Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, December 31, 2010

ANNUAR MUSA BERTENTAP DENGAN RAJAGOPAL

Rajagopal bantah pemain Malaysia berkempen di Tenang, Johor -marhaen.info
Jakarta, 30 Dis – Jurulatih Malaysia, Rajagopal membantah arahan pihak-pihak tertentu yang ingin mengadakan sambutan kejayaan Piala AFF Suzuki di Tenang, Johor. Beliau juga mengancam tidak akan teragak-agak untuk meletakkan jawatan seandainya anak-anak buahnya dipolitikkan.
"Saya membentuk mereka dengan air mata, air peluh dan air darah. Tolong jangan musnahkan apa yang telah dibentuk dengan politik sempit. Pemain ada hak kefahaman politik peribadi sendiri. Penyokong yang bangun jatuh bersama saya juga adalah dari semua lapisan idealogi politik.
Tolong, jangan pecah-pecahkan kami. Jangan jadikan kami bahan kempen. Kejayaan kami adalah kejayaan untuk semua lapisan masyarakat Malaysia. Kami bukan mewakili satu jenis golongan sahaja."

Dilaporkan, ada usaha pihak tertentu yang ingin meraikan kejayaan skuad negara di Felda untuk Melayu jenis hutan.

Tahniah Rajagopal, daya fikir mu lebih hebat dari Annnuar Musa.

FELCRA - GENERASI KEDUA MULA BINGONG

Warga Generasi Kedua Felcra - khusus di Felcra Seberang Perak, kini dalam keadaan delima serba salah berkaitan dengan projek perumahan untuk Generasi Kedua. Majlis Pelancaran sudah, bayaran primium sudah, tapi masih belum ada apa-apa keputusan dari pihak pengurusan untuk pembinaan bangunan tersebut.


Pintu gerbang untuk YAB Mahyuddin tempoh hari

YAB Mahyuddin bersama Pengerusi Felcra YB Dato Tajuddin di mesin jengkauk, majlis pecah tapak perumahan tersebut.

Generasi kedua kini hanya dapat melihat papan tanda projek " Tempat ketenangan dan kedamaian di kediamana yang terancang Rapi "Lot-lot kawasan yang telah dibahagi-bahagikan dan sudah berpunya

rumah jenis C - bawah 50,000k

Untuk harga bawah 70,000K

Jenis C harga bawah 80,000k


Rumah yang berbelanja lebih 100,000k

Ini adalah keadaan ketika ini, ketika laporan ini dibuat pada 30 Disember 2010,kawasan ini masih kosong dan papan gtanda mula di naiki ulan.

Kini isu yang ditimbulkan oleh seluruh generasi kedua yang telah memilik lot tapak tersebut ialah kenapa pihak pengurusan Felcra " memaksa " mereka membuat rumah seperti yang dipaparkan, mengapa mereka perlu membuat pinjaman dengan bank yang disediakan oleh pihak Felcra? mengapa pula tanah kami, kami perlu buat rumah ikut kata Felcra.

Kalau kami di undi di rumah kategori D, mana ada duit nak buat hingga 100.000K, kalau rumah kategori A, kami pula anak nak yang bergaji besar dan mampu buat rumah lebih baik, tak bolehke diubah suai?

Bukan semua generasi kedua ada perpendapatan tetap untuk bulat potongan gaji, jadi ini menjadikan masalah kepada pihak kami untuk meneruskan pembinaan rumah-rumah tersebut. Niat Pengerusi dan Felcra baik untuk menolong generasi kedua tapi apakah niat baik ini ada kepentingan tertentu pula. Pinjaman dengan bank dan pinjaman kerajaan sudah tentu jauh beza faedahnya.

Untuk itu cuba-cuba fikirkan.

Thursday, December 30, 2010

SENYUM KAMBING - KARPAL SINGH

UBAH SEKARANG SELAMATKAN MALAYSIA BHG. 2

cabutan teks dari buku " orenge " tersebut.

Edisi - NEGARA DALAM KRISIS - krisis ekonomi

Ekonomi negara terus ditakuk lama sejak krisis ekonomi Asia 1997/1998, akhirnya ekonomi negera di tinggalkan jauh oleh Korea Selatan, Taiwan dan Singapura dan terus menerima ancaman dari negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam. Rakyat terus di sajikan dengan pelbagai perancangan ekonomi seperti Model Ekonomi Baru ( MEB ) Program Transformasi Kerajaan ( PTK ) Program Tranformasi Ekonomi ( PTE ) dan lain-lain yang sebenanrya tidak keluar dari kebajikan ekonomi yang guna pakai selama ini.

Malahan program-program ini masih bersandarkan kepada keborosan membelanjakan wang rakyat untuk membina projek-prokek mega tanpa ada keikhlasan untuk melaksanakan reformasi ekonomi yang dipelukan.

Perhatikan dan fikrikan faktar di bawah:

12 tahun berturut-turut kerajaan Malaysia mengalami belanjawaan defisit.
10 tahun berturut-turut Malaysia gagal mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi
4.7% purata pertumbuhan ekonomi 2001 - 2005, sedangkan sasaran adalah 7.5%
4.2% purata pertumbuhan ekonomi 2006 - 2010, sedangkan sasaran adalah 6%
KDNK negara adalah lebih kecil dari KDNK Singapura bemula dari tahun 2009 kali pertama dalam sejarah ia belaku.
325 bilion RM wang PETRONAS antara tahun2007 - 2010. Ini bermakna purata sumbangan PETRONAS seahun adalah 81.25 billion RM.
53.3% adalah kadar hutang negera berbanding KDNK dalam tahun 2009,melonak naik bebandingkadar 35.1% dalam tahun 1998
3 kali ganda peingkatan perbelanjaan kerajaanyangditampung oleh wang PETRONAS dan hutang, dari RM68billion ( 1998 ) kepada RM214 billioin ( 2010 )

akan datang Kerosakan Institusi negera

UMNO SUDAH HILANG AKAH UNTUK PRU 13



YAB, Sedih dengan keadaan pengurusan pentadbiran negara dan peranan istana dalam menangani masalah untuk rakyat.

Kelayakan Datuk Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK) negeri Selangor yang baru, mula dipertikaikan, antaranya ekoran 'kontroversi' yang melingkarinya. NONEPengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad (kiri) berkata, sikap Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu "yang seolah-olah ingin sabotaj" kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor selama ini hendaklah diambil kira.

Umno sudah penat dengan segala usaha untuk " menumbangkan " kerajaan PR di Selangor, semua usaha kearah " merosakan " kerajaan gagal sebaliknya memberikan kekuatan kepada PR. memang tidak dinafikan UMNO juga menggunakan khidmat beliau Khusrin pengarah ( Pengarah JAIS ) untuk tujuan tersebut. Contohnhya, beliau ( Khusrin ) melobi program Umno dijalankan di sebuah masjid di Taman Medan Ramadan lepas serta "engkar" keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dengan menimbulkan kontroversi lawatan ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching ke Surau al-Huda, Kajang. Dari seri rekod pula, ADUN Seri Setia itu berkata, Khusrin sekadar dalam gred Jusa C sebelum melangkah ke Jusa B untuk menjawat jawatan SUK yang bergred Jusa A. azlan

Beliau yang juga ADUN muda PKR itu berkata, Khusrin juga sekadar menghabiskan tiga daripada 27 tahun perkhidmatannya sebagai pegawai tadbir dan diplomatik di peringkat persekutuan, selebihnya cuma berkhidmat di negeri Selangor. "Seolah-olah kelayakan Khusrin hanyalah sikapnya yang memang menentang Kerajaan Negeri yang diambilkira!" sindir Nik Nazmi. Mengulas berhubung pihak yang berhak melantik jawatan SUK - sama ada kerajaan pusat atau negeri - Nik Nazmi berkata perkara itu tidak timbul kerana Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor tidak menyebut kedua-dua pihak.


"Namun tindakan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan pelantikan Pengarah JAIS Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri Selangor hanya melalui memaklumkan Sultan tanpa memaklumkan Menteri Besar Selangor boleh dianggap melanggar protokol," katanya. Justeru, beliau berharap tiada pihak memainkan isu bahawa mempertikai pelantikan Khusrin sebagai antiistana. "Tindakan Datuk Seri Najib (Razak) yang mengheret KSN dan IStana Selangorlah yang wajar dipertikai," tambah Nik Nazmi.

Berkaitan dengan KSN, kini pegawai perkhidmatan awam sudah dapat menilai sejauh manakah laungkan agar semua kakitangan awam bekerja dengan penuh integriti dan profesional. Seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul, sedangkan beliau sendiri mengajar dan menunjukkan contoh yang `kurang ajar' dan `biadab', boleh lah dikatankan KSN hanya pandai bercakap tapi tau nak bikin.

" Di dalam isu perlantikan Datuk Khusrin, Pengarah JAIS ke jawatan SUK Negeri Selangor berkuatkuasa 01 Jan 2011, KSN sendiri membelakangkan Kerajaan Negeri Selangor yang dipilih oleh rakyat. Bayangkan jika pejabat MB sendiri tidak tahu menahu tentang perlantikan itu kerana tidak dimaklumkan lebih awal, jauh sekali untuk dibincangkan. Di mana sikap hormat menghormati yang ingin dibuat contoh kepada semua kakitangan awam? Di mana integriti dan tahap profesional beliau? tambah Nik Azmi Nik Ahmad.

Ketegasan yang komitmen YAB untuk " mengaduhal " kepada pihak istana memang dialu-alukan dan sudah sepatutnya tingkah laku UMNO sejak-sejak akhir-akhir ini cukup memalukan dan mengaibkan. Semua agensi kerajaan sudah digunakan untuk memastikan mereka " survive " pada PRU 13 nanti. Tindakan mereka juga menyulitkan kakitangan awam untuk bertugas untuk rakyat, PDRM, ATM, SPRM, SPR, Imegresyen, KSN, Jabatan Agama, kini terus di belenggu dengan " arahan tangan ghaib "

Wednesday, December 29, 2010

UMNO - KINI PERGUNA KSN UNTUK AMBIL SELANGOR

PAS & UMNO MASIH BERUSAHA UNTUK BERSATU


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiazgo4wfG1sBKGHveS7DtYbKKJIZMJ1JBMEHHH4qb4xFrLWdD11C48-7GvT6iMF-yFuOXPwwEbVOkNqbt8jUv2OGcZX8tWBDQgaQ-FX_2JSd9Lnm_ESOny1qz_VoGAb0AH_W6hY00Kqhs/s1600/gelap.jpg

Apabila baca artikel dalam blog ini , timbul rasa gelisah.Betulkah 'pertemuan gelap' masih berlaku sedangkan muktamar sudah memutuskan komitmen bersama Pakatan Rakyat dan tidak ada lagi idea 'kerajaan perpaduan'.

Jika benar berlaku 'pertemuan gelap' mungkin pimpinan ada jawapannya. Namun, penulis musykil kenapa 'pertemuan gelap' ini diatur setelah diumumkan PAS tidak akan menangguhkan muktamar pemilihan?.

Bukankah ini perangkap Umno, memecahbelahkan pimpinan PAS, memecahbelahkan Pakatan Rakyat. Jika idea ini datang dari Umno, sah lah memang ini agendanya.
Setelah Umno melalui media arus perdana melakukan serangan bertali arus semasa pemilihan PKR, sehingga timbul keraguan rakyat terhadap kepimpinan PKR.

Selepas itu, serangan diarah kepada pemilihan DAP negeri. Walaupun serangan ke atas DAP gagal, tetapi kesan tetap juga ada. DAP sendiri telah menangguhkan pemilihan DAP pusat kerana bersiap untuk PRU 13.

Percayalah Umno juga mahu menimbulkan keraguan rakyat terhadap kepimpinan PAS. Umno tahu pimpinan PAS pernah berbalah mengenai idea 'kerajaan perpaduan' . Justeru, cara memecahbelahkan pimpinan PAS adalah menimbulkan semula perbalahan mengenai perkara ini.

Caranya, mudah sahaja . Aturkan 'pertemuan gelap' pimpinan tertinggi kononnya ikhlas untuk masa depan Melayu dan Islam di Malaysia. Bila berlaku 'pertemuan gelap' yang pastinya tidak pun membuahkan hasil yang baik kerana Umno tidak ikhlas.

Kemudian,cerita 'pertemuan gelap' ini pasti bocor. Jika bukan dari PAS , Umno sendiri akan membocorkannya. Sebagaimana , pengakuan Pak Lah selepas PRU 12.

Bila dah bocor, maka tentunya timbul kemarahan bukan sahaja ahli PAS malah pimpinan PAS akan tak puas hati. Selepas itu akan berlakulah , perbahasan tentang isu ini kembali .

Timbullah kenyataan bercanggah antara pimpinan PAS terutama pimpinan yang suka buat kenyataan kepada media. Blogger pro 'kerajaan perpaduan' dan blogger anti ' kerajaan perpaduan' saling serang menyerang.

Maka berjayalah Umno memporak perandakan PAS. Media arus perdana akan mengambil kesempatan memutarbelit kenyataan bercanggah pimpinan PAS. Blogger-blogger Umno pula akan menambah fitnah mereka melalui isu yang diputar belit media arus perdana.

Setiap hari, berita TV , Utusan Meloya, Berita Hairan memburukkan pimpinan PAS yang tidak sehaluan. Pimpinan DAP dan PKR juga mula timbul curiga dengan 'pertemuan gelap' ini. Kenyataan tidak puas hati pimpinan DAP dan PKR akan diguna sepenuhnya media untuk menyerang PAS.

Rakyat yang selama ini memuji PAS sebagai parti yang kukuh mula rasa curiga, yang dulu akan mengundi PAS akan berubah fikiran. Pada masa itu, Najib tidak akan teragak-agak untuk membubar parlimen kerana parti yang akan bersaing kerusi dengan Umno iaitu PAS sudah menghadapi masalah.

Penulis berharap pimpinan PAS tidak terperangkap dengan permainan politik buruk Umno ini. Janganlah sesuka hati membuat kenyataan peribadi yang bercanggah mengenai 'pertemuan gelap'. Pimpinan yang tidak puas hati salurkan melalui saluran yang betul.

Jangan menggunakan blog, facebook , twitter untuk meluahkan pandangan peribadi kerana akan digunakan sepenuhnya oleh media arus perdana untuk dihidangkan dalam bentuk putar belit kepada rakyat Malaysia.

Ada perasaan bimbang penulis bila membaca mengenai ' pertemuan gelap'. Janganlah kita memberi peluang kepada Umno memecahbelahkan jamaah yang kita sayang.

Wassalam

KETUA KAMPONG - KINI MENJADI REBUTAN

Dewan pertama di bina - untuk kegunaan penduduk kampong ini.
Dengan di namakan Dewan Dato Hj. Ahmad Razali - Adun bekas ADUN Kg. Gajah.

Kini dewan yang tapaknya di wakapkan oleh Hj. Mohd. Tahir keluarga Hj. Ahmad Razalik, telah tidak digunakan lagi sebaliknya tinggal tanpa di urus dan sebaliknya di gunkan sebagai stor untuk bengkel penyediaan " kerenda " untuk penduduka sekitar kampong Gajah. Jika ada kalangan pengunjung yang berminat untuk menempah kerenda tersebut boleh berhubung dengan ketua kampongnya.


Dewan Orang Ramai dan Dewan peruntjukan projek Infra

Kini ketiga-tiga dewan tersebut menjadi rebutan kepada 2 kumpulan ketua kampong anara yang lama dan tidak terpilih semula dengan yang baru. Yang lama merasakan tindakan pembinaan dewan tersebut adalah hasil titik beliau lantas yagn baru pula ( walau pun ) masih belum terbit fajar 2011 telah mula mengenal pasti siapa rakan taulan yang akan berssama-sama dalam JKK itu nanti.

Ketua Kampong masa kini Tn. Haji Mohd. Yusof bin Abdul Ghani - semangat ke UMNOannya cukup kuat dan menebal dalam benak sanubarinya, malah beliau sanggup berputus arang dengan sanak saudara jika di dapati ada kalangan mereka yang tidak sealiran dengan daya pemikiran kolotnya itu. Angin bertiup untuk beliau perlu melepaskan jawatan Ketua kampong tersebut dan perlu digantikan dengan individu lain. Mungkin KPI daya kepimpinannya dipertikaikan oleh masyarakat kampong, hatta di pihak UMNO Bahagian itu sendiri.

Beliau menerima laporan nagetif dari setiap sudut individu dari kampong tadbirannya. dan rungutan dan sungutan itu diambil kira oleh pihak UMNO Bahagian. Kebetulan kepimpinan UMNO juga dari kalangan sanak saudara beliau sendiri.

Melalui tiupan angin sepoi-sepoi bahasa itu ada juga kalangan masyarakat yang bersimpati dengan beliau terutama kepimpinan UMNO Cawangan, dari gulongan ini pula sanggup menyediakan tanda tangan palsu dari masyarakat kampong untuk memastikan kedudukan beliau terjamin.

" kami akan menyoking PAS, jika YB Dato tidak melantik beliau sebagai Ketua Kampong untuk musim akan datang " ugut ketua Wanita Cawangan. Apakah YB Dato takut dengan ugutan tersebut, sudah tentu tidak. malahan YB Dato sendiri sentiasa diugut dan mengugut, ( kerana budaya itu adalah budaya YB Dato ) sendiri.

Kini kedua-dua dewan tersebut menjadi " hak milik " ketua kampong yang lama, mereka telah berkerat rotan untuk tidak menyerahkan dewan tersebut untuk ketua kampong yang baru. Inilah budaya yang ada pada kepimpinann UMNO, ketidakan bijak mereka bukan di pucuk pimpinan saja malahan ianya menular sampai ke akar umbi. Agaknya betul kata Tun M, UMNO sudah busuk sehingga ke usus.


Masyarakat kampong ini akan porak peranda dengan pertukaran ketua kampong kali ini, mungkinkah cawagan UMNO akan dibubarkan? kita tunggu sehingga 2 Janurari ini nanti.

Tuesday, December 28, 2010

UBAH SEKARANG SELAMATKAN MALAYSIA BHG. 1

BUKU UBAH SEKARANG SELAMATKAN MALAYSIA

Buku " orange " Ubah sekarang selamatkan Malaysia, kini telah menjadi duri dalam daging kepada kepimpinan BN, khususnya dari UMNO. Mereka bagitu mengelabah dan tak senang duduk dengan salah laku kepimpinan dan PR pula memberikan formula untuk mengatasinya. Dan PR melalui Dasar Bersamanya hanya memerlukan 100 hari untuk membaik pulih keadaan yang telah rosak itu.

Dasar Bersama adalah berlandaskan empat kerangka asas iaitu:
  • Demokrasi yang telus dan tulen untukmemperkasakan ketuanan rakyat;
  • Memacu ekonomi perprestasi tinggi yang mempan untuk menjadi kemakmurandan kebajikan kepada smeua acara adil
  • Keadilan sosial bagi menjadim pembanunaninsan yang secara menyeluruh dan
  • Hubungan persekutuan - negeri dan dasar luar negar yang adil dan setara.
Dasar Bersama ini menggariskan iltizam kami untuk mengalih hala tuju negara dan bangsa ke landasan yang betul satelah berdekad diruntun salah guna kuasa, rasuah dan politik perkauman. Muafakat asas yang membentuk dasar bersama adalah ketelusan parti-parti Pakatan Rakyat melatakan Perlembangaan Persekutuan sebagai kompas perjuangan. Tiga perkara pertama yang di angkat dalam Dasar Bersama adalah komitmen Pakatan Rakyat untuk:

  • Mempertahankan Perlembagaan Pesekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negera ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah, Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Pekara 153.
  • Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja berpelembagaan.
  • Memertabatkan penggunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan Pesekutuan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua fraca seratau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum, serta meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris demi memperbaiki daya saing Malaysia di peringkat global.
PR juga merancana : Agenda Pakatan adalah nadi kepada perjuangan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum dan pegangan untujk membina semuah negera dan maysaraka yang menzahirkan semangatr demokrasi dankeadilan dalam semua aspek. Agenda ini menuntu preubahan mutlak ( minda, pendekatan dan kaedah ) untuk mengembleng maufakat semua pihak. Ini perlu demi membebaskan institusi-instiusi penting negara dari durjana campur tangan sebahagian kecil golongan elit yang mempertahankan tembolok mereka semata-mata.

Agenda Pakatan juga menggariskan perincian dasar dan langkah yang berlandaskan Dasar Bersama untuk merealisasikan cita-cita Pakatan Rakyat membina sebuah negara yang makmur dan adil. Kami percaya kemakmuran negara hanya akan dicapai dan berkekalan jika di tunjangi oleh prinsip keadilan sosial dan persaudaraan rakyat. hasrat ini akan mekar berkembang, bila mana semangat demokrasi meresap ke seluruh pentadbiran dan institusi-institusi penting negara.

Agenda Pakatan juga adalah penzahiran hasrat rakyat untuk melaksanakan islah masyarakat yang digariskan oleh Dasar Bersama. Ia adalah jendela yang paling luas untuk menggambarkan sebuah Malaysia yang makmur dan adil di bawah Pakatan Rakyat.

paparan akan datang : NEGARA DALAM KRISIS

CETAKAN; FEB. 19 2005 - NAJIB TEPERANGKAP


Hanya untuk renungan dan difikirkan



Coretan Era Pasca

Monday, December 27, 2010

ISA SAMAD & FELDA

KUALA LUMPUR 27 Dis [3.25 pm] - Nampaknya, kontorversi melibatkan Felda bakal meledak kembali apabila bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan pemimpin UMNO BN yang pernah dikenakan tindakan penggantungan akibat terlibat dengan rasuh ketika Pemilihan UMNO iaitu, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (foto) dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang baru berkuat kuasa pada 1 Jan 2011. Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini, pelantikan itu dibuat berdasarkan keyakinan kerajaan terhadap kemampuan Mohd Isa untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang dan efektif. Mohd Isa menggantikan Tan Sri Dr Mohd Yusoff Noor yang dilantik sebagai Penasihat kepada Menteri yang bertanggungjawab ke atas FELDA. Pelantikan ini berkuatkuasa pada 1 Jan 2011. Menurut kenyataan itu, Perdana Menteri mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Mohd Yusoff di atas perkhidmatan beliau menerajui Felda bermula dari 1 Julai 2001 hingga 31 Disember 2010. Soalnya, kenapakah Isa Samad yang sudah sah terlibat dengan rasuah itu dilantik sebagai Pengerusi Felda?. Bukankah rakyat terutamanya peneroka Felda kini sedang melihat apa yang berlaku kepada agensi itu sejak berita "Felda Bankrap" dihebohkan sebelum ini. Kini, UMNO BN mencipta sejarah "malang" buat Felda apabila melantik "pemimpin kotor" untuk menerajui agensi tersebut. Jika dulu, Dato' Md Bakke Salleh, salah seorang pemimpin yang dikatakan menjadi punca Felda merudum dilantik selepas merosakkan imej Bank Islam dan Tabung Haji. Kini, Isa Samad yang sudah jelas "terang lagi bersuluh" diangkat ke jawatan itu. Apakah sudah tiada pemimpin lain yang lebih bersih untuk menerajui Felda?.

[Kini ramai yang menganggap perlantikan Isa Samad yang diperkenankan oleh PM Najib Razak itu ada kaitan dengan "Tragedi Port Dickson" satu ketika dulu. Difahamkan Isa adalah orang yang bertanggungjawab menyelamatkan Najib daripada dituduh berkhalwat dengan seorang penyanyi terkenal ketika itu. Malah, pihak yang cuba mendakwa Najib juga telah ditukarkan serta merta oleh Isa Samad selaku MB Negeri Sembila ketika itu. Soalnya, apakah Najib takut Isa Samad menyerahkan fail sulit beliau itu kepada WikiLeaks untuk didedahkan kepada umum?. Maka, akhirnya seperti di Bagan Pinang Najib terpaksa akur untuk memberi kedudukan istimewa kepada pemimpin terbabit biarpun satu dunia tahu yang Isa Samad memang terlibat dengan aktiviti rasuah ketika pemilihan UMNO dulu. Makanya, perlantikan Isa ini mungkin untuk menutup mulut beliau supaya tidak membocorkan segala rahsia berkenaan. Hanya mereka yang berada di Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan dan jabatan agama yang berkenaan sahaja yang lebih mengetahui kes ini sebenarnya. Tahniah Isa Samad kerana berjaya menyelamatkan Najib Razak dan diberi kedudukan penting itu. Ia pasti akan menyebabkan kerajaan UMNO BN itu lebih cepat tumbang dalam pilihanraya umum Ke-13 akan datang sebenarnya].

Eshan : Pahang Daily Online

KETUANAN MELAYU - KETUANAN ISLAM

Apaka kata pemimpin dan ilmuan berkaitan dengan KETUANAN MELAYU


Istilah 'Ketuanan Melayu' tidak perlu dibahaskan kerana ia tidak wujud dalam perlembagaan negara, kata pakar sejarah Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.

Beliau berkata dalam aspek sejarah, hanya 'Ketuanan Raja' yang termaktub dalam perlembagaan kerana rakyat perlu menunjukkan taat setia kepada raja.

"Sebelum ini tidak pernah disebut 'Ketuanan Melayu' dalam masyarakat Melayu. Dalam sejarah hal sebegitu tidak betul. Yang ada dalam perlembagaan cuma 'Ketuanan Raja' iaitu di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Orang Melayu mendapat hak keistimewaan kerana mereka adalah rakyat raja, kerana itu raja yang penting. Kedudukan orang Melayu memang diberikan pertimbangan khas dan tidak perlu dipersoalkan," katanya kepada Bernama.

Khoo berkata istilah Ketuanan Melayu hanya dibangkitkan oleh ahli politik bagi tujuan politik semata-mata, dan beliau melihat ahli politik sekarang sering membangkitkan isu yang boleh mendatangkan konfrontasi antara kaum.

"Ahli politik seharusnya memberi perhatian kepada perkhidmatan mereka kepada rakyat, menolong rakyat. Bukan menggalakkan rakyat untuk bergaduh," katanya. -Bernama
NONE
Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ( gambar ) melaporkan Konsep 1Malaysia yang dipelopori oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak hanya akan berjaya jika rakyat membelakangkan bangsa dan keturunan masing-masing dan mengasimilasikan diri menjadi satu, katanya di Forum Persidangan pelabor Malaysia-Eropah (MEP) hari ini.

Katanya, konsep Najib hampir sama dengan prinsip Wawasan 2020 yang diterajuinya dalam percubaan mewujudkan bangsa Malaysia bagi mencapai perpaduan kebangsaan."Apabila kita berbicara mengenai perpaduan kebangsaan kita mesti lupakan sejarah kita, keturunan dan menganggap diri kita sebagai rakyat Malaysia. Kita bercakap dalam satu bahasa dan tidak minta 'Keistimewaan' hanya kerana kita Melayu ataupun bukan Melayu,” kata Dr Mahathir. Beliau menjawab soalan daripada hadirin ketika sesi dialog pada forum ketiga dialog Malaysia-Eropah (MEF) di Kuala Lumpur.

Dr Mahathir juga membidas kumpulan yang menyokong 'prinsip 1Malaysia' tetapi masih mempertahankan diri mereka daripada kumpulan yang berasal daripada latar belakang sesuatu keturunan. "Kita tidak boleh lagi anggap diri kita rakyat Malaysia yang berketurunan Melayu, Cina ataupun India,” katanya sambil menambah jika rakyat boleh melupakan perkara itu, 1Malaysia akan mempunyai pengertian sebenar. -Malaysiakini



Mendaulatkan ketuanan Islam berbanding ketuanan Melayu bukan sahaja lebih mulia, malah mampu mengelak dari permusuhan kaum, kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. ( gambar ) Sekiranya bangsa Melayu mahu ketuanan Melayu, sudah tentu bangsa lain juga mahukan bangsa mereka di angkat seperti mana bangsa Melayu katanya yang juga Mursyidul Am PAS.

“Bangsa lain boleh menerima agama (Islam) ini berbanding ketuanan Malayu yang hanya menunjukkan kepada satu bangsa sahaja,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui selepas menziarahi keluarga mangsa OKU yang rentung dalam kebakaran di Kampung Ubi Keling Nibong, dekat sini. Turut serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Tuku, Abdul Fatah Harun, Adun Chetok, Abdul Halim Abdul Rahman dan Ketua Jajahan Pasir Mas, Nik Kazim Nik Yusoff.

Tambah Menteri Besar Kelantan itu lagi, dengan ketuanan Islam tidak akan timbul sikap dengki dari bangsa lain sebaliknya diterima baik oleh mereka, apatah lagi jika mereka memeluk Islam.

Sehubungan itu tegasnya, sikap terlampau mementingkan bangsa wajar dihentikan kerana lebih banyak mengundang perbalahan dan permusuhan berbanding perpaduan. Harakahdaily.

Ehsan Bumiperak.

PALESTIN - KESENGSARAAN MU MENGUSIK JIWA

Pagi ini 27 Disember 2010 bersamaan dengan 21 Muharram 1432, Masjid Lama, Masjid Jaizah mencipta lagi satu sejarah dimana salah seorang Imam dari Palastin Sheikh Mahmood Siyyam telah dapat meluangkan masa untuk bersama-sama dengan para jemaah menunaikan fardhu subuh dan memberikan sedikit kuliah subuh pada para jemaah.

Masjid Jamek Lama, ( Masjid Jaizah ) masjid wakap penduduk Kampong Gajah telah dirikan hampir satu abad dahulu. Kini Masjid ini terus menjadi tumpuan untuk Majlis Ilmu. Walau pun masjid ini sudah tidak digunakan untuk sembahyang Jumaat tapi kini ianya menjadi tumpuan untuk majlis ilmu.

Ini adalah papan jadual waktu majlis pengajian yang tedapat di masjid, dari sudur semua bidang ilmu, tahid, fekah, faraid, kuliah subuh, kuliah maghrib, ceramah perdana setiap hujung bulan dengan undangan penceramah.

Kuliah subuh pada hari ini 27 Dis. 2010 telah mengundang Sheikh Mahmood Siyyam seorang iman dari Palestin, walaupun ceramah beliau dalam bahasa Arab pihak masjid juga berjaya menyemput soerang pemudah cara untuk mengalihkan bahasa Arab ke bahasa ibudan.

Kisah sedih, duka nestapa, kekuatan, bermuafakatan, iltizam penduduk Pelastin di rungkai oleh penceramah dalam keadaan yang cukup meyakinkan dan mempengaruhi setiap yang hadir pada sebut.

Para hadiran di dedahkan segenap pelusuk kesengsaraan yang di lalui oleh masyarakat Palestin di bumi mereka sendiri, dari alam bayi sehinggalah mereka " bercinta " dengan muncung sejata. Kekejam regim Zionis memang tidak ada nilainya, tidak ada tolak bandingnya lagi. Kezaliman mereka terserlah di mana hingga menyebabkan masyarakat Paletin " perlu " menyembunyikan diri di bawah tanah.

Kekuatan mereka yang di taja oleh Amerika dan tidak sehaluannya negara-negara Arab juga menyebabkan dan memastikan penderitaan Palestin. Dengan kelengkapan yang " up to date " mereka menyerang di segenap pelusuk bumi Palestin. Kekuatan umat Palestin hanya kepada ketaqwaan, ke imanan, permuafakatan serta susunan saf yang jitu untuk menghadapi serangan regim tersebut.

Pergesaran antara Hamas dan Fatah yang berlainan cara untuk kemerdekaan juga menjadi isu perjuangan. Hamas berjuang untuk kemerdekaan dengan senjata tapi Fatah lebih cenderung cara sirkular. Dalam perjuangan ini, yang menjadi mangsa ialah kanak-kanak, orang dewan dan wanita, kerana perjuang Hamas sentiasa menyusun strategi dari tempat sembunyi mereka.

Hadirin bersalam dan berpelukan dengan iman

Pendapat Palestin tertumpu kepada sumbangan dari seluruh masyarakat dunia, dan termasuk Malaysia sendiri di bawah " muasasah Alagsa " sumbangan kewangan, dari sumbangan tersebut mereka menukarkan barangan keperluan dari rakan-rakan sekeliling Pelastin itu sendiri. Selain dari itu mereka juga bercucuk tanam untuk keperluan mereka sendiri.

Proses pembasaran kanak-kanak hanya dengan hidup cukup sederhana, tapi diri mereka ditanam dengan semangat yang kuat untuk mempertahankan negara dan tanahair mereka. Peranan dan tugasan ini di ambil alih oleh orang dewasa dan para ibu-ibu, kerana lelakai dewasa sentiasa di medan perjuangan.

Pengerusi masjid menyampaikan sedikit sumbangan.

Masyarakat Pelastin tidak ramai, malahan mengikut statistik ianya cuma tidak sampai pun 10 juta umat nyawa yang ada dan taburan mereka juga tidak menentu iaitu di Gaza serama lebih 1.5 juta nyawa, di utara pula seramai lebih kurang 2.5 juta dan rakyat Palestin yang berada dalam cengkaman zionis, tidak dapat diberikan angka yan sebenarnya, dan nasih malang mereka pula tidak dapat bersama-sama dengan rakan sanak saudara untuk berjuang kerana sekatan yang diberikan oleh pihak zinonis.

Sama-samalah kita berdoakan moga-moga kekuatan mereka yang diredhai oleh Allah untuk meneruskan perjuangan demi tanahair dan agama, dan di pohonkan agar seluruh umat Islam seluruh dunia dapat memberikan bantuan kepada mereka. Amin.

Sunday, December 26, 2010

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AWAM, KENAPA SELALU DIPERTIKAIKAN?

Keputusan PMR 2010 baru sahaja keluar. Pak Menteri dan Pak General Direktor kementerian semuanya suka-suka dengan keputusan yang diperolehi oleh pelajar-pelajar. 7% pelajar mendapat semua A dalam mata pelajaran yang diambil peperiksaan. 30,863 daripada 439,456 mendapat semua A.

Yang mendapat semua E juga menurun. 386 pelajar PMR 2010 mendapat semua E dalam mata yang diambil peperiksaan. Apa yang akan berlaku kepada pelajar itu, wallahualam.

Namun, ada kemusykilan yang hendak diketengahkan disini, apakah nilai markah untuk mendapatkan A pada PMR bagi tahun 2010? Adakah markah itu mengikut piawaian ataupun markah itu telah diturunkan agar keputusan PMR kali ini adalah keputusan untuk kempen pilihanraya umum?

Hanya guru-guru yang mengajar sahaja yang mengetahui tahap kepandaian anak muridnya. Adakah guru-guru merasai bahawa pelajar-pelajar tingkatan 3 tahun ini layak diberi pujian menggunung oleh Kementerian Pelajaran atau ianya hanya laungan-laungan kempen politik kepartian agar menjadi bahan kempen PRU 13?

SATU RENUNGAN BERSAMA - ISLAM & DAP

Diterbitkan pada 09 April 2009 Kategori Isu Semasa, Surat Terbuka
13 Rabiul Akhir 1430 / 9 April 2009

YB Encik Nga Kor Ming
EXCO Kerajaan Negeri Perak
Pejabat EXCO Negeri Perak
30000 Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN.
Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera

Yang Berhormat,

Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”

Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.

Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya. Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.

Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universiti, baik di IPTS atau IPTA.

Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana.

* MEMBANGUN BERSAMA ISLAM *

(TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT)
Menteri Besar Kelantan
Merangkap
Mursyidul Am PAS

Friday, December 24, 2010

KONVENSYEN PR. BAHG. 6

Pakatan Rakyat (PR) menawarkan Program 100 Hari yang terdiri daripada 10 insentif jika pihaknya mengambil alih Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13.

  • Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
  • Mengarahkan Khazanah Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuh raya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuh raya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.
  • Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat
  • Menghargai peranan guru sebagai pendidik bangsa dengan menaikkan memperkenalkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang
  • Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan
  • Menyediakan perkhidmatan internet wifi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa Bandar
  • Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda
  • Menaikkan royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak kepada 20 peratus
  • Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi memulihkan sistem kehakiman
  • Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah

APAKAH ANDA MASIH LAGI TIDAK BERMINAT DENGAN SLOGAN INI? ATAU ANDA AKAN BERTERUSAN DENGAN " DULU, KINI DAN SELAMA-LAMANYA? TANYA DADA BUAT LAH PERUBAHAN.

ROSMAH - MENERUSKAN CITA-CITA DI BIDANG PRAGAWATI


CARI BERBEZAAN



Cuba senaraikan beberapa ayat yang sesuai untuk
isteri DSN ini?
Kepada yang memberikan ayat yang terbaik dan terbanyak akan dipertimbangkan untuk
menerima hadiah yang akan disampaikan oleh DS Rosmah sendiri.
Cuba jangan tak cuba......

BERMUAFAKATAN UNTUK KEBAIKAN BERSAMA

Pemilihan 2010, PKR dengan menggunakan perlembangaan baru yang berteraskan 1 Anggota 1 undi telah memberikan banyak pengajaran kepada semua pihak, terutama kepada Jawatankuasa Pemilihan, Ketua UMUM malahan Presiden sendiri, kesan ketara sekali " terkeluarnya " Zaid ibrahim dari PKR dan terus menerajui KITA dan bergelar Presiden.

Matlamat baik dan boleh dijadikan contoh, tapi tindakan " busuk hingga ke usus " ( kritikan Mahathir kepada UMNO kini ), komplain terlalu banyak tapi malang tindakan tidak diambil, tohmahan mengatakan adanya individu tertentu menentukan arah tuju pemilihan memang tidak dinafikan, berbicaraan untuk menyelesaikan komploian " langsung " tidak diambil pusing oleh pihak JPP. Akhirnya apa yang dirancang menjadi. Kesan cara langsung dalam pemilihan kali ini melihat bertambah matangnya daya fikir kepimpinan dan keahlian PKR itu sendiri. Sendiwara, kronis, setiakawan masih lagi ujud.


Sdr. Mustaffa kamil - mantan Pengerusi MPN - Ketua Cabang Pasir Salak
beliau di tandingi oleh Hj. Osman yang menyerahkan jawatan tersebut kepadanya, entah bagaimana beliau turut di saat-saat akhir penyerahan borang pencalunan, dan di dapati borang tidak lengkap dan tidak disertai dengan resip yuran lantas itu, borang ditolak oleh petugas pilihanraya, di bantah oleh wakil beliau ke JPP, tapi malang bantahan di tolak dan akhrinya Hj. Osman menang dengan majorit 11 undi - maka bermula episod untuk tidak " meletakkan " sdr. Mustaffa untuk pengerusi MPN

Hj. Osman - Ketua Cabang Pasir Salak, kini. Memang tidak dinafikan beliau adalah pengasas PKR di Pasir Salak, atas sebab kesihatan, masalah isteri beliau menyerahkan jawatan tersebut kepada Sdr. Mustaffa Kamil, pada waktu itu sebagai timbalan. Pada 2008 PRU12, Sdr. Mustaffa bertanding di Dun Sungai Manik dan Parlimen Pasir Salak. Mustaffa berjaya mengurangkan majoriti calun BN cukup membanggakan. Di DUN Sungai Manik BN hanya bermajoritikan 1000 lebih undi sahaja dan di Parlimen Pasir Salak cuma 2000 lebih.

Ura-ura Sdr. Mustaffa ingin menyaingi YB Azmin untuk jawatan Timbalan, Hj. Osman telah di jadikan orang perantaraan untuk memastikan Sdr. Mus kecundang di Pasir Salak dan sudah pasti ianya memberikan implikasi kepada rebutan jawatan timbalan. Hj. Osman mengesashkan beliau memang bekerja untuk YB Azmin.

Itu adalah sejarah kenapa MPN untuk Perak lambat dilantik oleh pihak Presiden. Walaupun hak perlantikan adalah ditangan presiden.

YB Hjh. Fauziah Salleh

Pemilihan Sdr. Mustaffa Kamil oleh Ketua-Ketua Cabang untuk menduduki kerusi Pengerusi MPN dengan majoriti 13-10 berkecuali 1, tidak dapat memberikan gambaran sebenar keadaan PKR di Perak. Lantas itu pihak biro Politik perlu mendapatkan mandat dari " grassroot " untuk perlantikan tersebut

YB Fauziah selaku Naib Presiden telah diberikan kepercayaan untuk tujuan " permuafakatan " kalangan kepimpinan di Perak. lantas itu pada 23 Dis. 2010 dengan setiap cabang di wakili oleh 5 orang Ketua/Tim/Naib/Ketua AMK/Ketua Wanita diberikan pengerangan betapa perlunya satu " konses ' diambil untuk jawatan tersebut. Perkara ini juga termaktub dalam perlembagaan perkara 16.6 perlu di gunakan untuk pemilihan jawatan tersebut.


Us. Zul - Cabang Tambun

YB Dr. Lee Boon Chye - MP Gopeng
juga turut memberikan pandangan, beliau adalah salah seorang dari calun Pengerusi MPN.

Kpt. Usailli Ketua Cabang Parit -
berhujjah melalui pengelaman untuk kebaikan bersama.


Sebahagian dari wakil-wakil cabang yang hadir untuk mendengar taklima dan sudah pasti membuat keputusan apa yang akan diperlakukan.

Sebagai kesimpulan dan bersetujuan secara bermuafakat, dan YB Fauziah juga bangga dengan persetujuan semua calun-calun yang dikemukakan akan dibawa ke peringkat Biro Politik dan semua pihak akan memberikan kerjasama untuk memastikan PKR memangi kerusi yang akan dipertandingkan serta membantu rakan-rakan dari gabungan Pakatan Rakyat untuk kemenangan pada PRU13 nanti. Majlis bersetuju Sdr. Mustaffa Kamil, Sdr. Dr. Mohd. Nor Manutty dan YB Lee Bong Chai di ketengah dan di perhalusi oleh presiden dan ketua umum untuk lantikan Pengerusi MPN Perak.

PKR - APA NAK JADI DENGAN MU

Pas digesa bersikap lebih tegas terhadap rakan pakatan mereka terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk meletakkan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Bekas Pemangku Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri, Faizal Effendi Hashim berkata, kepimpinan tertinggi Pas Negeri haruslah bersikap tegas untuk menuntut kembali kerusi DUN yang diberikan kepada PKR pada PRU lepas memandangkan sikap pemimpin PKR tidak setia serta sentiasa berubah.

( Sdr. Faizal Effendi - kini menjadi UMNO dan cuba mendapatkan tempat di UMNO Bahagian Parit, tapi oleh kerana penderiaan beliau yang lebih mementingkan wang ringgit, beliau sukar untuk diterima oleh UMNO Parit, beliau juga sudah amat jarang kelihatan di rumah mentuanya di Kampong Gajah. mentuanya juga sudah tidak mampu untuk bersuara lagi, lagi dulu cakap banyak, maklumat banyak dan bersedia untuk bersama PR, tapi kini apabila menantu sudah berubah, beliau juga turut berubah )

Menurutnya, lebih baik Pas mengetuai kepimpinan PR negeri berbanding PKR mahupun DAP kerana sehingga ke hari ini Pas dilihat mempunyai kekuatan jentera bagi menerajui PRU akan datang.

“Dalam masa sama, saya menggesa DAP memberi kerusi kepada Pas dalam kawasan DUN majoriti Cina serta India, manakala Pas pula memberi laluan kepada DAP bagi kawasan majoriti Melayu untuk membuktikan jalinan setia kawan antara mereka.

“Saya yakin DAP dan Pas dapat memberi laluan kepada calon masing-masing berbanding PKR kerana hubungan DAP serta Pas dilihat lebih rapat daripada PKR,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Faizal Effendi berkata, punca kejatuhan Kerajaan PR di Perak adalah berpunca dari pemimpin PKR yang tidak yakin dengan hala tuju parti serta banyak berlaku unsur penyelewengan.

( punca kejatohan Kerajaan PR adalah kerana adanya anggota dan ahli seperti Sdr. Faiza itu, kerana lebih mementingkan pengisian poket dari perjuangan )

Sebab itu, katanya, Pas perlu sedar kelemahan ini dan perlu mengambil pendekatan terancang untuk mengkaji semula kedudukan kerusi bagi PKR, tambahan lagi dengan pelbagai kemelut melanda PKR. “Besar kemungkinan juga, bangsa Melayu akan menolak PKR memandangkan isu Ketuanan Melayu yang dilontarkan oleh pemimpin tertinggi PKR.

( Sepatutnya Faizal menasihatkan kepimpinan UMNO agar memastikan setiap Melayu di tanah airnya dapat menikmati apa yang sepatutnya, pastikan orang di Parit menikmati setiap apa yang sepatutnya, dan nasihatkan Dato Zaim tidak campur urusan di Pejabat Pelajaran Perak Tengah )

“Hasil kajian rambang menunjukkan masyarakat Melayu sudah hilang kepercayaan dan naik muak dengan kepimpinan PKR yang suka menabur fitnah demi kepentingan politik peribadi mereka,” katanya.

( kenapa Faizal buat kajian rambang? carilah statistik yang benar, kalau tak ada penaja untuk buat kajian sila rujuk kepada Dato Zaim, dan gunakan tipu muslihat katakan kedudukan Dato sebagai ketua Bahagian tidak tergugat dan pasti Dato akan memerinth selama-lamanya di Parit, pasti Faizal dapat wang yang banyak dan lumayan )

Beliau berkata, pemimpin PKR perlu bermuhasabah diri terhadap apa yang telah berlaku bukannya masih mendongak ke langit serta mendabik dada, masih tidak mengakui kelemahan mereka.

( pemimpin PKR, semua yang seperti Faizal boleh tinggalkan parti, ikut jejak faizal )

SELANGOR TERUS KUKUH DI BAWAH PR, SYABAS
















SHAH ALAM : Selepas lebih dua tahun mentadbir Selangor, Pakatan Rakyat dijangka berjaya mempertahankan Selangor jika Pilihanraya Umum diadakan sekarang, menurut tinjauan terbaru Merdeka Center.

Kira-kira 57 peratus dari 1,214 responden percaya hala tuju pentadbiran Selangor oleh Pakatan Rakyat adalah tepat, manakala hanya 28 peratus berpendapat sebaliknya. Sokongan dari masyarakat Cina kekal 53 peratus, manakala sokongan darimasyarakat India meningkat dari 63 peratus kepada 72 peratus.

Menurut Merdeka Center, sokongan kaum Melayu adalah pada tahap 55 peratus.

Sementara itu, 67 peratus responden berpuas hati dengan prestasikerajaan negeri Selangor, manakala 55 peratus yakin atau sangat yakindengan kepimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Angka ini jauh mengatasi 22 peratus responden yang berpendapat sebaliknya.

Tinjauan ini dijalankan atas permintaan Kerajaan Negeri Selangor,melibatkan pengundi berumur 21 ke atas melalui temubual telefon dari 27Julai hingga 23 Ogos.

Tinjauan yang sama juga mendapati Perdana Menteri Najib Abdul Razakterus menghampakan pengundi-pengundi Selangor.

Kira-kira 49 peratus percaya rasuah di peringkat kerajaan persekutuanterus meningkat manakala 15 peratus percaya tidak ada perubahan sejak Najib mengambil-alih kuasa.

Ehsan - Batu Vs Kayu

Thursday, December 23, 2010

JIN DI ARAHKAN UNTUK MEMUSNAHKAH DSAI


Sejarah menyaksikan mantan PM Malaysia Dr Mahathir dan Mantan PM Singapura yang kini menjadi Menteri Mentor Lee Kuan Yew sering berlainan pendapat, tuding menuding dan berlumba-lumba demi menunjukkan siapa yang hebat.


Begitulah lagak mereka berdua sepanjang zaman mereka memerintah dan bersara. Tapi atas nama Anwar Ibrahim, seolah-olah mereka berdua melupakan dulu "peperangan" mereka untuk bersama menyerang manusia yang bernama Anwar Ibrahim.


Walaupun berlainan tanggapan terhadap Anwar. Seorang mengatakan "masuk perangkap" dan seorang lagi dengan "rela hati" . Keduanya mempunyai mempunyai "nilai tambah" kepada UMNO untuk menyerang Anwar.


Menjelang Mac 2011( ramalan PRU ke 13), semakin ramai individu yang bakal digunakan UMNO bagi menyerang Anwar. Bermula dengan Ezam, Nalla, Zaid Ibrahim, Zulkifli Nordin dan terkini Ummi Hafilda. Dari luar negeri pula Lee Kuan Yew, Wikileaks, CIA, Agensi Perisikan Singapura dan Australia juga tidak ketinggalan.

Itu belum campur serangan media Tv3, RTM, Utusan dan NST setiap hari. Berita " wajah hodoh" Anwar suatu yang wajib untuk disiarkan atas arahan PMNajib. Semakin banyak penyelewengan yang dibongkarkan oleh Anwar semakin banyak individu diketengahkan untuk menghentam Anwar.


Nampak sangat PMNajib mengalami sindrom "menggelabah yang melampau" untuk menghadapi Anwar dan Pakatan Rakyat. Semua ini seolah-olah bentuk "penyiksaan" terhadap Anwar sebelum dihumban dalam penjara.

Skrip sudah siap!

PEMBAZIRAN OLEH UMNO

Bagaimana cara kepimpinan negara melakukan pembaziran? bagaimana ketirisan ini dapat dikenal pasti dan bagaimana cara untuk mengatasi permasalahan tersebut. Untuk itu di perturunkan 2 insiden yang menyebabkan bagaimana wang negara di salah gunakan oleh pihak kerajaan yang memerintah.

* 12 tahun berturut-turut kerajaan Malaysia mengalami belanjawan defisit
* 10 tahun berturut-turut malaysia gagal mencapan sasaran pertumbuhan ekonomi
* 4.7% purata pertumbuhan ekonomi 2001-2005 sedangkan sasaran adalah 7.5%
* 4.2% purata pertumbuhan ekonomi 2006 - 2010 sedangkan sasaran adalah 6%
* KDNK negara adalah lebih kecil dari Singapura bermula dari tahun 2009, kali pertama dalam sejarah ianya belaku
* 325 Billion ringgit wang Petronas diambil antara tahun 2007 - 2010. Ini bermakna purata sumbangan Petronas setahun adalah 81.25 billiion setahun
* 53.3% adalah kadar hutang negara berbanding KDNK dalam tahun 2009, melonjak naik berbanding kadar 35.1% dalam tahun 1998
* 3 kali ganda peningkatan perbelanjaan kerajaan yang ditampung oleh wang petronas dan hutang, dari RM68 billion - 1998 kepada RM214 billion pada 2010.

# UBAH SEKARAN, SELAMATKAN MALAYSAIA.

dinyatakan contoh pembaziran dan ketirisan dan rasuah yang diamalkan oleh UMNO / BN

1- Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Pahang, Roslan Zainal yang mewakili Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man telah menyerahkan laporan memohon diadakan siasatan segera itu kepada Penolong pengarah SPRM Pahang Cawangan Temerloh Abdul Malik Mohd Yusof. Khusus berkaitan dengan Laporan Audit untuk rumah Rehat Bentong.

" Dalam Laporan Ketua Audit Negera tentang pemasangan papan tanda tandas di rumah rehat Bentong di tuntut dengan harga RM871 sedangkan Audit menjelaskan harga pasaran barangan tersebut hanya pada berharga RM65. Bagitu juga dengan set sofa yang nilaian harga pasaran cuma berharga RM990 dan telah dituntut pada harga RM3530. Juga mengejutkan harga set lampu pada harga pasaran RM9200 tapi telah dituntut terlalu tinggi sehingga bejumlah RM38700, dan banyak lagi item lain " jelas beliau.

Turut mengiringi ialah Penasihat Undang-undang PKR Pahang Ahmad Nizam Hamid, Setiausaha Penerangan PAS Pahang Hashim Abdullah, Timbalan Ketua Cabang PKR Temerloh Abdul Kadir Abdul Manap serta kira-kira 30 orang penyokong.

2- Lagi satu kes pembaziran yang diamalkan oleh kepimpinan negara ialah kesukaan mereka " melancung " sambil bertugas ke luar negera. Pendedahan ini di nyatakan sendiri dalam sidang dewan negera Melalui jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, jumlah bagi menaja lawatan Perdana Menteri dan pegawai kerajaan adalah sebanyak RM8,724,895.91, sehingga masa kini. YB Nazri turut menjelaskan Perdana Menteri telah mengadakan 42 lawatan rasmi ke beberapa buah negara antaranya termasuk Vietnam, Amerika Syarikat dan Jepun dari 5 hingga 22 April tahun ini yang menelan belanja RM2,094,635.39. Lawatan kedua Najib ke Amerika Syarikat pada 20 September hingga 9 Oktober berjumlah RM1,043,923.85.

Senator Syed Husein dalam pembentangan di lobi parlimen mengesahkan sejumlah tempoh perkhidamtan beliau DSN dari 3 April 2009 - 9 November 2010 berjumlah 588 hari dan beliau keluar negera pula hampir separuh dari bilangan hari tersebut iaitu 274 hari. Jadi perbelanjaan yang dinyatakan oleh YB Nazri amat mengecewakan sekali dan apakah hasil lawatan tersebut mencapai cita-cita dan hasrat rakyat?

Seterusnya, Syed Husin turut mendedahkan program 3 hari Summit First Lady yang dipengerusikan oleh isteri perdana menteri, Rosmah Mansor pada Oktober lalu yang menelan kos RM4,498,949.99.

Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA