Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, June 20, 2010

KEMANA DAN DI MANA REMAJA KITA BERAKHIRNYA

hanya hiasan semata-mata


Akhlak adalah elemen penting dalam pembangunan kemanusiaan, Penyair Mesir, Ahmad Syauqi dalam madanya dengan maksud " sesungguhnya sesuatu bangsa itu kuat dan hebat berdasarkan pembentuk ahklaknya, jika rosak akhlak itu maka sudah pasti pembangunan kemanusiaan akan rosak dan bangsa itu akan lenyap dan hilang "


Bertepatan dengan Tema Perayaan Hari Belia tahun dengan " Belia Masa Depan adalah Peranan Kita Hari Ini " tema ini juga bertepatan dengan kata-kata seorang sarjana dan pemikir Islam Profesor Doktor Yusof Al-Qardhawi " Untuk melihat negara masa depan lihatlah generasi mudanya pada hari ini, jika generasi pada hari ini penoh dan berakhlak dan berhemat tinggi, sudah pasti negera pada masa depan menjadi sebuah negera aman makmur, tetapi sebaliknya akan berlaku jika generasi belia itu buruk perangai dan tingkah lakunya "


Cuba kita perhatikan peranan dan tanggongjawab pihak kerajaan dalam pembentukan generasi muda masa kini. Kementerian Belia dan Sukan di amanahkah untuk memainkan peranan dan bertanggongjawab dalam hal tersebut. Aktiviti untuk pembentukan modal insan dan menjana pembangunan agama, bangsa dan negara amat berkurangan sekali, yang lebih ialah untuk membina kerjaya dan aktiviti masa lapang dengan program hiburan sahaja.


Lihat sahaja program di media elektronik khususnya TV - sama ada RTM 1 & 2, TV3, dan masa kini ASTRO, hampir 90% adalah hiburan, berapa banyak progrom untuk melahirkan penghibur dan program untuk melahirkan pendakwah, Program realiti AF, Mentor, Bintang kecil serta berbagai-bagai anugerah juga diadakan Penyanyi dan Pelakon paling popular, anugerah Berita Harian dan lain-lain.


Untuk itu, adakah kita berusaha untuk mengharapakan kebehatan dan keunggulan remaja mendatang dengan cara yang betul untuk membiana mereka kearah keunggulan tersebut? Atau adakah remaja kita hari ini lebih cnederung ke arah gejala sosial yang buruk, dan boleh membahayakan masa depan mereka. Belia masa kini penoh di pusat-pusat hiburan, di Serenti, mereka penagih dadah, mereka bertindak sebagai bohsia, bohjan, mereka melakukan rempitan, mereka berjaya dari sudut buang bayi, mereka sudah pandai bersekedudukan, mereka sudah hilang bertimbangan untuk pembinaan jati diri.


Siapa dan di bahu siapa patut di persalahkan berlakunya perkara tersebut? apakah kesalahan terletak di bahu ibubapa, pada masyarakat, kalangan pendidik, para majikan. Bukankah negera ada pemimpin dan kerajaan yang patut di pertanggongjawabkan. Apakah peranan kementerian yang di ujudkan? Kementerian Pelajaran untuk apa, Kementerian Belia dan Sukan buat apa, kementerian Penerangan, Hubungan dan Komunikasi apa perancangan mereka untuk melahirkan generasi yang berakhlak mulia?


Inilah proses perjalanan yang sentiasa di lalui oleh remaja di dalam mereka menuju kedewasaan mereka, bermjula dengan ibubapa, guru, majikan, latihan, pesekitaran hinggalah kepada kawalan undang-undang dan dasar negera yang di gubal oleh pemimpin. Inilah faktor yang membentuk remaka dalam sesebuah negera.


Dalam usaha meningkatkan intergriti dan kehormatan kalangan remaja Islam, maka kita sebagai ibubapa, guru majikan dan KERAJAAN perlu ada perancangan untuk tatapan dan amalah hidup mereka.


No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA