Apakah kini moral masyarakat suduh mula runtuh se runtuhnya, sudah hilang pedoman, sudah hilang jati diri, sudah tidak mengindahkan lagi budaya timur yang penoh dengan sopan santun, berbudi bahasa. Apa nak jadi dengan gulongan muda khususnya generasi muda masyarakat Melayu kala ini?
Hari ini seluruh warga Melayu di kejutkan dengan peristiwa empat pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di negeri Terengganu melahirkan anak luar nikah hasil hubungan dengan teman lelaki masing-masing sejak pertengahan tahun lalu. Mereka masih di bangku sekolah lagi, masih remaja, masih mentah dan masih perlukan bimbingan dan tunjuk ajar untuk melayari bahtera kehidupan harian.
" Difahamkan pelajar perempuan berkenaan yang terjebak dengan gejala sosial belajar di tingkatan tiga dan enam melahirkan anak di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sejak April tahun lalu. Dalam kes terbaru, seorang pelajar tingkatan tiga pula melahirkan seorang bayi lelaki di HSNZ, difahamkan 16 lagi pelajar perempuan sekolah itu kini disahkan mengandung anak luar nikah hasil hubungan dengan teman lelaki termasuk rakan sekelas mereka " laporan Harian Metro
Semua pihak panik dan terkedu dengan tragedi ini, pihak sekolah, ibubapa, pejabat pelajaran samaada di daerah, negeri mau pun mereka yang berada di kementerian, khusus kepada menterinya Muhyiddin Yassin. Sudah tentu pada awalnya semua pihak khususnya PIBG sekolah berkenaan ingin menyembunyikan peristiwa tapi macam mana jua pun akhirnya iaterbau juga dengan pelaporan dari salah seorang mereka yang terlibat. Tindakan awal sudah pasti mengadakan perbincangan bagaimana perkara ini boleh berlaku dan cara mana untuk ianya tidak diketahui oleh orang ramai. PIBG sekolah bermesyuarat tapi penasihat tidak hadir, ( penasihat PIBG ialah Guru Besar atau Pengetua )
Pada dasarnya Kementerian Pelajaran telah melaksanakan tugasan dengan memuaskan, telah memasukkan sukatan pelajaran Pendidikan Agama Islam, Pendidikan Moral di mana untuk memastikan kelahiran generasi mendatang tergolong dari manusia yang berkhemah tinggi, berintegriti, budaya hidup yang tinggi. Ini jelas di jelmakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan - untuk melahirkan modal insan yang dinamik, berfikiran jauh, penoh dengan pembinaan modal insan yang cemerlang dan melingkupi semua ruang Rohani, Emosi, Jasad dan Intelek ( JERI ).
Tapi apakan peranan untuk melahirkan insan kamil ini hanya di pertanggongjawabkan kepada Kementerian Pelajaran Sahaja. Apakah peranan kementerian yang lain. Seperti Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Agensi lain pula seperti pertubuhan sukarela baik dari pihak kerajaan atau pun bukan kerajaan.
Pengaruh Alam Sekitar jelas memberikan satu " pengajaran " yang paling berguna kepada mereka yang sedang membesar. Remaja dalam usia ini antara 12 - 25 tahun, penghidupan mereka penoh dengan pencaroba, naluri ingin tahu, naluri meniru gaya hidup, naluri untuk menikmati kehidupan bebas. Semua ini menjadikan mereka cukup mudah terpengaruh dengan apa yang di dedahkan setiap hari.
Untuk itu, suasana persekitaran yang soleh atau baik dan takwa akan mempengarui pembentukan jiwa dan akhlak penghuni yang berada di dalamnya. Jadi jika seseorang individu itu sentiasa di dedahkan dengan aktiviti-aktiviti yang tidak melambangkan untuk hidup cara orang yang soleh sudah pasti suasana itu akan mempengaruhi penghidupan hariannya. Cuba lihat keadaan negera kita waktu ini, hitung sahaja jenis hiburan melambau yang dibenarkan oleh pihak pemerintah sama ada di media elektronik mau pun media cetak mau dilaksanakan secara " live " boleh dikatakan semuanya kearaha melalaikan dan percampuran kalangan mereka yang amat dahsyat sekalil.
" Jika seorang insan yang kurang bijak berkaul dengan golongan bijak, insyaallah ia akan jadi insan bijak, jika insan yang kurang baik bergaul dengan kumpulan yang baik sudah pasti insan tersebut akan jadi baik. Bagitu juga kepada insan yang baik jika kerapkali berdamping dengan mereka yang jahat lambat laun mereka akan menjadi jahat " Bicara buat pemimpin dan Rakyat - Mohd. Asri Zainul Abidin.
Cuba kita lihat, bagaimana Kementerian Belia & Sukan merayakan hari Belianya sama ada di peringkat Daerah, Negeri maun pun Pusat. Aktiviti kerohanian memang amat kurang dilaksanakan. yang sudah pasti yang aktiviti yang melalaikan gulongan remaja ini. Kita sedih, buang bayi, bersalin dalam tandas telah merosakan image kementerian pelajaran itu sendiri.
Tambah Mohd. Asri Zainul Abidin lagi, apa yang berlaku pada masa kini adalah melambangkan apabila tanggungjawab amar makruf dan nahi mungkar tidak menguasai masyarakat., kalau ada pun ianya dilaksanakan sambil lewa dan suruhan kepada kebaikan dan larangan daripada kejahatan hanya besifat terpilih dan bukan secara menyeluruh. Bahkan kadang kala suruhan untuk makruf dan pencegahan kepada mungki berjalan atas dasar kepentingan tertentu sahaja.
Untuk itu adalah disarankan agar pihak kerajaan dapat mengembalikan cara hidup rakyat khususnya gulongan muda kearah yang lebih kepada cara hidup " muslim " kurangkan aktiviti yang menghayalkan dan perbanyakan aktiviti yang boleh membentuk modal insan yang mulia.

No comments:
Post a Comment