Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, March 26, 2011

PADAN MUKA ORANG MELAYU - MELAYU ALA UMNO

Terima kasih bn kerana kamu mengajar rakyatnya menonton video lucah. Terima kasih juga kepada bn kerana kamu, rakyat sudah diajar untuk membiasakan diri dengan benda lucah. Terima kasih lagi kepada bn kerana kamu semua sudah mengajar kepada rakyat agar pandai menipu, memfitnah, berbohong, memburuk dan menghina orang lain.

Terima kasih kepada orang Melayu yang masih lagi mengundi bn. Terima kasih orang Melayu kerana kamu, pemimpin bn kamu dengan selamba menggalakkan orang melayu menonton cerita lucah. Terima kasih lagi kepada orang Melayu kerana kamu, bn suka sangat buat benda haram menuduh orang meliwat dan zina. Bukan setakat menuduh, malah memaksa orang mempercayai penipuan si bn haram itu.

Padan muka orang Melayu -

Setiap kali adanya PRK ( Pilihanraya Kecil ) sering di janjikan, sering di momokkan, sering di perdayakan lihat aje( contoh ) semasa di Merlimau dan Kerdau, Najib, Mahyuddin, Ali Rostam, Felda, BTN semuanya bergerak untuk memastikan BN / UMNO menang, baik pemimpin mau pun agensi kerajaan semua mengeluarkan peruntukan:

Timbalan PM: luluskan geran buat sekolah agama bernilai RM1.5juta.
Bagi basikal kepada 36 pelajar cemerlang PMR.

Meluluskan pembinaan blok tambahan untuk bengkel kemahiran hidup dan makmal bernilai RM5 juta di Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau.
Di samping turut berjanji untuk menyiapkan 18 sekolah di parlimen Kuala Krau yang akan diberikan peruntukan penyelenggaraan sebanyak RM1.9 juta.
Membina sekolah agama rakyat di Taman Muhibah dekat Masjid as-Sujjah Merlimau berjumlah RM1.5 juta

KM Melaka : Sebagai ketua menteri beliau mengamalkan kronisme dan rasuah. Mana-mana kontraktor yang ingin mendapatkan projek dan kelulusan tender perlu mendapat surat akuan daripada runnernya dan perlu berjumpanya terlebih dulu, kemudian membuat beberapa komitmen untuk kepentingannya

GLC - FELDA: Membeli undi melalui pengumuman bayaran ses di bawah Skim Insentif Tanam Semula yang diberi kepada 433 peneroka dengan bayaran wang insentif RM1,000 sehektar atau bersamaan RM4,000 seorang yang kesemuanya bernilai RM1.8 juta.

Biro Tata Negara Negara (BTN) turut menyertai kempen pilihan raya kecil Merlimau dengan mengadakan tiga ceramah setiap hari bermula Ahad (27 Mac) lalu. Misinya ialah memburuk-burukkan DAP yang kononnya ‘menentang Islam dan mengancam orang Melayu’

Datuk Seri Najib Razak mengumumkan satu nilai sogokan untuk memancing undi berjumlah hampir RM10 juta bagi projek pembangunan rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau menjelang hari penamaan calon. Pengumuman itu dibuat di dua majlis perjumpaan berasingan di hadapan pengundi di Batu Sawar dan pengundi Cina, India dan Orang Asli di Kampung Baru Kerdau. Sogokan sebanyak RM10 juta itu dalam bentuk sogokan projek mengganti paip bernilai RM9.25 juta, gelanggang serbaguna masyarakat Cina RM400,000, membina kuil Hindu RM100,000, dan Balai Bomba sukarela RM150,000
Berlaku pengedaran kotak barangan kepada pengundi Cina di Kerdau dan dilihat menyogok dan merasuah pengundi apabila peenerima diarahkan memasang pelekat BN dan ada gambar wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menterinya Datuk Seri Shahrizat Jalil. Setiap kotak mengandungi nasi, Milo, biskut, susu tepung dan sardin dalam tin

Padan muka orang Melayu.

Kepada rakyat Malaysia dan orang Melayu, undilah lagi bn umno apco agar seluruh rakyat Malaysia terutama orang Melayu dibiasakan untuk menonton filem lucah, memfitnah, berbohong, menipu,memburuk dan menghina orang lain hanya semata-mata kita tidak suka kepadanya. Undilah lagi bn agar Malaysia akan terus dirosakkan dari segi ekonomi, sosial dan kehidupan keseluruhannya. Undilah bn,....agar nanti boleh hamba sebut kepada kamu semua orang Melayu,.. "Padan Muka Melayu!".

Padan muka orang Melayu

Mengikut kenyataan umum Johari Abdul, beliau ditawar dengan tawaran jawatan dan wang sekiranya beliau sanggup menyertai UMNO berdasarkan rakaman video seks buatan Rahim Thamby Chik tersebut. Beliau juga ditawar sedemikian dengan jaminan beliau boleh bertemu dengan Presiden UMNO sendiri, yakni Najib Tun Razak. Bagi saya, ini bukti jelas bahawa projek "video blue" Rahim ini sememangnya dalam pengetahuan Presiden UMNO tersebut. Kalau tidak, masakan Rahim boleh membuat tawaran sedemikian kepada dato Johari Abdul.

(Malaysiakini 27 Februari). (Umno online 2 Mac; Utusan online 3 Mac).
(Malaysiakini 28 Februari).(Malaysiakini 27 Februari). (Malaysiakini 1 Mac).

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA