" Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan, berketramplan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mendacapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmoniaan dan kemakmuran masyarakat dan negera " FALSAFAH PENDIDIKAN NEGERA / KEBANGSAAN.
Falsafah Pendidikan Negera ( FPN ) ini digubal semata-mata untuk memastikan masyarakat dan rakyat negera akan datang adalah masyarakat yang berilmu dan dapat melayari penghidupan di zaman yang penoh dengan cabaran dengan dunia tanpa sempadannya.
Tapi apakah sebenarnya yang terjadi, adakah penghayatan dan beban para guru di sekolah sama ada peringkat rendah atau menengah berbaloi ketika ini, apabila kita lihat sendiri kelahiran masyarakat ( para pelajar ) baik di peringkat rendah mau pun menengah memang amat mendukacitakan. Ianya terbukti dengan apakala adanya PRK - kita dapat lihat kalangan remaja telah hilang pendoman hidupnya. Tak kira mereka dari kalangan parti mana - seolah-olah cara hidup para remaja sudah hilang hala tuju. Hasrat FPN gagal untuk melahirkan insan yang seimbang dari setiap aspek.
Yang nyata kita dapat lihat semasa di PRK Bagan Pinang, kita rasa remaja belasan tahun telah disalah gunakan oleh pihak parti yang bertanding. Budaya samseng, buruk laku, rendah akhlak, pakaian yang tak senonoh, tutur kata yang kesat dan langsung tidak tahu untuk menghormati orang tua, para remaja MELAYU ini seolah-olah mendapat galakan dari pihak tertentu, kepimpinan hanya mementingkan karier politik dan sanggup mengorban anak bangsa, meruntuhkan akhlak mulia mereka, seusia yang bagitu muda.
Jadinya apa yang di tekan sepanjang 6 tahun di sekolah rendah dan 5 tahun di peringkat menengah hilang bagitu sahaja, kerana baik laku semasa didikan di sekolah hancur musnah apabila mereka mengenali alam politik.
Apa nak jadi dengan anak bangsa yang bakal memimpin negera masa depan? apakah kita sanggup melihat kepimpinan negera lahir dari mereka yang tidak berdisiplin, tidak bermoral, sanggup rasuah, bersedia untuk melakukan salah guna kuasa? Kita lihat saja pemimpin ketika ini, keujudan mereka bukan kerana kehebatan tapi kerana tipu helah dan penyalahgunaan kuasa yang kerap di lakukan. Cara provokasi yang langsung tidak melambangkan keiklasan.
Untuk itu, adalah diharapkan program yang dirancang melalui FPK dapat di terap dan dilaksanakan juga pihak parti politik tidak menyalahgunakan keremajaan mereka untuk kepenting orang tentu, usia semuda mereka sepatutnya tidak melibatkan diri dalam kancah politik yang tidak bermoral dan bertamaddun seperti apa yang berlaku di Bagan Pinang tempoh hari.
No comments:
Post a Comment