Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, June 21, 2011

UMNO - UMMI HAFILDA & DSAI


Kini Malaysia terus di landa daya fikir yang cukup mencelarukan, mereka yang tidak suka dengan seseorang terus mendesak untuk " menghukum " mereka yang dibenci, malahan mereka terus menjunjung kalangan mereka yang di " sukai " walau pun gulongan ini penoh dengan tipu daya dan muslihat untuk merosakkan bangsa, agama dan negara sekali pun.

Kita ambil contoh Ummi Hafilda Ali - saksi penting kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 - terus menyerang bekas timbalan perdana menteri itu. Sedangkan umum tahu DSAI telah pun di dapati tidak bersalah dalam kes liwat pertamanya dan dibebaskan dari menara gading dfi Sungai Buluh. Tapi dengan menunjukkan " kebodohan " beliau terus menyerang dan menyerang. beliau sanggup mengeliling Malaysia untuk terus mengaibkan DSAI. Tapi mengapa UMNO pula mengambil kesempatan dari keadaan ini, Apakah UMNO juga berjiwa seperti Ummi. Atau UMNO menganggap kemahuan UMMI akan memberi politikal advantage ke poliltiknya?.

Kali ini, beliau memohon supaya gelaran 'Datuk Seri' yang diberikan kepada Anwar ditarik kembali kerana merasakan ketua pembangkang itu tidak layak memegang gelaran berkenaan. Justeru, beliau mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Majlis Raja-Raja mempertimbangkan supaya menggugurkan gelaran dan darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Anwar ketika berkhidmat dalam kerajaan sebelum ini.

"Beliau adalah pengerak reformis dalam parti pembangkang yang menentang ketuanan negara dan mempertikaian kredibiliti Majlis Raja-Raja, dia tidak layak diberikan sebarang anugerah dan pingat," katanya. Menurutnya, Anwar tidak boleh diberi muka lebih-lebih lagi pemimpin terbabit pernah menerima hukuman penjara.

Umi Hafilda, 37, juga bijak dalam memainkan peranannya, dan beliau juga telah " menapak " dengan menggunakan NGOs seperti Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung GPMS, PERKASA serta PEKIDA, semasa kenyataan ini dibuat di Pejabat Polis Melaka Tengah turut hadir sama ialah Presiden Sekretariat Pemikir Dan Perpaduan Melayu, Shahrul Azuwar Abdul Aziz, Pengarah Hal Ehwal Pelajar dan NGO Negeri, Mohammad Marwan Abu Kassim.

Apakah Umi sedar tindakan beliau yang terus menyerang DSAI dan menemplak DSAI yang menjadi mangsa ialah UMNO itu sendiri? Ini disebabkan orang ramai tahu siapa Umi, beliau juga adalah merupakan adik kepada timbalan presiden PKR Azmin Ali.

Dengan Angkoh dan sombong, "Saya ingin ingatkan kepada Anwar supaya jangan heret rakyat ke jalanan untuk mengadakan reformasi, ini bukan zaman reformasi. "Dia perlu bersihkan dirinya terlebih dahulu dan mengakui kesilapan diri, bukan terus-terusan menafikan kekhilafan," katanya. Pendedahan mengenai Anwar kepada umum bukan untuk meraih simpati atau bukan semata-mata membela keluarga tetapi atas rasa tanggungjawab terhadap 27 juta rakyat Malaysia. "Kerajaan yang sedia ada cukup kuat untuk mentadbir rakyat bukan seperti parti pembangkang yang tidak rasional. "Pelajar universiti tidak perlu diheret mengadakan reformasi, Anwar sebenarnya terdesak sekiranya dia menggunakan pelajar untuk meraih sokongan," katanya.

Sebenarnya Ummi sendiri yang perlu muhasabah diri, ingatkan keluarga, ingatkan adik beradik dan ingatkan satu ketika dulu beliau juga terlibat dalam skandal yang telah di dedahkan. Ummi juga sepatutnya membantu UMNO untuk meneruskan masa depan parti dengan adakan penambahbaikan bukan mengkritik orang lain, Ummi sendiri boleh lihat bagaimana kesedaran rakyat terhadap tipu helah yang dimainkan oleh kepimpinan UMNO kini.

Selagi Ummi meneruskan karier ini selagi itu UMNO akan terus kehilangan sokongan orang ramai, lebih baik Ummi menjauhkan diri.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA