Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, March 22, 2011

ANAK PEMIMPIN TERTANGKAP DENGAN DADAH

Apa nak jadi dengan orang Melayu masa kini, diberikan peluang untuk memerintah tapi akhirnya melakukan perkara yang dibenci oleh Allah, tapi apabila berdepan dengan rakyat dan pengundi mereka bercakap seperti dunia akan kiamat esok.

Cerita 1

Terserlah lagi kini, terbongkar lagi satu siri salah laku kepimpinan oleh sebuah parti yang memperjuangkan Ketuanan Melayu di Malaysia ini. Dalam kamus perjuangan mereka tidak ada yang mustahil, " Malaysia Boleh " bukan sekadar pemimpin anak-anak mereka juga menjadikan idola " UMNO " untuk melakukan kesalahan.

Abdul Rahim bermesra dengan " kekasihnya "

Kini Ketua UMNO Bahagian gombak Abdul Rahim Kamaruddin telah " tertangkap " dengan kekasihnya di sebuah hotel. ( gambar ). Bukannya berniat nak mengaibkan beliau, tapi pemimpin begini memang sewajarnya didedahkan agar tidak terus memperbodohkan rakyat dengan lagak pejuang Islam kononnya.

Kini terpulanglah kepada Megat Zulkarnain Dato' Omardin, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak untuk melaporkan hal ini kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Maklumat yang diterima dari blog Tawan Malaysia, tuan punya diri dikatakan sudah mengaku bahawa gambar itu sememangnya adalah gambar dirinya dan beliau dikatakan akan menghadap Ketua Perhubungan UMNO Selangor Dato Noh Omar dalam sehari dua ini secara gentlement memandangkan ini merupakan "skandal terbesar UMNO Selangor". [Tawan Malaysia].

Cerita 2



Anak Exco didakwa miliki dadah MOHD. FAIZ

Anak Exco didakwa miliki dadah
MOHD. FAIZ (kiri) memperkatakan sesuatu kepada salah seorang rakannya selepas dituduh memiliki dadah di Mahkamah Majistret Kangar semalam.



Mansor Jusoh Pengerusi Hal Ehwal Wanita,
Kebajikan dan Hal Ehwal Pengguna

Mohd. Faiz Mansor, 27, bersama Nuri Cham Churi Mat, 36, Nazeri Yusof, 39 dan Fuziana Muhammad, 25, didakwa memiliki 1.46 gram heroin dan 0.4 gram morfin di pekarangan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kong Aik, Padang Besar pukul 7 malam pada 7 Disember lalu. Mohd. Faiz adalah anak kepada salah soerang exco kerajaan Perlis. Kesemua mereka telah dihadapkan ke mahkamah majistret atas tuduhan memilik dadah tersebut.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) Akta yang sama.

Bagaimanapun, kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurshahida Abdul Rahim.


Ehsan. faizal.nazaruddin@kosmo.com.my

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA