Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, June 25, 2011

PERLEMBAGAAN - APAKAH ISLAM AGAMA RASMI

CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Bentuk ada ciri Islam tetapi didalamnya.! Lu pikir le sendiri..!


Menurut Tun Mohamed Suffian (1990) ,Perlembagaan Malaysia mempunyai ciri-ciri asas seperti berikut:

(a) Perlembagaan Malaysia mengasaskan Malaysia sebagai sebuah Persekutuan.

(b) Sebagai negara raja berperlembagaan.

(c) Sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen.

(d) Perlembagaan memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, tetapi pada masa yang sama tidak mengasaskan Malaysia sebagai negara teokrasi dan dengan jelas menjamin kebebasan beragama.

(e) Perlembagaan memperuntukkan ketinggian perlembagaan dan kebebasan undang-undang.

(f) Perlembagaan memperuntukkan pengasingan kuasa ketiga-tiga cabang kerajaan. Seluruh jentera pentadbiran diketuai oleh Perdana Menteri dan dibantu oleh kabinet serta seluruh birokrasi. Ketiga-tiganya mempunyai status yang sama. Tidak ada suatu pun yang lebih tinggi dari yang lain dan setiap satunya mempunyai fungsi dan tanggungjawab yang berbeza.

Perlembagaan juga memperuntukkan sebuah badan kehakiman yang berasingan dan bebas dari kawalan Parlimen manakala Eksekutif pula mempunyai bidang kuasa yang eksklusif untuk menentukan pertikaian dan hak serta liabiliti lain dalam perlembagaan.

Di sinilah nampak kekalutan dalam Perlembagaan ini contoh :

"tidak mengasaskan Malaysia sebagai negara teokrasi" Murid-murid UMNO apakah makna "Teokrasi".? Dalam Kamus Dewan Bahasa "Teokrasi" ialah Sistem kerajaan yang menggunakan hukum-hukum agama didalam dasar pemerintahannya.


Jadi sebagai Agama Islam sebagai agama rasmi sahaja tetapi tidak mengasaskan Malaysia dengan sistem kerajaan yang menggunakan hukum-hukum agama sebagai dasar pemerintahannya. Ini bermakna Malaysia bukanlah negara Islam...

Ada faham ke murid-murid UMNO dengan Penjelasan Naruto Sensei ni.? Jangan kalut lagi ye..menyalak yang kamu semua ni pertahankan Negara Islam UMNO tu. Sebab korang bukan berjuang pada dasar Islam. Dasar korang ialah sekular..

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA