28 Mac 2011, sekali lagi Stadium Malawati menjadi tumpuan untuk pendedahan penyelewangan yang dilakukan oleh kepimpinan UMNO / BN. DSAI yang dijadikan " mangsa " oleh UMNO pada malam ini telah di " angkat " semula dan didendang bagai wira dalam ceramah dan solat hajat Pakatan Rakyat yang dihadiri ribuan penyokong dan pemimpin utama Pakatan Rakyat.
Dalam mempertahankan DSAI, sebaliknya mereka yang di belakang tabir penyiaran video kontroversi itu, terutama bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik pula menjadi sasaran serangan balas Pakatan.

Anggota parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul pula diangkat sebagai "hero" kerana versinya yang mempertahankan bahawa Anwar bukan "pelakon" dalam video 22 minit yang ditayangkan di sebuah hotel mewah di ibu negara minggu lalu.





Bagi DSAI pendedahan ini di sifatkan sebagai dakwaan terhadapnya itu sebagai langkah terakhir parti lawan bagi menghalang kemaraan Pakatan bagi menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum yang dijangka tidak lama lagi. Beliau yang juga ketua pembangkang meminta penyokongnya tidak mempedulikan isu itu sebaliknya memfokuskan kepada perjuangan mereka melalui 'Buku Jingga' dengan mengutamakan isu tata kelola pentadbiran negara supaya berjalan betul.

KUALA LUMPUR: Trio "Datuk T" yang mendedahkan rakaman video aksi seks didakwa me
mbabitkan seorang yang mirip pemimpin pembangkang akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi dan Akta Pemberi Maklumat sekiranya pihak berkuasa mendapati wujud kes. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, ( gambar ) berkata akta itu boleh digunakan bagi melindungi keselamatan trio itu yang bertanggungjawab mendedahkan video berkenaan.

"Bagaimanapun, kedua-dua akta itu tidak perlu digunakan ketika ini kerana belum ada sebarang pendakwaan dibuat ke atas mana-mana pihak sehingga kini dan perkara itu juga masih dalam siasatan polis," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini ketika diminta mengulas mengenai perlindungan undang-undang yang boleh diberi kepada trio berkenaan. Malaysia kini mengamalkan 2 standard undang-undang 1 untuk pemimpin kerajaan dan 1 untuk pembangkang.

Bagaimanapun, harapan hadirin untuk mendengar ucapan dari TGNA hampa, kerana bdliau dalam keadaan kepenatan hanya mampu mengetuai bacaan doa ssahaja.
foto ehsan harakahdaily, edyesdotcom, batuvskayu
No comments:
Post a Comment