Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM120 - RM150 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 013-4500678, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

D'WARIS INAP DESA (HOMESTAY)

UNDILAH...

Thursday, March 31, 2011

ESKAY TERUS MENYERANG DSAI

Kini Eskay mula menyerang DSAI dengan segala keperluan, beliau juga yang pernah rapat dengan DSAI yang juga bertindak sebagai Konsul Thailand ke Malaysia tahu dengan mendalam apa yang telah dilakukan oleh DSAI khususnya semasa DSAI berada di Thai.

anwaraidc.com

Foto Anwar mengurut di Thailand ini pernah menjadi kontoversi satu ketika dahulu. Program Anwar mengurut itu disiarkan"Cheepachorn Loke" di Channel 9, sebuah rangkaian televisyen Thailand pada jam 11.15 malam, 16 April 2009. Selain rakaman yang disiar secara terbuka. Mungkinkah terdapat rakaman tertutup Anwar di Thailand?

Di bawah adalah beberapa persoalan yang ditimbulakan oleh Eskay semasa DSAI berada di Thai.

Datuk Shazryl Esebkay Abdullah meminta para blogger bertanyakan Datuk Seri Anwar Ibrahim apa yang dilakukan oleh Ketua Umum PKR itu ketika melawat Thailand.

Bekas Konsul Thailand ke Malaysia itu berkata Anwar telah beberapa kali melawat Thailand dalam tempoh dua tahun lampau dan meminta blogger bertanyakan Anwar berkenaan lima soalan, iaitu

1. Sejak dua tahun lalu sudah berapa kali Anwar ke Thailand ?

2. Siapa yang menyambut Anwar di Thailand ?

3. Di hotel mana Anwar selalu menginap ?

4. Apa Anwar buat dalam bilik hotel tersebut ?; dan

5. Siapa yang menyelesaikan semua bil bayaran hotel tersebut ?.

“Awak pergi tanya dia (Anwar)…tengok apa dia akan jawab,” kata Eskay dalam pertemuan bersama beberapa orang rakan blogger di Shah Alam, malam semalam.

Eskay mendakwa, selain di Kuala Lumpur beliau juga turut menyimpan ‘bom’ aktiviti Anwar di Thailand.

“Hubungan akrab saya dengan Anwar tidak begitu diketahui ramai”, kata Eskay lagi yang menggambarkan hubungan misterinya bersama Anwar.

Malah dakwannya hubungannya dengan Anwar lebih special berbanding Datuk Nallakarupan.

“Saya akan pergi ke rumah Anwar pada waktu-waktu tertentu bila dia panggil.”katanya.

Menurut Eskay, Datuk Seri Wan Azizah Ismail tidak pernah syak apa-apa bila mereka keluar berdua kerana tahu mereka rapat.

Pertemuan bersama blogger yang turut disertai ketiga-tiga Datuk T itu menjelaskan mereka yakin 100 peratus aktor utama dalam video seks itu adalah Anwar Ibrahim dengan beberapa hujah konkrit yang tidak boleh dinyatakan di sini.

Bagi mereka kes ini sudah menjadi kes polis biarlah polis menyelesaikan siasatan berdasarkan bukti kukuh tersebut.

Eskay turut memberitahu jam tangan didakwa milik Anwar sebenarnya cuba dicuri oleh pelacur China dalam aksi seks itu, tetapi berjaya diperolehi semula setelah kawan rapat Anwar itu menemui pelacur tersebut.

Kini rakyat Malaysia mula berpolitik dengan memfitnah, kepada kita semua perlu berfikir apakah yang akan terjadai kepada negera pada masa akan datang.

DENGAN IHSAN : anwaraidc.com

Wednesday, March 30, 2011

UBAH SEKARANG SELAMATKAN MALAYSIA BHG. 22


BUKU YANG DI IGAUI UMNO / BN


cabutan teks dari buku " jingga " tersebut.

DASAR BERSAMA PAKATAN RAKYAT ( PR )

KEADILAN SOSIAL DAN PEMBANGUNAN INSAN

Golongan Muda
  • Menjamin peluang dan hak sama rata serta adil untuk golongan muda dari seluruh lapisan masyarakat bagi merelaisasikan potensi diri.
  • Memastikan supaya tiada seorang belia akan dibiarkan mengakhiri pendidikanya tanpa peluang memperolihi kelayakan atau latihan yang secukupnya untuk menyumbang terhadap ekonomi kemahiran tinggi negara.
  • Mengiktiraf kepentingan peranan dan sumbangan oleh golongan muda melalui perkongsian pendapat secara jujur dengan gerakan-gerakan belia, khususnhya dalam isu berkepentingan ke atas kehidupanmereka serta hala tuju negara.
Keselamatan
  • Menjadikan polis bebas dan profesional secara mengambalikanya kepada misi asal untuk mencegah jenayah dan memastikan keselamtan awam.
  • Merombak pengagihan tenaga polis supaya bilangan tenaga polis yang cukup ditugaskan untuk membanteras jenayah.
  • Melengkapkan pihak polis dengan peralatan dan latihan yang terkini dalam usaha membenteras jenayah.
  • Melaksanakan semua saranan suruhanaya diraja Penjambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis, termasuk penubuhan IPCMC dan penambahbaikan kebajikan polis yang giat bebakti kepada negara.
  • Membaiki keadaan perkhidmatan pasukan polis khusunya peringkat bawahan bagi mengningkatkan prestasi dan moral.
  • Memperkukuhkan peranan masyarakat dalam pencegahan dan pembenterasan jenayah melalui program kumuniti.
  • Menangani dengan strategik dan tuntas segala masalah sosial yang menjadi punca kepada jenayah.

isu akan datang
Dasar Bersama Pakatan Rakyat -
Keadilan Sosial dan Pembangunan Insan.
Kesihatan

VIDOE LUCAH - SIAPA ESKAY.

SEMASA saya berada di Kuching Sarawak lagi kawan ini mencari saya. Katanya ada perkara penting. Saya kata bagi tahulah, tak boleh katanya, sebab melalui telefon. Nanti orang tape susah nanti. Dari gambaran percakapan kawan ini saya sudah mengagak apa yang hendak diceritakan ada kena mengena dengan kes video lucah yang panas waktu itu.

Jam 6.00 petang semalam kami berjumpa untuk sama-sama ke stadium Melawati Shah Alam Selangor, untuk solat hajat. Saya lebih kepada untuk cover majlis berkenaan, nak lihat perkembangan terbaru dan reaksi orang ramai ekoran pendedahan video lucah itu.

Apa lagi katanya pada malam Sabtu lalu ketika Anwar Ibrahim mengadakan ceramah di Melawati polis sudah mula tunjuk taring. Orang ramai juga sudah mula tunjuk kuku. Nampak polis dengan orang ramai nak bertempur sekali lagi.

Pertempuran polis dengan orang ramai ini nampaknya akan berlaku di setiap era perdana menteri, Tahun 1998 dulu di era Mahathir, membawa ke era Abdullah Badawi pada tahun 2004 kemudian membawa pula kepada era Najib Razak.

Apapun era Mahathir jadi PM polis nampak lancang dan kejam. Kejam tidak kejam, sampai ketua polis bertukar menjadi serigala memukul muka Anwar hingga lebam teberam. Sampai kena tubuh suruhanjaya di raja la.

Di zaman Abdullah polis tidaklah sekejam itu. Rupanya perangai polis ini ikut perangai siapa jadi PM. Bagaimana di zaman Najib? Itulah yang mengajak saya ke stadium Melawati semalam. Saya ingat episod yang terlepas dipandang mata saya di Melawati yang jaraknya tidak sampai 3 km dari rumah saya tak sempat tonton kerana saya di Kuching, akan bersambung di Shah Alam.

Benar seperti saya kata, kawan ini nak bercerita mengenai video lucah. Mengenai identiti dan latar belakang salah seorang yang menjadi penunjangnya, yang bernama Shazryl Eskay atau Datuk T.

Menurut kawan ini dia kenal benar dengan Shazryl seorang ini. Dia bukan sembarangan orang. Dia bukan Melayu jati dan bukan juga mamak jati. Bukan juga Siam jati. Katanya, ayah Shazryl ini adalah seorang India yang berasal dari Sarawak. Manakala emaknya pula berbangsa Siam berasal dari Kedah. Ertinya di dalam tubuhnya tidak ada setitik pun darah Melayu, macam Mahathirlah.

Wah betullah apa yang dicerita oleh Johari Abdul di stadium Shah Alam malam tadi. Ketika Johari Abdul bercerita saya tersenyum sahaja. Tetapi cerita Johari itu tidak panjang dan sampai kepada 'potet' (mauduk) sebenarnya. Apa diceritakan Johari si anak keling + siam ini hanya ada syarikat di Langkawi Kedah, setakat itu saja.

Adapun menurut kawan ini dia kenal anak keling + siam ini semasa dia berada di Okhlahama, Amerika Syarikat. Ketika itu dia menjadi fisiotrapi atau dalam bahasa orang kampung tukang urut kepada atlit Malaysia. Sama sajalah dengan tukang urut barang di Chow Kit atau pun Puduraya. Itu saja tugasnya.

Tugasnya ialah mengurus atlit Malaysia. Kata kawan itu dia juga pernah mengurut dengan anak keling + siam ini dan memang berbaloi. "dia memang sesuai untuk mengurut orang besar," begitulah cerita kawan ini.

Kehebatan dia ini pandai mengurut barang diketahui oleh menteri sukan yang ketika itu Abdul Ghani Othman, MB Johor kini. Ghani merekmen kepada Mahathir untuk merasai penangan anak keling + siam ini. Entah macam mana Mahathir jadi minat dan menyuruh Ghani mengambil orang ini untuk menjadi tukang urut negara - urut atlit.

Hasrat Mahathir itu dipersoalkan oleh beberapa pegawai di Majlis Sukan Negara. Timbul perbalahan kerana untuk mengambil orang ini menjadi tukang urut negara tidak boleh sebab dia tidak ada kelulusan setaraf dengannya untuk menjalankan tugasnya. Apa lagi tugasnya bukan saja menjadi tukang urut tetapi dia juga akan jadi tukang bancuh ubat kepada atlet. Tetapi kerana ia diatas kehendak Mahathir syarat itu dilanggar maka jadilah orang ini sebagai tukang urut negara. Ertinya Mahathir sedia melanggar syarat kerana mahukan orang yang separuh berketurunan dengannya ini.

Kisah ini juga ada dalam pengetahuan Ismail Said, bekas setiausaha parlimen menteri belia sukan. Dia boleh menceritakan bagaimana pertikaian untuk melantik orang ini sebagai pegawai perubatan alias tukang urut negara.

Mahathir ada tujuan lain di sebalik itu, dia mahu jadikan Eskay ini sebagai tukang urutnya. Cerita kawan itu di sinilah Mahathir berhubung dengan SK. Mahathir juga bermurah hati telah melantik Eskay menjadi setiausaha perdagangan Malaysia di Thailand.

Apakah anologi dan moral di sebalik cerita berkenaan? Dua daripada orang yang terlibat dengan pembikinan video lucah itu adalah kenalan rapat dan kepercayaan Mahathir. Rahim Tamby Chik adalah rapat dengan Mahathir orang yang mendapat blessing daripada didakwa atas tuduhan rasuah. Rujuk kepada pendedahan Lim Kit Siang dan Anwar malam tadi.

Eskay pula sebagai tukang urut orang yang mungkin dapat jamah senjata politik paling sulit Mahathir. Mungkin Eskay tahu saiz dan kepanjangannya sekali.

Cuma kalau tidak rapat dengan Mahathir ialah si Shuib Lazim. Ini pun tidak kisah kerana Shuib adalah proxy dalam kepentingan tertentu Mahathir dan juga Daim. Kalau begitu maka makin jelaslah apa yang sudah mulai menjadi clear. Walahualam. [wm.kl.7:10 pm 29/03/11]

Tuesday, March 29, 2011

MALAYSIA KINI ADA 2 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN NEGARA


28 Mac 2011, sekali lagi Stadium Malawati menjadi tumpuan untuk pendedahan penyelewangan yang dilakukan oleh kepimpinan UMNO / BN. DSAI yang dijadikan " mangsa " oleh UMNO pada malam ini telah di " angkat " semula dan didendang bagai wira dalam ceramah dan solat hajat Pakatan Rakyat yang dihadiri ribuan penyokong dan pemimpin utama Pakatan Rakyat.


Sebahagian daripada jemaah di solah hajat tersebut

Dalam mempertahankan DSAI, sebaliknya mereka yang di belakang tabir penyiaran video kontroversi itu, terutama bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik pula menjadi sasaran serangan balas Pakatan.

Hadirin khusuk mendengar ucapan dari pemimpin

Anggota parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul pula diangkat sebagai "hero" kerana versinya yang mempertahankan bahawa Anwar bukan "pelakon" dalam video 22 minit yang ditayangkan di sebuah hotel mewah di ibu negara minggu lalu.

Hadirian sebahagian dari hampir 10k memenuhi semua ruang di stadium




TGHD sedang berucap, disamping pemimpin yang lain juga khusus memberikan perhatian kepada ucapan beliau, Selain Anwar sendiri, hampir semua pemimpin kanan Pakatan hadir, termasuklah Murysidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan barisan exconya.


Bagi DSAI pendedahan ini di sifatkan sebagai dakwaan terhadapnya itu sebagai langkah terakhir parti lawan bagi menghalang kemaraan Pakatan bagi menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum yang dijangka tidak lama lagi. Beliau yang juga ketua pembangkang meminta penyokongnya tidak mempedulikan isu itu sebaliknya memfokuskan kepada perjuangan mereka melalui 'Buku Jingga' dengan mengutamakan isu tata kelola pentadbiran negara supaya berjalan betul.

Kaitan dengan isu moral, beliau juga mempersoalkan kewibawaan Rahim dan membandingkannya dengan isu yang sama melibatkan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek sebelum ini. "Dalam kes Soi Lek, siapa edar ditangkap. Dalam kes ini, siapa edar dirai. Kebetulan namanya (orang itu) Rahim Thamby Chik," sindir Anwar. Anwar juga mendakwa isu video itu ditimbulkan kerana pendakwaan terhadapnya di mahkamah dalam kes liwat membabitkan Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah "lemah".

KUALA LUMPUR: Trio "Datuk T" yang mendedahkan rakaman video aksi seks didakwa membabitkan seorang yang mirip pemimpin pembangkang akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi dan Akta Pemberi Maklumat sekiranya pihak berkuasa mendapati wujud kes. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, ( gambar ) berkata akta itu boleh digunakan bagi melindungi keselamatan trio itu yang bertanggungjawab mendedahkan video berkenaan.

"Bagaimanapun, kedua-dua akta itu tidak perlu digunakan ketika ini kerana belum ada sebarang pendakwaan dibuat ke atas mana-mana pihak sehingga kini dan perkara itu juga masih dalam siasatan polis," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini ketika diminta mengulas mengenai perlindungan undang-undang yang boleh diberi kepada trio berkenaan. Malaysia kini mengamalkan 2 standard undang-undang 1 untuk pemimpin kerajaan dan 1 untuk pembangkang.



Bagaimanapun, harapan hadirin untuk mendengar ucapan dari TGNA hampa, kerana bdliau dalam keadaan kepenatan hanya mampu mengetuai bacaan doa ssahaja.

foto ehsan harakahdaily, edyesdotcom, batuvskayu

Monday, March 28, 2011

PROF. KANGKONG DARI UKM - ULAS ISU ANWAR

Apakata Pensyarah UKM, Prof: Dr. Nidzammudin Sulaiman, beliau adalah pensyarah Sains Politik mengkritik berkaitan dengan kedudukan DSAI dalam isu liwat & video. Sinar Harian Isnin 28 Mac.

" Sudah sampai masanya bagi Ketua Pembangkang, DSAI berundur dari kancah politik negara, walaupun beliau belum pasti terlibat dalam skandar itu, sedikit sebanyak ia akan turut memberi kesan bagi imej dan reputasinya berdasarkan rekod sedia ada termasuk perbicaraan kes liwat yang sedang berlangsung di makkamah "

" Orang akan jadi muak. ini tidak kira sama da beliau bersalah atau pun tidak kerana bagi seorang pemimpin politik apa yang lebih utama adalah kepentinghan rakyat, bukan permainan politik yang berulang-ulang"

Berikan pendapat anda tahap dan daya kemampuan prof. ini berfikir dan berhujjah?

DSAI - HIDUP MU CUKUP TERSIKSA


Kini jelas DSAI adalah liabiliti kepada kerajaan Najib, UMNO / BN. Apa sahaja yang mereka lakukan semua ada dalam simpanan DSAI, sebut sahaja nama siapa dalam senarai Najib, sebut sahaja siapa yang pernah dalam kepimpinan UMNO, walaupun pada masa kini mereka sudah "berehat" tidak ada apa-apa jawatan mau pun berjawatan yang dianugerahkah kerana mengenang budi mereka. Contohnya Pengerusi Risda. Apakah kini ada perancangan dan niat dari mereka yang tertentu untuk melenyapkan beliau dari industri pempolitikan di Malaysia.

Untuk itu cuba kita perhatikan perancangan dan tindak buat oleh golongan tersebut terhadap DSAI, dan fikir-fikirkanlah....

edarkan video DSAI untuk tontonan ramai

Kes yang melibatkan Tun Mahathir, di mana DSAI perlu direhatkan di Penjara Sungai Buloh selama 6 tahun, apa yang tak dilakukan oleh mereka,mata beliau lebam, tidur atas lantai, penghakiman yang memihak, hakim yang tidak releven dan akhirnya Malaysia di malukan di mata dunia dalam penghakiman Liwat 1 ini.

Pembebasan beliau oleh Tun Dollah telah menyebabkan Malaysia rioh rendah, dalam pada PRU12, dengan kemampuan luar biasa DSAI, DAP dan PAS dapat duduk semeja dan berganding bahu akhirnya menafikan hak 2/3 di parlimen. Kemudian dengan perancangan yang rapi DSWA meletakkan jawatan di Permatang Pauh terus memberikan laluan kepada DSAI bertanding, dan berjaya dengan majoriti yang bertambah, di nobatkan sebagai ketua pembangkang dalam kebinate bayangan PR.

BN bertukar pemerintah dari Tun Dollah kini di serahkan kepada Dato Najib, Dato Najib meneruskan idealisme Tun M, meneruskan fitnah, fitnah dan memfitnah.

Kisah Liwat 1 dah selesai, kini kait pula dengan Liwat 2, mungkin perancangan mereka gagal dan terbit pula rakaman video seks. Semua melibatkan DSAI. Jahat dan bagitu bernafsu sekali DSAI ini? Kalau gitu, dengan adanya kes terbaru ini apa salah pihak berkenaan yang seolah mendapat restu pihak tertentu dedahkan saja tape tersebut, edarkan kepada semua pihak untuk di nilai. Selagi video ini di sorok selagi pihak rakyat tak mampu untuk menerimanya. Ini berlaku kerana sebelum ini kerajaan telah terbukti banyak kali memfitnah DSAI melalui kes liwat yang jelas bangang.

Kes liwat I memang mengarut. Kes liwat II juga begitu. Dalam kes ke2 terbukti pihak yang di liwat sebelum membuat pelaporan sempat berkunjung dan memohon restu Najib, Rosmah, Ezam, kemudian peliwat telah meliwat sejumlah 9 kali dan pada 28 Jun adalah liwat terakhir. Seluar dalam yang diliwat pula di ambil dari rumah tunangnya. Dengan kes yang bertambah mengarut ini menyebabkan pihak kerajaan " terlupa " dengan kes-kes yang lain, masih ada kes rogoh, kes bunuh, kes rompak yang masih tertangguh, tapi Kes Saiful yang diberikan keutamaan. Sedangkan Saiful masih " happy " . Pembelaan yang diberikan oleh pihak kerajaan ini seolah-olah memperlihatkan sendiri betapa " bangangnya " kerajaan itu.

Kalau pihak ingin mempertikaikan " moral " DSAI ianya amat sensitif sekali kerana kalau diperhatikan siapa Rahim Tamby Chik, Siapa dia Chua Soi Lek, bagaimana " para hakim " di mahkamah, bagaimana campur kerajaan dalam siasatan polis, bagaimana dengan kes Altantua, Kes PKFZ, korupsi dengan keruntuhan bangunan stadium, kehilangan rekod kehadiran Altantua keMalaysia, banyak lagi yang cukup memualkan.

Itu belum masuk lagi kes adun yang bunuh diri ataupun ditemui mati dalam bilik hotel. Jangan dilupakan isu menteri umno yg terkait dengan skandal rogol amah ataupun gay. Kesemua di atas ada kaitan dengan moral. Samada rasuah, tidak amanah, menipu, berzina ataupun gayying semua cukup. jadi kesimpulannya edarkan video tersebut untuk penilaian semua pihak dan bukannya orang tertentu sahaja.

Masih adakah lagi video lucah yang membabitkan DSAI?

Ummi Hafilda ada 18 set video DSAI, sejak 1999 beliau menyimpan video-vide.o tersebut dan kini tiba masa beliau membua pendedahan. Syabas Ummi. Sudah pasti pendedahkan klip seks terbabit akan menyebabkan dsai jatuh bertangga-tangga. Bukan satu tangga. Tapi bertangga-tangga. Bukan senang nak cipta konspirasi. Tapi kalau pemimpin sendiri yang mendedahkan kelemahan diri, mereka akan jatuh sendiri. Tak perlu bantuan konspirasi pun. Heh. Sudah tentu pendedahan ini akan berpihak kepada umno + kerajaan.

Ummi mengesahkan beliau tahu siapa yang simpan. Hanya menunggu masa dan ketika saja untuk menyangkannnya. Selepas itu dedahkan klip lucah terbabit kepada umum. Tanpa perlu umno bersusah payah memecahkan kepala hotak menjatuhkan dsai, kerana ini jalan yang paling mudah untuk dsai undur diri.

Kurung DSAI dalam Penjara Rumah

Kini DSAi cukup " tersiksa " malahan bukan sahaja diri kaum keluarga juga terlibat, kaum keluarga turut terpalit malunya atas setiap pertuduhan yang diterima oleh DSAI. Memang sukar untuk kerajaan mencari bukti penglibatan DSAI dalan kes dan skandal liwat dan zina, memanglah sukar untuk kerajaan menyakinkan rakyat bahawa perkara di atas adalah benar dan mempercayai kerajaan tanpa bukti, akhirnya kerajaan juga yang akan dikecam dan diherdik bertubi-tubi oleh rakyat marhaen.

Oleh itu, adalah lebih baik jika kerajaan bersikap gentlemen dan berani. Hentikan segala konspirasi dan tunjukkan aje sikap sebenar. Apakah salah jika disyorkan " tahanan " dalam rumah dengan terus meninggalkan dunia luar dan tidak ada rakan dan taulan yang boleh mengunjungi beliau. Bahkan kerajaan perlu berani. Kalau ada rakyat yang memberontak, gunakan sahaja polis dan fru untuk menyuraikan mereka . Kerana pihak Kementerian Daslam negeri memang ada kepakaran dalam hal ini.

Memang tidak bijak hanyak mengangtung DSAI tidak ke Parlimen selama 6 bulan, 6 bulan bukan lama malahan pejam celik dah sampai ke jangka masa tersebut. Jadi apakah selepas 6 bulan itu nanti pihak kerajaan perlu perah otak untuk cipta konspirasi lain pula? Takan nak cipta konspirasi seperti merogol pula? Apakah akan dipercayai oleh rakyat, atau digelakkan oleh rakyat aje.

Kematian jalan terakhir

Kematian ahli politik di malaysia bukan perkara baru. Belum terbukti lagi yang rakyat akan bangkit menentang.

Ameno :

DSAI adalah alat bagi rakyat,
bukan rakyat alat bagi anwar ibrahim.

Sunday, March 27, 2011

KES VIDOE - MAKIN CELARU DAN MEMBINGONGKAN



YB Shafie Afdal

Teori kemungkinan kebarangkalian yang dijaja dari mulut ke mulut di Kota Kinabalu, ada asasnya untuk mendakwa Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal terlibat dalam Skandal Video Seks yang dikatakan melibatkan pemimpin pembangkang; memandangkan bapa mertuanya, Datuk Shuib Lazim dan C.E.O kanan sebuah agensinya, RISDA, Datuk Rahim Thambi Chik dikatakan terlibat secara langsung dengan isu berkenaan.

Saya tidak bermaksud untuk menuduh Shafie terlibat secara langsung, namun penglibatan bapa mertuanya dan pegawai kanan agensi di bawah Kementeriannya, tanpa ‘RESTU’ beliau bagaikan lagu tanpa irama atau ibarat keris tanpa ulu. Isu video seks berkenaan bukan sahaja memalukan rakyat Malaysia, malah membuktikan tidak ada kebebasan hak asasi manusia di Malaysia kerana hak peribadi seseorang begitu mudah diceroboh dan dirakam; setelah insiden yang serupa berlaku ke atas Datuk Chua Sooi Lek.

Bukankah isu yang digembar gemburkan ini akan menyebabkan pelancong takut untuk datang ke Malaysia kerana bilik hotel begitu mudah dipasang CCTV atau kamera tersembunyi tanpa sebarang sistem keselamatan peribadi? Isu video lucah yang dikatakan melibatkan pemimpin pembangkang bukanlah isu penting tetapi sengaja digembar-gemburkan; apatah lagi dengan penyerahan jam Omega (kononnya mempunyai DNA pemimpin pembangkang) dan VCD rakaman CCTV kepada pihak polis, namun tidak akan dapat membuktikan apa-apa kerana dua barang tersebut saksi bisu dan kaku.

Pelacur China dalam video berkenaan mungkin salah seorang daripada 50,000 GRO dan warga China yang gagal dikesan oleh Jabatan Imigresen kerana masuk ke Negara ini secara sah; tetapi tidak ada rekod mereka meninggalkan negara ini kerana ‘Ada wang Semua Boleh Jadi’; buktinya Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Imigresen ditangkap SPRM kerana mendalangi semua kegiatan ini.

Penglibatan ‘Datuk T’ iaitu singkatan bagi ‘Trio’ Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Datuk Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim dalam skandal video seks berkenaan tidak menarik minat saya, tetapi kemungkinan penglibatan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan menjadi tumpuan rakyat kerana melibatkan maruah UMNO disebabkan kedudukannya sebagai Naib Presiden. Saya tidak ingin mengganggu siasatan polis, namun ada baiknya Datuk Shafie turut dipanggil sebagai saksi kerana penglibatan bapa mertua dan C.E.O agensi di bawah kementeriannya mirip kepada perkenan Shafie; sebelum video ini didedahkan kepada media.

Kedudukannya sebagai ‘Blue Eye Boy’ kepada Najib, Shafie telah memalukan Najib apabila Anwar tanpa ragu menuduh Najib dalang di sebalik skandal video seks berkenaan kerana dua Datuk yang mengaku menjadi dalang adalah berkait rapat dengan Shafie.Tidak mungkin Shuib tidak meminta restu atau tidak menunjukkan video berkenaan kepada Shafie kerana Shuib telah menunjukkan video tersebut kepada anak saudaranya, Datuk Johari Abdul.

Memandangkan hubungan Shafie dengan bapa mertuanya dan Rahim agak rapat, maka adalah tidak mungkin mereka membelakangkan Shafie, melainkan jika Rahim tidak lagi mahu menjadi Pengerusi RISDA dan Shuib sudah bosan menjadi bapa mertua Shafie. Shafie sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapat kepercayaan Najib setelah gagal beberapa kali dalam percubaannya untuk merampas kuasa politik daripada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman; namun sehingga kini beliau gagal dan akan terus berusaha sehingga berjaya dalam konspirasinya.

Ehsan: Sabahkini

Saturday, March 26, 2011

PADAN MUKA ORANG MELAYU - MELAYU ALA UMNO

Terima kasih bn kerana kamu mengajar rakyatnya menonton video lucah. Terima kasih juga kepada bn kerana kamu, rakyat sudah diajar untuk membiasakan diri dengan benda lucah. Terima kasih lagi kepada bn kerana kamu semua sudah mengajar kepada rakyat agar pandai menipu, memfitnah, berbohong, memburuk dan menghina orang lain.

Terima kasih kepada orang Melayu yang masih lagi mengundi bn. Terima kasih orang Melayu kerana kamu, pemimpin bn kamu dengan selamba menggalakkan orang melayu menonton cerita lucah. Terima kasih lagi kepada orang Melayu kerana kamu, bn suka sangat buat benda haram menuduh orang meliwat dan zina. Bukan setakat menuduh, malah memaksa orang mempercayai penipuan si bn haram itu.

Padan muka orang Melayu -

Setiap kali adanya PRK ( Pilihanraya Kecil ) sering di janjikan, sering di momokkan, sering di perdayakan lihat aje( contoh ) semasa di Merlimau dan Kerdau, Najib, Mahyuddin, Ali Rostam, Felda, BTN semuanya bergerak untuk memastikan BN / UMNO menang, baik pemimpin mau pun agensi kerajaan semua mengeluarkan peruntukan:

Timbalan PM: luluskan geran buat sekolah agama bernilai RM1.5juta.
Bagi basikal kepada 36 pelajar cemerlang PMR.

Meluluskan pembinaan blok tambahan untuk bengkel kemahiran hidup dan makmal bernilai RM5 juta di Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau.
Di samping turut berjanji untuk menyiapkan 18 sekolah di parlimen Kuala Krau yang akan diberikan peruntukan penyelenggaraan sebanyak RM1.9 juta.
Membina sekolah agama rakyat di Taman Muhibah dekat Masjid as-Sujjah Merlimau berjumlah RM1.5 juta

KM Melaka : Sebagai ketua menteri beliau mengamalkan kronisme dan rasuah. Mana-mana kontraktor yang ingin mendapatkan projek dan kelulusan tender perlu mendapat surat akuan daripada runnernya dan perlu berjumpanya terlebih dulu, kemudian membuat beberapa komitmen untuk kepentingannya

GLC - FELDA: Membeli undi melalui pengumuman bayaran ses di bawah Skim Insentif Tanam Semula yang diberi kepada 433 peneroka dengan bayaran wang insentif RM1,000 sehektar atau bersamaan RM4,000 seorang yang kesemuanya bernilai RM1.8 juta.

Biro Tata Negara Negara (BTN) turut menyertai kempen pilihan raya kecil Merlimau dengan mengadakan tiga ceramah setiap hari bermula Ahad (27 Mac) lalu. Misinya ialah memburuk-burukkan DAP yang kononnya ‘menentang Islam dan mengancam orang Melayu’

Datuk Seri Najib Razak mengumumkan satu nilai sogokan untuk memancing undi berjumlah hampir RM10 juta bagi projek pembangunan rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau menjelang hari penamaan calon. Pengumuman itu dibuat di dua majlis perjumpaan berasingan di hadapan pengundi di Batu Sawar dan pengundi Cina, India dan Orang Asli di Kampung Baru Kerdau. Sogokan sebanyak RM10 juta itu dalam bentuk sogokan projek mengganti paip bernilai RM9.25 juta, gelanggang serbaguna masyarakat Cina RM400,000, membina kuil Hindu RM100,000, dan Balai Bomba sukarela RM150,000
Berlaku pengedaran kotak barangan kepada pengundi Cina di Kerdau dan dilihat menyogok dan merasuah pengundi apabila peenerima diarahkan memasang pelekat BN dan ada gambar wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menterinya Datuk Seri Shahrizat Jalil. Setiap kotak mengandungi nasi, Milo, biskut, susu tepung dan sardin dalam tin

Padan muka orang Melayu.

Kepada rakyat Malaysia dan orang Melayu, undilah lagi bn umno apco agar seluruh rakyat Malaysia terutama orang Melayu dibiasakan untuk menonton filem lucah, memfitnah, berbohong, menipu,memburuk dan menghina orang lain hanya semata-mata kita tidak suka kepadanya. Undilah lagi bn agar Malaysia akan terus dirosakkan dari segi ekonomi, sosial dan kehidupan keseluruhannya. Undilah bn,....agar nanti boleh hamba sebut kepada kamu semua orang Melayu,.. "Padan Muka Melayu!".

Padan muka orang Melayu

Mengikut kenyataan umum Johari Abdul, beliau ditawar dengan tawaran jawatan dan wang sekiranya beliau sanggup menyertai UMNO berdasarkan rakaman video seks buatan Rahim Thamby Chik tersebut. Beliau juga ditawar sedemikian dengan jaminan beliau boleh bertemu dengan Presiden UMNO sendiri, yakni Najib Tun Razak. Bagi saya, ini bukti jelas bahawa projek "video blue" Rahim ini sememangnya dalam pengetahuan Presiden UMNO tersebut. Kalau tidak, masakan Rahim boleh membuat tawaran sedemikian kepada dato Johari Abdul.

(Malaysiakini 27 Februari). (Umno online 2 Mac; Utusan online 3 Mac).
(Malaysiakini 28 Februari).(Malaysiakini 27 Februari). (Malaysiakini 1 Mac).

DATO T - BUKAN DARI PASIR SALAK



ORANG UMNO - MUSUH ANWAR


Saya dihubungi oleh seorang kenalan yang sangat rapat bermula sejak 15 Mac 2011 untuk berjumpa dengannya mengenai sesuatu yang penting. Pada hari Isnin 21 Mac 2011 lebih kurang jam 12.20 tengahari, saya mengesahkan bahawa saya ada ruang untuk bertemu beliau.

Saya berjumpa dengannya di Hotel De Palma Ampang jam 4 petang hari itu, sebelum dibawa di dalam sebuah kereta yang lain. Kereta itu dipandu oleh dua orang yang saya tidak kenali.

Saya dibawa ke Hotel Flamingo Ampang, seterusnya dibawa ke sebuah bilik junior suite. Saya bertemu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Dato’ Eskay Shazril Abdullah yang telah menunggu di dalam bilik tersebut. Saya turut disertai oleh kenalan saya tadi.

Saya duduk di depan Tan Sri Rahim Thamby Chik sementara Dato’ Eskay Shazril Abdullah duduk di sebelah saya. Kenalan saya tadi duduk di atas katil di belakang di dalam bilik tersebut.

Dato’ Eskay Shazril Abdullah mula bercakap dan mengatakan bahawa saya (“Johari Abdul”) adalah ahli Parlimen yang pertama akan menyaksikan tayangan video yang sedang mula dimainkan itu. Dia juga meminta pandangan saya mengenai Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Sepanjang tayangan video tersebut, Dato’ Eskay Shazril Abdullah menjadi suara latar menerangkan beberapa perkara. Contohnya, dia menyentuh bagaimana cara individu terbabit menanggalkan kondom selepas perlakuan berakhir mempunyai risiko air mani akan terpercik ke kawasan yang besar. Menurutnya, tabiat itulah yang menyebabkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sering meninggalkan bahan bukti seperti yang berlaku dalam kes liwat pertama tahun 1998 dulu.

Dia juga mendakwa bahawa dia selalu membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke club house di mana berlakunya kejadian itu dan tempat-tempat lain di Thailand seolah-olah ini perkara yang kerapkali dibuat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya, setiap kali dia membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke tempat itu, bilik itulah (yang dirakamkan) yang digunakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sementara dia (Dato’ Eskay) menggunakan bilik bersebelahan. Dalam percakapan seterusnya, dia menyatakan kebimbangan kononnya rakaman-rakaman video seperti itu telah dipunyai oleh pihak perisikan Thai.

Sepanjang penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik kerap mencelah dan membuat komen pendek yang memburukkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Saya percaya beliau cuba meyakinkan saya bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah seorang yang tidak bermoral dan tidak layak menjadi seorang pemimpin.

Selepas penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik mula bercakap. Dia memujuk supaya saya meninggalkan KEADILAN dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Dia berjanji untuk bbawa saya berjumpa dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak. Tan Sri Rahim Thamby Chik juga menyebut bahawa dia akan uruskan segala keperluan kewangan dan keselamatan saya.

Tan Sri Rahim Thamby Chik juga cuba meyakinkan saya untuk membawa dan memujuk lebih ramai Ahli Parlimen KEADILAN berjumpanya, supaya dapat dipujuk keluar parti. Dia meminta saya mengepalai kumpulan Ahli-ahli Parlimen KEADILAN ini. Saya tidak memberikan komitmen, selain mendengar komen-komen yang dibuat.

Selepas itu, saya keluar dan diiringi oleh kenalan rapat saya itu. Di dalam lif, saya memeluknya dan memberitahu beliau, bahawa setelah menonton keseluruhan video tersebut, saya yakin bahawa orang di dalam video itu bukanlah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Saya berkeyakinan bahawa pelakon itu bukan Dato’ Seri Anwar Ibrahim berlandaskan faktor berikut:

1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.
2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.
3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
4. Bahagian belakang si pelaku (punggong) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.

Selepas itu, saya menyatakan kesediaan untuk membawa beberapa orang ahli Parlimen KEADILAN agar mereka juga dapat menonton video dan berjumpa dengan Tan Sri Rahim Thamby Chik. Saya dimaklumkan sessi tayangan seterusnya akan dibuat kepada ahli-ahli Parlimen KEADILAN pada jam 330 petang 22 Mac 2011. Kami hadir semalam di Hotel Flamingo Ampang dan menunggu hingga jam 530 petang, oleh kerana mereka telah sahkan bahawa perjumpaa akan berlaku. Walau bagaimana pun, perjumpaan itu dibatalkan oleh pihak mereka.

Saya mengambil risiko membuat kenyataan ini diluar Dewan Rakyat kerana saya yakin bahawa episod terbaru ini adalah satu lagi rencana jahat untuk memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.


DATO’ JOHARI ABDUL
AHLI PARLIMEN SG PETANI
AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN
23 MAC 2011

Friday, March 25, 2011

UJIAN BERTALI ARUS UNTUK SAYA - YA ALLAH

PETANG ini Anwar Ibarahim telah membuat sidang akhbar khas menafikan watak yang terdapat dalam video lucah yang ditayangkan kepada beberapa wartawan di Carcossa Sri Negara hari ini secara percuma bukanlah dirinya. Beliau memberi beberapa bukti bagi menafikan watak itu adalah dirinya seperti mana yang cuba dikaitkan dengan pendedahan video berkenaan.


Menurut Anwar watak dalam video itu perut buncit. Beliau sambil ketawa lantas membuka menyelak jaket dan menunjuk perut untuk disaksi oleh wartawan.

Satu lagi bukti yang diberikan Anwar tarikh rakaman video itu dibuat pada 21 Februari sedangkan pada waktu itu beliau berada bersama isteri anak-anak dan cucunya. Waktu itu juga beliau sedang melayari twitter. Beliau ada menyimpan (save) twitter berkenaan sebagai bukti.

Anwar menyifatkan video berkenaan bermotif politik untuk memburuk-burukkannya dan memalukan keluarganya. Beliau tidak menolak video itu dikeluarkan untuk pilihan raya Sarawak. Sepanjang sidang akhbar itu Anwar kelihatan riang dan cerita dan tidak sedikit pun menunjukkan beliau gerun dengan pendedahan video berkenaan.

Dalam pada itu ada berbagai pendapat dan tafsiran mengenai pendedahan video berkenaan yang menjadi berita panas sepanjang hari ini. Setengah mengatakan video berkenaan sudah lama dirancangkan dan ia pernah hendak disebarkan semasa pilihan raya kecil Permatang Pauh. Bagaimana pun atas sebab-sebab tertentu dan pandangan dari pihak tertentu rancangan itu dibatalkan.

Sementara itu ada pihak mendakwa video itu 'diterbitkan' oleh para samseng dari Sarawak. Manakala Datuk T yang dimaksudkan yang menjadi produser (pengeluar) adalah berbangsa Melayu. Menurut seorang wartawan kanan dari sebuah portal orang ini (Datuk T) sering muncul dalam beberapa fanction Umno sebelum ini.

Anwar akan membuat laproran polis selepas beliau melihat video berkenaan sepenuhnya. Menurut Datuk T dia akan mengirimkan video berkenaan kepada Anwar dan Wan Azizah sekiranya Anwar tidak berundur dari politik. Soalnya kalau pendedahan itu bukan bermotif politik kenapa ianya dikenakan syarat itu. Jelas pendedahan itu untuk mengugut Anwar bersama isteri dan keluarganya. [ttdi.7:15 pm 21/03/11]

Thursday, March 24, 2011

FITNAH 3, 3 DATUK TERLIBAT

Kini ANWAR terus di buru dengan " fitnah " yang sengaja di reka-reka untuk kepentingan pihak tertentu, dan mereka yang merancana fitnah adalah dari kalangan mereka yang berdamping dengan pihak yang cuba mengaitkan keuntungan dari fitnah tersebut. Sejak 1998 bila mana Mahathir terasa diri sudah mula tercabar dan dicabar, dan diketahui akan " permasalahan " nya mulai dihidu, lantas ANWAR sebagai " orang no. 2 " yang sudah tentu banyak mengetahui apa yang di buat oleh beliau, maka ujud satu team merancana bagaimana ANWAR perlu dibuang dari persada kepimpinan Negara. Lahirlah Fitnah 1, Liwat 1 dan akhirnya ANWAR menjadi penghuni di Sungai Buluh selama 6 tahun Pembebasan beliau dari Sungai Buluh di " pelopori " oleh Tun Dollah. Hampir 10 tahun kemudian ANWAR membuat " come back " dalam arena politik negara dengan pengorbanan DSWA dan terus memduduki kerusi Permatang Pauh, lahirlah Pakatan Rakyat dan DSAI sebulat suara di kalangan PAS, DAP dan PKR melantik beliua sebagai ketua pembangkang.

Sebelum menduduki kerusi Permatang Pauh, sekali lagi Liwat 2 di terjemahkan untuk memastikan DSAI kecundang tapi rakyat mulai sedar dan DSAI menang dengan majoriti yang bertambah di Permatang Pauh, hingga kini Liwat 2 masih di perbincangkan di mahkamah. Tapi malang belum pun selesai Liwat 2, dan bahan bukti sekecap ada dan secekap tiada DSAI di gemparkan dengan rakaman video sex, dengan seorang pelacur Cina pula.



Tan Sri Rahim Thamby Chik
Bekas ketua menteri Melaka - seorang dari Dato T

Masa kini beliau adalah Pengurusi RISDA, Risda adalan GLC kepada Kerajaan, jadi sudah tentulah perlantikan beliau di restui oleh PM ( Najib ) Oleh kerana beliau pernah di telanjangi dengan kes merogol remaja bawah umur dan di hukum menginggalkan jawatan kini atas dasar DSAI ingin jadi pemimpin tertinggi negera, TSRTC "Dia nak jadi pemimpin tertinggi, hendak jadi PM. Jadi kita mesti lihat akhlaknya," kata Rahim sambil mendakwa cuma mahu menegakkan kebenaran. Mungkin Rahim menganggap perangai DSAI lebih teruk dari beliau sendiri lantas TSRTC bersekongkol dengan Datoh T merencana video tersebut.

Selain Tan Sri Rahim, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Datuk Shuib Lazim yang bendahari Perkasa dalan gabungan Datuk Tersebut. Apakah Datuk T ini ada bersamaan dengan The Three Stoogess? Kita lihat apakah akhirnya nanti episod ini. Apa yang peliknya, kenapa pula TSRTC mungkin mengetuai pasokan ini, ingin pihak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya? dan TSRTC juga mencadangkan penalnya. sepatutnya DSAI yang melaksanakan permohonan tersebut. Sebab beliau yang dituduh? Ini sudah terbalik? dan TSRTC juga mencadangkan penalnya.



Datuk Shazryl Eskay Abdullah

Shazryl mengakui menyimpan video "tunggal" itu manakala Rahim pula mengaku menguruskan tempat tayangannya di sebuah hotel mewah di ibu negara. Beliau juga mengakui yang mana individu yang mengambil jam ( milik anwar ) dibilik perlakuan tersebut adalah dirinya.

Apakah kini moral dan keyakinan " orang Melayu " sudah tidak percaya dengan hukum Allah, sudah lupa dengan pembalasan di hari akhirat nanti, sudah meletakkan segala-galanya kepada kepentingan untuk memastikan UMNO tidak kecundang dalam mempertahankan negara? atau sudah ditakdirkan Malaysia menjadi porakperanda dengan kerenah kepimpinan Melayu itu sendiri?

Kita tunggu dan lihat hukuman yang akan di terima dari Allah, kita berdoa kepada semua pihak agar diperliharakan dari musihabah pemberiaan Allah nanti. Amin.

KISAH LAMBAU TSRTC - DI IMPAU KEMBALI

Nota: Perogol ini dan ini adalah dua daripada tiga orang yang terlibat dalam pengedaran dan tayangan filem lucah. Satu perkara yang hampir pasti ketiga-tiga haramjadah ini tidak akan disiasat apatah lagi didakwa.. !

Nak harapkan PDRM..? Alahai... !! Lupakanlah beb... Ta'kan dah lupa... Ketua Polis Negara adalah kepala haramjadah number satu negara..!! Cerita Sultan ni pun senyap beb...
Abdul Rahim Tamby Chik dan Noryati Binti Mohamad Yusop

Nenek Mangsa Rogol Rahim tamby Chik meluahkan isi hatinya


"Kenyataan Sabri bin Mohamed Yasin Bagi Pihak Ibunya Pendek binti Ahmad, Nenek Kepada Noryati Binti Mohamad Yusop, Mangsa Rogol Yang Terlibat Dengan Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik Di Hotel Belmount, Melaka Pada 3hb November 1999


Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim
Cucu saya, telah membuat satu kenyataan pada 2hb November 1999 menafikan keterangan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 29hb Oktober 1999 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik pada tahun 1994.

Saya amat terkejut dengan kenyataan cucu saya ini kerana sepanjang 5 tahun ini, cucu saya telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim semasa cucu saya masih berumur 15 tahun. Cucu saya juga memberitahu ahli keluarga dan saya bahawa Tan Sri Rahim merupakan orang lelaki pertama yang melakukan hubungan sulit dengannya.

Oleh kerana cucu terlibat dengan Tan Sri Rahim, dia ditahan oleh pihak polis pada akhir bulan Ogos 1994 sehingga saya sebagai nenek yang membesarkannya tidak dapat berjumpa dengannya. Saya hairan mengapa pihak polis dan kerajaan BN boleh membenarkan seorang mangsa rogol ditahan sedangkan mereka yang merogolnya bebas tanpa dipenjarakan. Ini boleh dilihat selepas 14 lelaki, kecuali Tan Sri Rahim, mengakui merogol gadis bawah umur di mahkamah tetapi tidak dipenjarakan sebaliknya dibebaskan. Akibat peristiwa hitam itu, cucu saya telah melahirkan seorang anak perempuan pada 1995.

Oleh kerana tidak dapat menjumpai cucu saya, saya telah meminta bantuan daripada Ahli Parlimen Kawasan Kota Melaka YB Lim Guan Eng yang berjaya memaksa pihak polis membenarkan saya melawat cucu saya. Saya amat kesal dan sedih bahawa YB Lim dalam usaha membantu mendapat keadilan untuk cucu saya telahpun dipenjarakan di Penjara Kajang pada 25hb Ogos 1998 dan kehilangan statusnya sebagai Ahli Parlimen.

Dalam kes mahkamah Lim Guan Eng yang mulai pada 20hb Jun 1995, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Mok Siew Hoong menyatakan bahawa cucu saya telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim. Pada 27hb Februari 1997, cucu saya pula memberikan keterangan sebagai seorang saksi kepada hakim Mahkamah Tinggi dalam kes YB Lim Guan Eng bahawa Tan Sri Rahim mempunyai hubungan sulit dengannya.

Selepas itu cucu saya, semasa berjumpa dengan saya, masih mengakui bahawa Tan Sri Rahim ada hubungan sulit dengannya. Malah, cucu saya telah membuat satu ucapan di depan kami di Hotel Federal, Kuala Lumpur pada 27hb Januari 1999 menyokong YB Lim Guan Eng yang dipenjarakan seperti berikut:-

"Saya merasa sungguh kesal atas apa yang telah berlaku di masa lampau, dan merasa sungguh sedih sekali kerana YB Lim Guan Eng kini telah dipenjarakan. Apa yang beliau cuba lakukan hanyalah untuk membantu saya. Tetapi beliau sendiri pula menjadi mangsa. Semua ini sungguh tidak adil. Saya berdoa semoga keadilan akan dikembalikan kepada YB. Malam ini, saya telah membawa dua surat rayuan, satu kepada Yang Di Pertuan Agong dan satu lagi kepada Yang Di Pertua Negeri Melaka, meminta supaya YB Lim Guan Eng diampunkan dan dibebaskan segera supaya meneruskan tanggungjawab sebagai seorang Ahli Parlimen sejati Malaysia. Saya meminta supaya YB Lim Kit Siang selaku Ketua Pembangkang Parlimen boleh membantu sampaikan surat-surat rayuan saya ini kepada kedua-dua pihak itu."

Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim.

Saya berasa hampa, malu dan marah atas kejadian rogol yang menimpa cucu saya. Tetapi saya berasa lebih hampa, malu dan marah bila cucu saya boleh membelakangkan kebenaran dan keadilan dengan melupai jasa baik YB Lim sehingga bersedia bohong dengan menafikan dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim. Nyata sekali, ini adalah satu lagi konspirasi kerajaan BN menutup kebenaran demi kepentingan politik.

Saya masih mengingati cucu saya begitu tersiksa semasa ditahan di Pusat Pemulihan Rembau sehingga cuba melarikan diri banyak kali. Dia memberikan keterangan di mahkamah bahawa dia berjaya melarikan diri daripada tahanan sekali sebelum ditangkap balik. Jelas, kasih sayang keluarga kami kepadanya tidak dibalas.

Lim Guan Eng ditangkap kerna

membantu mangsa yang

dirogol olih Rahim Thamby Chik
Apa yang dilakukan oleh cucu saya adalah tidak adil kepada YB Lim Guan Eng yang telah kehilangan begitu banyak, termasuk dipenjarakan kerana cuba mempertahankan hak cucu saya ini. Saya tidak boleh lupa betapa susah anak-anak dan isterinya yang sering menangis merindui bapa mereka semasa dipenjara. Oleh itu, saya ingin meminta maaf kepada YB Lim atas apa yang cucu saya telah lakukan.

Saya juga berhasrat memberikan jaminan kepada YB Lim bahawa keluarga kami sentiasa mengenang pengorbanan beliau dan mengingati kesediaan beliau menanggung segala penderitaan dan kerugian kewangan demi membantu sebuah keluarga Melayu miskin yang dianiayai oleh kezaliman kerajaan BN. Kami tidak akan lupai YB Lim adalah satu-satunya orang yang bersedia menegakkan keadilan untuk kami bila tidak ada seorang pun yang berani tolong sama kami.

Semoga Allah S.W.T boleh memaafkan cucu saya.


Wednesday, March 23, 2011

VIDOE LUCAH - DSAI TERPERANGKAP DENGAN LAIN-LAIN PEMIMPIN



Ini adalah keratan perundangan berkaitan dengankesalahan pengedaran bahan lucah.

Celakas punya Menteri! Takkan dia tidak tahu Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Celakas punya menteri ini boleh kata ,“Awak bagi tau apa yang salah. Semua orang kata ia melanggar undang-undang, tetapi bagi tahu saya, undang-undang mana? Sesiapa yang tahu, perlu tampil dan maklumkan kepada kami,”

Mustahil menteri celakas ini tidak tahu adanya kedua-dua seksyen itu berkaitan larangan memiliki, mengedarkan dan menayangkan filem yang lucah atau yang selainnya bertentangan dengan kesopanan awam.

Macamana Menteri celakas ini boleh kata "ditayang untuk wang, ya, mungkin ia." Apabila ditanya sama ada tayangan rakaman itu menyalahi undang-undang!

Berikutan kenyataan menteri celakas itu, jom kita lihat gambar percuma 'semi lucah' berikut :

Adakah ini rupa jantan dalam 'movie lucah' yang
yang sedang heboh mengaitkannya dengan seorang
tokoh politik tempatan? Anwar telah menafikan
lelaki tersebut adalah dirinya kerana kepalanya botak

Iras siapakah lelaki misteri ini?

Saya berani siarkan gambar tersebut kerana menteri celakas itu kata " ditayang untuk wang, ya, mungkin ia."

Dan Kalau Menteri celakas itu dah kata tidak bersalah, apa kata kita minta RTM dan TV3 tolong siarkan movie lucah itu secara percuma.

Menteri celakas ini perlu mengambil langkah tersebut supaya orang ramai tidak keliru dengan gambar-gambar diatas yang kononnya adalah keratan daripada 'movie lucah' yang diedarkan oleh Datuk T itu.

Celakas betul Menteri ini kalau tidak berani tayangkan 'movie lucah' di RTM atau TV3.Takut apa? Ikut katanya 'bukan salah'!

Tak henti-henti Anwar diserang dengan skandal seks, dengan lelaki, dengan adik angkat, dengan driver, dengan bini orang, dengan pembantu, dengan bapok siam, dan kini dengan pelacur cina pula . Kita nantikan video panas yang bakal disiarkan menjelang PRU 13, "VIDEO SKANDAL SEKS ANWAR IBRAHIM DENGAN BINATANG!"



Eshan : ALHUSSEYN

Tuesday, March 22, 2011

ANAK PEMIMPIN TERTANGKAP DENGAN DADAH

Apa nak jadi dengan orang Melayu masa kini, diberikan peluang untuk memerintah tapi akhirnya melakukan perkara yang dibenci oleh Allah, tapi apabila berdepan dengan rakyat dan pengundi mereka bercakap seperti dunia akan kiamat esok.

Cerita 1

Terserlah lagi kini, terbongkar lagi satu siri salah laku kepimpinan oleh sebuah parti yang memperjuangkan Ketuanan Melayu di Malaysia ini. Dalam kamus perjuangan mereka tidak ada yang mustahil, " Malaysia Boleh " bukan sekadar pemimpin anak-anak mereka juga menjadikan idola " UMNO " untuk melakukan kesalahan.

Abdul Rahim bermesra dengan " kekasihnya "

Kini Ketua UMNO Bahagian gombak Abdul Rahim Kamaruddin telah " tertangkap " dengan kekasihnya di sebuah hotel. ( gambar ). Bukannya berniat nak mengaibkan beliau, tapi pemimpin begini memang sewajarnya didedahkan agar tidak terus memperbodohkan rakyat dengan lagak pejuang Islam kononnya.

Kini terpulanglah kepada Megat Zulkarnain Dato' Omardin, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak untuk melaporkan hal ini kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Maklumat yang diterima dari blog Tawan Malaysia, tuan punya diri dikatakan sudah mengaku bahawa gambar itu sememangnya adalah gambar dirinya dan beliau dikatakan akan menghadap Ketua Perhubungan UMNO Selangor Dato Noh Omar dalam sehari dua ini secara gentlement memandangkan ini merupakan "skandal terbesar UMNO Selangor". [Tawan Malaysia].

Cerita 2



Anak Exco didakwa miliki dadah MOHD. FAIZ

Anak Exco didakwa miliki dadah
MOHD. FAIZ (kiri) memperkatakan sesuatu kepada salah seorang rakannya selepas dituduh memiliki dadah di Mahkamah Majistret Kangar semalam.



Mansor Jusoh Pengerusi Hal Ehwal Wanita,
Kebajikan dan Hal Ehwal Pengguna

Mohd. Faiz Mansor, 27, bersama Nuri Cham Churi Mat, 36, Nazeri Yusof, 39 dan Fuziana Muhammad, 25, didakwa memiliki 1.46 gram heroin dan 0.4 gram morfin di pekarangan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kong Aik, Padang Besar pukul 7 malam pada 7 Disember lalu. Mohd. Faiz adalah anak kepada salah soerang exco kerajaan Perlis. Kesemua mereka telah dihadapkan ke mahkamah majistret atas tuduhan memilik dadah tersebut.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) Akta yang sama.

Bagaimanapun, kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurshahida Abdul Rahim.


Ehsan. faizal.nazaruddin@kosmo.com.my

Sunday, March 20, 2011

DNA - DSAI MENGAPA DAN KENAPA TAK DIPERLUKAN


"Dari tahun 1998 apabila dakwaan salah laku seks liwat terhadap Dato seri Anwar Ibrahim mula timbul hingga membawa kepada pemecatan beliau dari UMNO dan kerajaan,desakan dan cabaran supaya beliau bersumpah dengan nama Allah SWT menafikan tuduhan tersebut telah pun kedengaran dari pihak UMNO ketika itu.

Seingat 13 tahun dahulu Dato Ibrahim Ali yang ketika itu berjawatan MT UMNO meminta supaya Anwar Ibrahim bersumpah dan beliau akan membela Anwar sekiranya Anwar bersumpah namun apabila Anwar melafazkan sumpah di satu ceramah di Batu Pahat tiada pula seorangpun pemimpin UMNO membelanya ketika itu.

Walaupun sudah bersumpah ketika itu Anwar tetap dihadapkan ke makamah dan didakwa seterusnya menerima hukuman atas kesalahan meliwat dengan masuk penjara selama 6 tahun.Namun 2004 di era zaman PM Pak Lah Anwar telah dibebaskan oleh makamah terhadap rayuan beliau.Ini bermakna jelas Anwar tidak bersalah sama sekali atas dakwaan meliwat.Namun di pihak yang memusuhinya khusus UMNO tetap mendakwa bahawa Anwar memang seorang peliwat.

Ketika itu sejumlah besar pemikiran orang Melayu kebanyakkan mula berubah serta yakin bahawa Anwar tidak bersalah dan memang beliau dianiaya dan difitnah oleh pihak tertentu.Bermulalah kemunculan Anwar kembali ke arena politik negara yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia. Pemimpin Melayu yang dilihat berani dan berkarisma ini akan menggegarkan semula lanskap politik negara.

Malangnya tuduhan liwat ini muncul semula pada tahun Jun 2008 dan dalam tahun yang sama juga UMNO-BN mengalami prestasi terburuk dalam PRU-12 apabila mengalami kekalahan teruk iaitu gagal mendapat majoriti 2/3 kerusi parlimen dan kehilangan 5 buah negeri yang jatuh ke tangan gabungan PAS.DAP dan PKR yang kite dijenamakan sebagai Pakatan Rakyat PR.

Anwar dituduh meliwat pekerjanya sendiri iaitu Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondominium di ibu negara.Sekali lagi negara dan juga dunia digemparkan dengan isu dakwaan liwat 2 ini.Ia menjadikan satu berita yang mengejutkan bagi rakyat Malaysua khususnya orang Melayu/Islam.Bagi pihak Anwar, beliau mendakwa bahawa dakwaan ini direkacipta bagi menghalangnya bertanding PRK apabila tempoh larangan bertanding tamat.

Lagi mengejutkan apabila sehari sebelum hari pengundian PRK Permatang Pauh diadakan Saiful Bukhari Azlan telah melakukan sumpah laknat dengan menggunakan nama Allah serta memegang Al-Quran di dalam masjid di ibu negara bagi meyakinkan bahawa kejadian liwat terhadap dirinya memang benar berlaku.Orang Melayu/Islam menjadi kebingunggan dengan sumpah laknat yang dilakukan oleh si penuduh ini.Para ahli ulama juga menjadi mangsa keadaan dalam memberikan pandangan samada sumpah tersebut sah atau tidak dan adakan ia mengikut tuntutan Islam.Alim ulama juga bertentangan pendapat dalam isu sumpah laknat ini.

Namun di pihak UMNO mereka sudah tentunya percaya dan yakin sumpah Saiful itu benar dan menepati tuntutan Islam dan wajib percaya Anwar memang meliwat Saiful.Maka cabar mencabar pon berlakulah sehingga ke hari ini mendesak supaya Anwar bersumpah laknat bagi menafikan bahawa beliau tidak bersalah.Namun Anwar dilihat tidak melayannya desakan-desakan tersebut dan menggunakan fatwa pengerusi ulama sedunia yang juga sahabat karib beliau iaitu Dr Yusuf Al Qardawi bahawa tiada keperluan untuk Anwar bersumpah.

Walaupun Anwar menolak desakan bersumpah namun beliau telah membawa kes ini di ke makamah syariah dan mendakwaSaiful pula di bawah undang-undang kazaf.Yangmenjadi pelik ia telah ditolak pula oleh pihak kerajaan walaupun ia jelas boleh dibicarakan dan kebetulan kedua-kedua mereka adalah Islam.Tetapi ia bulat-bulat di tolak oleh UMNO dan hanya tertumpu pada sumpah yang dilakuakn Saiful dan masih mahukan Anwar juga bersumpah.Dikalangan pemimpin UMNO sehingga kini mahukan beliau bersumpah bagi membersihkan nama beliau.

Di sini Anwar selaku yang dituduh serta pemimpin Melayu Islam dalam PR perlu mengetahui akan sikap sejumlah pemikiran orang Melayu yang menganggap sumpah ini satu perkara yang berat tidak tidak boleh dipermainkan.Pada mereka jika seseorang itu bersumpah dalam menyatakan kebenaran di pihaknya maka dia perlu dipercayai walaupun tiada kesahihan bahawa orang yang bersumpah itu benar-benar jujur.Dalam masyarakat Melayu sumpah ini memang menjadi tradisi dan pegangan sehinggakan ia salah satu penyebab pemikiran sejumlah Melayu itu masih sempit dan mundur dalam menilai sesuatu perkara yang benar atau salah.Orang Melayu memang gemar bersumpah dalam menyelesaikan sesuatu krisis samada dalam masyarakat mahun hal dalam keluarga.Jadi bagi orang Melayu orang yang sumpah laknat ini wajib dipercayai dan tidak perlu lagi diselidik samada dia benar atau salah dan itulah sumpah itu dijadikan mainan serta kesempatan dalam mengelakkan menghadapi hukuman atas kelsalahan yang dilakukan.

Oleh itu isu sumpah ini menjadi satu cabaran besar bagi Anwar dan pemimpin Islam PR dalam menjelaskan bahawa bagaimana sumpah itu dilakukan dan pada keadaan mana ia boleh digunakan mengikut kehendak dan tuntutan Islam.Kerana jelas pemikiran sejumlah umat Melayu telah dimanipulasi dengan cerita sumpah laknat ini tanpa mencari bukti-bukti serta nas-nas dari Al-Quran dan As-Sunnah dalam mencari satu jalan penyelesaian apabila berhadapan dalam masalah tuduh-menuduh dalam maksiat ataupun jenayat. Yang jelas sumpah laknat bukanlah menjadi keutamaan.Salah atau betul bukan persoalannya tetapi jelas nama Allah itu sedang dipermainkan.

Persoalannya adakah jika DSAI melakukan sumpah laknat akan menjadikan kes liwat yang sedang dibicarakan sekarang akan dibatalkan dan adakah pars pemimpin UMNO yang mendesakan beliau bersumpah akan membelanya nanti? Dengan itu adalah dianggapkan bahawa desakan dan dan tunjuk peraaan tersebut jelas bemotifkan politik. Juga bagaimanan memperlihatkan juak-juak UMNO dengan menggunakan NGO sudah hilang pedoman dalam melayari penghidupan harian kala ini.

Jika kite mengamati dari sudut ilimiah berkenaan isu sumpah ini ia akan lebih memburukkan keadaan dan seperti nama Allah SWT mudah dipermainkan dalam menafikan sesuatu dakwaan maksiat atau jenayah.Yang jelas orang bukan Islam dilihat menjadi keliru akan isu sumpah ini dengan menganggap dalam Islam amat mudah untuk menafikan kesalahan dengan hanya menyebut nama Allah maka seseorang itu akan tidak bersalah.Secara tidak langsung persepsi orang bukan Islam terhadap Islam akan menjadi negatif dan menjejaskan imej Islam itu sendiri.Adakah mereka yang mendesak Anwar bersumpah memikirkan akal hal ini?

Oleh itu kita sebagai umat Islam yang mungkin tahu atau mempunyai ilmu pengtahuan yang lebih tentang perkara sumpah laknat serta kandungan hukum-hukumnya haruslah menjelaskan kepada mereka yang agak kurang tau atau memang tiada pengetahuan akan perkara ini.Sumpah bukan perkara mainanan kerana ia bakal mencemarkan nama Islam dengan sendirinya. Apabila umat Islam sendiri kurang arif dalam ilmu pengtahuan berkenaan dengan Islam maka mereka mudah dikelirukan pemikiran mereka apabila berhadapan dengan sesuatu krisis atau konflik.Pihak-pihak yang berkepentingan memang mencari peluang dalam isu sumpah ini dalam memanipulasi keadaan terhadap pemikiran umat Melayu bawahan terhadap isu sumpah ini.Jadikan isu ini sebagai titik tolak bagi kita untuk berusaha mendalami ilmu pengetahuan tentang Islam.WallAllahuaalam

anak muar


Friday, March 18, 2011

MAHATHIR - DIKTATOR DEMOKTRASI - TINTA MERAH

CERITA ini boleh dijadikan renungan dan bukti sejauh mana Mahathir Mohamad seorang yang ikhlas dalam politik? Ternyata cerita ini menunjukkan kelicitan dan munafik Mahathir sebagai seorang politik. Moral cerita ini saya tidak salahkan Mahathir, kerana inilah politik sepenuhnya. Mahathir seorang pure politician dan seorang diktator demokrasi yang tertakluk kepada prinsip 4C. Dengarlah cerita ini.

Dari moral cerita ini semoga para peminat dan pengkagum Mahathir akan tahu idola mereka itu siapa sebenarnya. Apakah ianya manis dari konteks Melayu dan Islam. Sesekali kita jangan mudah terpana dengan kehebatan pembangunan yang dibawa olehnya. Pembangunan material hanya boleh melindungi kebusukan hanya seketika saja. Tanpa banyak kita soal berapa risiko yang kita terpaksa memikulnya.

Fikir dengan akal yang sihat, selama 22 tahun kalau Mahathir dan anak beranaknya tidak mengumpul harta, 'bundak' sangatlah. Dari mana Mirzan mendapat wang untuk meletakkan beliau di antara 'laksawan' Melayu di negara ini? Apakah kekayaan itu kerana bakat semula jadi? Sejauh manakah kebolehan beliau. Semua orang tahu sejauh mana jaguhnya beliau.

Jadi kekayaan yang dikaut itu tidak lain dan tidak bukan kerana dia anak perdana menteri dan bekas perdana menteri. Iya... ada anak perdana menteri yang miskin, tetapi perdana menteri yang benar-benar berjuang untuk rakyat dan tidak memanipulasikan harta rakyat tidak akan menjelamakan laksawanan seperti itu. Kenapa Tomy Suharto kaya kerana bapanya presiden Indonesia. Kenapa anak-anak Gaddafi kaya raya kerana bapanya presiden Libya.

Berbalik kepada cerita tadi; satu petang saya mengunjungi Tengku Razaleigh Hamzah di rumahnya di Langgak Golf, Ampang. Kunjungan itu dalam rangka untuk mengadakan interviu deanngannya.

Sebelum sampai ke tujuannya, menjadi kebiasaan Tengku Razaleigh akan membuka senario politik dan membuat flsh back kepada kisah lampau untuk dihubungkaitkan dengan suasana semasa. Sebab sejarah politik dan kekejian manusia sering berulang. Dia mahukan saya faham gerak genta politiknya.

Entah macam mana cerita punya cerita tersentuhlah fasal kejadian Pas ditendang keluar dari Barisan Nasaional semasa Hussein Onn jadi presiden Umno dan Perdana Menteri.

Banyak orang beranggapan penendangan keluar BN itu adalah kerja jahat Hussein Onn dan pecah amanah terhadap usaha Tun Razak untuk menyatu padukan Melayu. Saya sendiri mempercayai akan tragedi itu disebabkan Hussein Onn, berdasarkan maklumat waktu itu.

Walaupun semasa membentangkan akta darurat untuk Kelantan di Parlimen tahun 1978 Hussein bersumpah - Demi Allah - dia tidak bermain politik di Kelantan, namun sumpah itu tidak boleh dipercayai.

Kata Hussein "demi Allah saya tidak main politik di Kelantan." Demikianlah lancar dan lancangnya mulut Hussein Onn menggunakan nama Allah untuk melindungi kesalahan di Kelantan.

Samalah dengan tindakan orang politik hari ini akan bersumpah wallahi, wabilahi dan watalahi...untuk menafikan kesalahan yang mereka lalukan. Walhal seluruh dunia tahu yang dikahbarkan Allah dengan berbagai sumber bahawa kejahatan itu dilakukan. Pada saya dari segi ilmu kejiwaannya mereka yang menggunakan nama Allah untuk menegakkan kebenaran jelas mereka itu bersalah.

Untuk apa berjanji kalau bukan untuk dimungkiri? Pada saya perjanjian dibuat adalah untuk saling memungkiri bukan untuk saling menjaga amanah. Sebab kalau kedua pihak suci hati, amanah, tidak perlu kepada perjanjian lagi... Hukum Allah hanya tertakluk kepada orang beriman saja. Apakah dinamakan beriman kalau kita menahan pantak untuk dicatuk oleh orang lain?

Orang Pas juga percaya sungguh mereka di tendang Umno itu disebabkan oleh Hussein Onn. Ternyata setelah lebih 30 tahun kemudian baru tahu di mana dan siapa angkara kejadian itu - sebab Pas ditendang keluar dri BN sehinggakan sampai kini ia memeritkan Nik Aziz. Peristiwa itulah menyebabkan Nik Aziz perit sampai ke liang lahad bila disebut BN atau kalau diajak untuk berbaik dengan BN.

Nik Aziz pun satu hal dalam hal ini.

Saya secara peribadi tidak akan mengetahui akar umbi sebenar tragedi itu kalau bukan Tengku Razaleigh Hamzah yang menceritakannya. Cerita Tengku Razaleigh adalah benar dan betul bagi saya sebab Tengku seorang yang tidak sejahat yang Mahathir sangkakan menggunakan RM20 juta untuk mengalahkannya. Apakah Mahathir tidak menggunakan wang dalam agenda politiknya. Tanya Ibrahim Ali si anak tirinya itu?

Dalam urusan perdagangan politik Mahathir tidak mengotori tangan sendiri. Dia bijak tetapi dapat dikesan juga akhirnya. Sebab bila bangkai sudah busuk dia akan terhidup juga ke hindung anjing.

Tetapi orang yang menjadi lanun atau mencari wang untuk kepentingan Umno dan Mahathir ialah para menterinya. Dua daripada sudah pun dipanggil Allah mungkin sedang disoal berhubung aktiviti rasuah dan aktitivi ala along yang dilakukan untuk tuannya bernama Mahathir.

Cerita punya cerita akhirnya sampai ke kemuncaknya. Kata Tengku Razaleigh, banyak orang tidak tahu kejadian di sebalik itu (terkeluarnya Pas dari BN), apakah puncanya dan sebab musababnya.

"Semua orang kata Allahyarham Hussein Onn, tidak. dia melakukan, dia hanya bertindak atas desakan seseorang," kata dan tegas Tengku Razaleigh. Sambung Razaleigh lagi yang bertanggungjawab dan desak Hussein bertindak sehingga Pas ditendang keluar dari BN ialah Mahathir. Bersambung bila rajin dan ada masa. [wm.kl.9:15 am 11/03/11]

Entri Terdahulu...

Powered by Blogger Widgets

Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA