Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, June 19, 2011

UMNO TERUS MEMPERMAINKAN RAKYAT

Suatu hari di cawangan UMNO Kuala Kinta - dalam Bahagian UMNO Pasir Salak, dengan berketuakan YB. Dato Tajuddin bin ABdul Rahman - yang juga Pengerusi Felcra Berhad. Satu pendedahan di buat oleh rakan FB yang lebih tekenal dengan nama Ngelowor Sungai Manik kaitan dengan pembinaan rumah Mesra Rakyat kelolaan Felcra Sdn. Bhd.

Kita lihat sendiri papan tanda Cawangan UMNO ini pun
melambangkan keadaan tidak stabil berlaku kini.

Ini adalah rumah milik Pn. Teh Sudin yang dibina atas ikhsan Felcra Berhad bawah projek Bantuan Rumah NKRA KKLW untuk tahun 2010, pada dasarnya projek ini boleh di banggakan atas dasar kesedaran Felcra - juga sebuah GLC dalam memainkan peranan untuk membantu rakyat termiskin.

Sijil sah menduduki rumah ini pula tidak dikeluarkan oleh Kementerian sebaliknya hanya di tanda tangani oleh Pengerus Besar wilayah Felcra Perak saja. Kewangan dari Felcra dan Felcra pula di bawah seliaan Kementerian Kemajuan dan Luar Bandar dan Wilayah. Adalah lebih " kuat " jika ianya di tandatangai oleh pihak menteri sendiri.

Rumah " Mesra Rakyat " ini pula siap dengan garage, apakah beliau atau penghuninya dari golongan mereka yang " kurang berpendaptan " atau pemiliknya pula ada hubungan rapat dengan pihak kepimpinan Bahagian, apa yang dilaporkan oleh pihak penghuni ( nama di rahsiahkan ) memang ada hubungan rapat dengan pengurusan UMNO bahagian.


Pn. Teh binti Sudin sedia merakamkan gambarnya untuk di buatkan dalam blog ini sebagai tanda hampa atas pembinaan rumah tersebut yang sepatutnya bekalan tenaga elektrik di sediakan tapi sebaliknya diambil dari rumah asalnya dan bekalan air pula perlu diambil dari tuan rumah yang lain, beliau perlu mengangkutan air dari rumah tersebut untuk bekalan penggunaannya.

Rumah PPRT ini juga terdapat di kawasan UMNO Cawangan Kuala Kita, mengapa rumah sebagini tidak mendapat perhatian dari pihak mereka? apa dosa penghuninya? Juga mengapa sudah hampir 60 tahun UMNO berkuasa masih ada lagi pengundi yang hidup sedemkian rupa?

Gambar hiasan ini.

Majlis merisik dan pertunangan mereka boleh digunakan membantu gulongan miskin di negara jika kawalan perbelanjaan dapat di minimakan, dan jika mereka kepimpinan merasa sedar bahawa masih ada rakyat yang memerlukan pembelaan.


No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA