bergambar beramai selapat Mesyuarat Agung.
Kini peranan dan tanggonjawab PIBG ( Persatuan Ibubapa & Guru ) bukan setakat memberikan komitment kepada perjalanan sekolah sahaja, seperti memantau dan membantu sekolah dari semua aspek kecuali pengurusan dan pentadbiran sekolah. Selain dari penyumbang sumber kewangan juga sebagai yang memastikan aktiviti sekolah sentiasa berjalan dengan lancar.
Cabaran demi cabaran perlu di tangani dengan penoh berhemah, pembangunan pendidikan, perkembangan sukan, perkembangan sahasiah, perubahan dasar pendidikan itu sendiri, sebagai kepimpinan yang berkait secara lansung dengan sekolah PIBG - selain dari guru, juga semua maklumat sekolah kelolaannya sentiasa di hujung jari.
Isu semasa ialah kaitan dengan keruntuhan moral remaja, remaja sudah pandai bersekedudukan, sudah pandar hisap rokok, sudah ada yang termengandung, sudah ada yang lari dari rumah, sudah ada yang tidak lagi menjadi ibubapa sebagai idola penghidupan harian. Dengan kata lain, moral generasi kini sudah mula luput.
Masalah gejala sosial sememangnya sudah menjadi " taik " dalam penghidupan persekolahan masa kini, tapi kesedaran tidak ujud dan kini pembangunan remaja di dedahkan pula dengan isu liwat, video lucah, bersekedudukan, rumah urut, ubat kuasa dan entah apa-apa lagi, penglibatan pelajar sudah tidak terkawal lagi. Seberan isu ini pula mendapat laluan yang mudah oleh Media Cetak dan elektronik, boleh di katakan saban hari cerita, seperti rogol, kisah rumah urut, bunuh, rompakan, buang bayi, kesannya memudahkan para pembaca khususnhya dari kalangan remaja dapat membacanhya.
Isu-isu tersebut sudah tentu memberikan ransangan dan ingin tahu mereka untuk mencari, merasa dan mencuba. Remaja adalah mereka yang suka meneroka sesuatu yang baru. Kerajaan dan masyarakat seharusnya menyediakan persekitaran yang kondusif merangsang minda mereka menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan tanah air. Lebih menyedihkan lagi apabila pihak bertanggungjawab seperti tidak ambil peduli masalah moral dan hanya mendedahkan keburukkan seseorang dengan mengabaikan kesannya kepada remaja.
Kita lihat pula gambar sebuah sekolah Tamil ini, bagaimana pihak sekolah dan sudah tentu PIBGnya terlibat sama memberikan " lampu hijau " kepada tajaan tersebut. Mengapa perlu anak-anak kecil ini di " manjakan " dengan minuman keras sabagini? apa perlunya?, atau apakah PIBGnya pula mendapat sumbangan dari tajaan Calrberg ini?
Menyedari perkara ini bakal mendedahkan nilai negatif kepada masyarakat terutamanya pelajar-pelajar dan anak-anak sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG) seluruh negara, Persatuan Guru-guru, pertubuhan-pertubuhan pendidikan, NGO-NGO Islam dan semua NGO-NGo yang memperjuangkan nilai budaya timur bangkit membantah cara pendedahan isu-isu salah laku serta seks secara bebas dalam media. Mereka perlu bersatu untuk membantahnya. Semoga dengan bantahan ini boleh menyelamatkan remaja kita daripada terjebak dalam kegiatan tidak bermoral.
No comments:
Post a Comment