami di abaikan. Kebosanan dalam UMNO membuatkan beliau meninggalkan UMNO dan menyertai PKR.



Cik Carol mewakil PKR Sabah,
En, Abun Soi Anik dari Sarawak,
YB Nurul Izah wakil Naib Presiden.



YB Azmin mengesahkan penyelewengan oleh SPR dalam penempatan pemilihan baru terutama di kawan Klang Gate Baru, alamat rumah ibu sendiri menjadi " sarang " untuk ditempatkan pengundi-pengundi tersebut. Seterusnya beliau mencabar Tim Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar untuk turun dan melawati ke rumah tersebut dan jika ianya benar sila Letak jawatan.

Walaupun beliau presiden parti, tapi DSWA semangat keibuan itu masih gental dan berdoa kepada Allah memohon keberkatan agar kekuatan dan kesungguhan ahli parti sentiasa di tahap paling maksima untuk memastikan parti berjaya dalam PRU13 nanti.

Bagai DSAI, Bersih akan memberhentikan perarakan jika SPR / Najib berjanji dan seterusnya sedia membuat pembersihan apa yang sedang berlaku kini. kepada semua perwakilan beliau mengharapkan agar tidak membazirkan masa yang ada dan tidak menunggu pengumuman PRU baru bergerak, " kalau kita tunggu dan berlengah, maka pasti kita akan tewan " katanya. " kepada keakraban gagasan PR antara PAS dan DAP jemaah perlu sentiasa di perkukuhkan hubungan tersebut. PR hanya memerlukan penambahan 5% sahaja lagi untuk ke Putra Jaya.

Rata-rata peserta konbvensyen yang ditemui merasakan PKR sudah ada kekuatan untuk menang di PRU nanti. Semangat mereka cukup tinggi.

Sunday, June 19, 2011

UMNO TERUS MEMPERMAINKAN RAKYAT

Suatu hari di cawangan UMNO Kuala Kinta - dalam Bahagian UMNO Pasir Salak, dengan berketuakan YB. Dato Tajuddin bin ABdul Rahman - yang juga Pengerusi Felcra Berhad. Satu pendedahan di buat oleh rakan FB yang lebih tekenal dengan nama Ngelowor Sungai Manik kaitan dengan pembinaan rumah Mesra Rakyat kelolaan Felcra Sdn. Bhd.

Kita lihat sendiri papan tanda Cawangan UMNO ini pun
melambangkan keadaan tidak stabil berlaku kini.

Ini adalah rumah milik Pn. Teh Sudin yang dibina atas ikhsan Felcra Berhad bawah projek Bantuan Rumah NKRA KKLW untuk tahun 2010, pada dasarnya projek ini boleh di banggakan atas dasar kesedaran Felcra - juga sebuah GLC dalam memainkan peranan untuk membantu rakyat termiskin.

Sijil sah menduduki rumah ini pula tidak dikeluarkan oleh Kementerian sebaliknya hanya di tanda tangani oleh Pengerus Besar wilayah Felcra Perak saja. Kewangan dari Felcra dan Felcra pula di bawah seliaan Kementerian Kemajuan dan Luar Bandar dan Wilayah. Adalah lebih " kuat " jika ianya di tandatangai oleh pihak menteri sendiri.

Rumah " Mesra Rakyat " ini pula siap dengan garage, apakah beliau atau penghuninya dari golongan mereka yang " kurang berpendaptan " atau pemiliknya pula ada hubungan rapat dengan pihak kepimpinan Bahagian, apa yang dilaporkan oleh pihak penghuni ( nama di rahsiahkan ) memang ada hubungan rapat dengan pengurusan UMNO bahagian.


Pn. Teh binti Sudin sedia merakamkan gambarnya untuk di buatkan dalam blog ini sebagai tanda hampa atas pembinaan rumah tersebut yang sepatutnya bekalan tenaga elektrik di sediakan tapi sebaliknya diambil dari rumah asalnya dan bekalan air pula perlu diambil dari tuan rumah yang lain, beliau perlu mengangkutan air dari rumah tersebut untuk bekalan penggunaannya.

Rumah PPRT ini juga terdapat di kawasan UMNO Cawangan Kuala Kita, mengapa rumah sebagini tidak mendapat perhatian dari pihak mereka? apa dosa penghuninya? Juga mengapa sudah hampir 60 tahun UMNO berkuasa masih ada lagi pengundi yang hidup sedemkian rupa?

Gambar hiasan ini.

Majlis merisik dan pertunangan mereka boleh digunakan membantu gulongan miskin di negara jika kawalan perbelanjaan dapat di minimakan, dan jika mereka kepimpinan merasa sedar bahawa masih ada rakyat yang memerlukan pembelaan.


Entri Terdahulu...

Powered by Blogger Widgets

Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA