Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, June 20, 2011

ALBUM KONVENSYEN PKR - PRU 13


Album sekitar Konvensyen PRU 13 PKR 2011



SACC - Shah Alam Convention Centre - terpilih untuk konvensyen PRU13 PKR tahun 2011 Perserta konvensyen di ruang legar
Peserta mendaftar untuk penyertaan sebagai peserta konvensyen



Pemidang dan penjelasan kaitan dengan konvensyen - Demi Rakyat, kata peransang untuk keahlian PKR Pentas Utama dengan berlatar belakangkan Tangan - Tiang Demi Rakyat
Ketibaan DSAI di iringi oleh MB Selangor



DSAI & DSWA di apit oleh MB Selangor dan Timbalan Presiden PKR.
Kelihatan juga Ust. Badirulamin dan YB Elezebart duduk sebaris.
Tersenyum riang En. Abdul Abas Mantan Pengarah Pelajaran Selangor dan kini Pengerusi Biro Pendidikan PKR Pusat



Peminat Generasi Muda PKR
Kelihatan juga Pengerusi PKR Johor Chua Cho Ming.

DSAI dengan semua jemputan dan hadirin menyanyikan lagu parti.




YB Shariffuddin, selaku SU Agung parti memulakan ucapan dengan memaklumkan kehadarin 3416 orang dari seluruh negera dan ianya termasuk Sabah dan Sarawak. Jumlah ini memang diluar dugaan dan moga-moga ianya melambangkan komitmen ahli kepada perjuangan parti dan menandakan kemenangan PRU13 sudah dekat. Beliau juga menyarankan agar setiap cabang di gembeling oleh tenaga muda, dan setiap peserta juga amat perlu memahami matlamat konvensyn kali ini.

Bagi M. Elagoragasi pula, yang mewakili kaum India, ini adalah kali pertama berucap di khalayak ramai dan amat teruja sekali, ini jelas bahawa hanya PKR bersama PR yang dapat membela sama depan bangsa, dan tanahair, tambahan kini isu barangan, pembelaan juga di ujud kepad kaum India, dan satu perubahan amat perlu di buat unt
uk PRU13 ini.

Bagi Pn. Fatimah a/p Bahsin, wakil orang asal juga memberikan amaran kepada kepimpian PKR dan PR agar tidak mengulangi apa yang dilakukan oleh pemimpin UMNO / BN. Hak kami sebagai penghuni asal di nafikan, tanah kami di ambil dan pendidikan kami di abaikan. Kebosanan dalam UMNO membuatkan beliau meninggalkan UMNO dan menyertai PKR.



Cik Carol mewakil PKR Sabah,
En, Abun Soi Anik dari Sarawak,
YB Nurul Izah wakil Naib Presiden.



YB Azmin mengesahkan penyelewengan oleh SPR dalam penempatan pemilihan baru terutama di kawan Klang Gate Baru, alamat rumah ibu sendiri menjadi " sarang " untuk ditempatkan pengundi-pengundi tersebut. Seterusnya beliau mencabar Tim Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar untuk turun dan melawati ke rumah tersebut dan jika ianya benar sila Letak jawatan.

Walaupun beliau presiden parti, tapi DSWA semangat keibuan itu masih gental dan berdoa kepada Allah memohon keberkatan agar kekuatan dan kesungguhan ahli parti sentiasa di tahap paling maksima untuk memastikan parti berjaya dalam PRU13 nanti.

Bagai DSAI, Bersih akan memberhentikan perarakan jika SPR / Najib berjanji dan seterusnya sedia membuat pembersihan apa yang sedang berlaku kini. kepada semua perwakilan beliau mengharapkan agar tidak membazirkan masa yang ada dan tidak menunggu pengumuman PRU baru bergerak, " kalau kita tunggu dan berlengah, maka pasti kita akan tewan " katanya. " kepada keakraban gagasan PR antara PAS dan DAP jemaah perlu sentiasa di perkukuhkan hubungan tersebut. PR hanya memerlukan penambahan 5% sahaja lagi untuk ke Putra Jaya.

Rata-rata peserta konbvensyen yang ditemui merasakan PKR sudah ada kekuatan untuk menang di PRU nanti. Semangat mereka cukup tinggi.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA