Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, December 24, 2010

BERMUAFAKATAN UNTUK KEBAIKAN BERSAMA

Pemilihan 2010, PKR dengan menggunakan perlembangaan baru yang berteraskan 1 Anggota 1 undi telah memberikan banyak pengajaran kepada semua pihak, terutama kepada Jawatankuasa Pemilihan, Ketua UMUM malahan Presiden sendiri, kesan ketara sekali " terkeluarnya " Zaid ibrahim dari PKR dan terus menerajui KITA dan bergelar Presiden.

Matlamat baik dan boleh dijadikan contoh, tapi tindakan " busuk hingga ke usus " ( kritikan Mahathir kepada UMNO kini ), komplain terlalu banyak tapi malang tindakan tidak diambil, tohmahan mengatakan adanya individu tertentu menentukan arah tuju pemilihan memang tidak dinafikan, berbicaraan untuk menyelesaikan komploian " langsung " tidak diambil pusing oleh pihak JPP. Akhirnya apa yang dirancang menjadi. Kesan cara langsung dalam pemilihan kali ini melihat bertambah matangnya daya fikir kepimpinan dan keahlian PKR itu sendiri. Sendiwara, kronis, setiakawan masih lagi ujud.


Sdr. Mustaffa kamil - mantan Pengerusi MPN - Ketua Cabang Pasir Salak
beliau di tandingi oleh Hj. Osman yang menyerahkan jawatan tersebut kepadanya, entah bagaimana beliau turut di saat-saat akhir penyerahan borang pencalunan, dan di dapati borang tidak lengkap dan tidak disertai dengan resip yuran lantas itu, borang ditolak oleh petugas pilihanraya, di bantah oleh wakil beliau ke JPP, tapi malang bantahan di tolak dan akhrinya Hj. Osman menang dengan majorit 11 undi - maka bermula episod untuk tidak " meletakkan " sdr. Mustaffa untuk pengerusi MPN

Hj. Osman - Ketua Cabang Pasir Salak, kini. Memang tidak dinafikan beliau adalah pengasas PKR di Pasir Salak, atas sebab kesihatan, masalah isteri beliau menyerahkan jawatan tersebut kepada Sdr. Mustaffa Kamil, pada waktu itu sebagai timbalan. Pada 2008 PRU12, Sdr. Mustaffa bertanding di Dun Sungai Manik dan Parlimen Pasir Salak. Mustaffa berjaya mengurangkan majoriti calun BN cukup membanggakan. Di DUN Sungai Manik BN hanya bermajoritikan 1000 lebih undi sahaja dan di Parlimen Pasir Salak cuma 2000 lebih.

Ura-ura Sdr. Mustaffa ingin menyaingi YB Azmin untuk jawatan Timbalan, Hj. Osman telah di jadikan orang perantaraan untuk memastikan Sdr. Mus kecundang di Pasir Salak dan sudah pasti ianya memberikan implikasi kepada rebutan jawatan timbalan. Hj. Osman mengesashkan beliau memang bekerja untuk YB Azmin.

Itu adalah sejarah kenapa MPN untuk Perak lambat dilantik oleh pihak Presiden. Walaupun hak perlantikan adalah ditangan presiden.

YB Hjh. Fauziah Salleh

Pemilihan Sdr. Mustaffa Kamil oleh Ketua-Ketua Cabang untuk menduduki kerusi Pengerusi MPN dengan majoriti 13-10 berkecuali 1, tidak dapat memberikan gambaran sebenar keadaan PKR di Perak. Lantas itu pihak biro Politik perlu mendapatkan mandat dari " grassroot " untuk perlantikan tersebut

YB Fauziah selaku Naib Presiden telah diberikan kepercayaan untuk tujuan " permuafakatan " kalangan kepimpinan di Perak. lantas itu pada 23 Dis. 2010 dengan setiap cabang di wakili oleh 5 orang Ketua/Tim/Naib/Ketua AMK/Ketua Wanita diberikan pengerangan betapa perlunya satu " konses ' diambil untuk jawatan tersebut. Perkara ini juga termaktub dalam perlembagaan perkara 16.6 perlu di gunakan untuk pemilihan jawatan tersebut.


Us. Zul - Cabang Tambun

YB Dr. Lee Boon Chye - MP Gopeng
juga turut memberikan pandangan, beliau adalah salah seorang dari calun Pengerusi MPN.

Kpt. Usailli Ketua Cabang Parit -
berhujjah melalui pengelaman untuk kebaikan bersama.


Sebahagian dari wakil-wakil cabang yang hadir untuk mendengar taklima dan sudah pasti membuat keputusan apa yang akan diperlakukan.

Sebagai kesimpulan dan bersetujuan secara bermuafakat, dan YB Fauziah juga bangga dengan persetujuan semua calun-calun yang dikemukakan akan dibawa ke peringkat Biro Politik dan semua pihak akan memberikan kerjasama untuk memastikan PKR memangi kerusi yang akan dipertandingkan serta membantu rakan-rakan dari gabungan Pakatan Rakyat untuk kemenangan pada PRU13 nanti. Majlis bersetuju Sdr. Mustaffa Kamil, Sdr. Dr. Mohd. Nor Manutty dan YB Lee Bong Chai di ketengah dan di perhalusi oleh presiden dan ketua umum untuk lantikan Pengerusi MPN Perak.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA