YAB, Sedih dengan keadaan pengurusan pentadbiran negara dan peranan istana dalam menangani masalah untuk rakyat.
Kelayakan Datuk Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK) negeri Selangor yang baru, mula dipertikaikan, antaranya ekoran 'kontroversi' yang melingkarinya. Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad (kiri) berkata, sikap Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu "yang seolah-olah ingin sabotaj" kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor selama ini hendaklah diambil kira.
Umno sudah penat dengan segala usaha untuk " menumbangkan " kerajaan PR di Selangor, semua usaha kearah " merosakan " kerajaan gagal sebaliknya memberikan kekuatan kepada PR. memang tidak dinafikan UMNO juga menggunakan khidmat beliau Khusrin pengarah ( Pengarah JAIS ) untuk tujuan tersebut. Contohnhya, beliau ( Khusrin ) melobi program Umno dijalankan di sebuah masjid di Taman Medan Ramadan lepas serta "engkar" keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dengan menimbulkan kontroversi lawatan ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching ke Surau al-Huda, Kajang. Dari seri rekod pula, ADUN Seri Setia itu berkata, Khusrin sekadar dalam gred Jusa C sebelum melangkah ke Jusa B untuk menjawat jawatan SUK yang bergred Jusa A.
Beliau yang juga ADUN muda PKR itu berkata, Khusrin juga sekadar menghabiskan tiga daripada 27 tahun perkhidmatannya sebagai pegawai tadbir dan diplomatik di peringkat persekutuan, selebihnya cuma berkhidmat di negeri Selangor. "Seolah-olah kelayakan Khusrin hanyalah sikapnya yang memang menentang Kerajaan Negeri yang diambilkira!" sindir Nik Nazmi. Mengulas berhubung pihak yang berhak melantik jawatan SUK - sama ada kerajaan pusat atau negeri - Nik Nazmi berkata perkara itu tidak timbul kerana Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor tidak menyebut kedua-dua pihak.
"Namun tindakan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan pelantikan Pengarah JAIS Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri Selangor hanya melalui memaklumkan Sultan tanpa memaklumkan Menteri Besar Selangor boleh dianggap melanggar protokol," katanya. Justeru, beliau berharap tiada pihak memainkan isu bahawa mempertikai pelantikan Khusrin sebagai antiistana. "Tindakan Datuk Seri Najib (Razak) yang mengheret KSN dan IStana Selangorlah yang wajar dipertikai," tambah Nik Nazmi.
Berkaitan dengan KSN, kini pegawai perkhidmatan awam sudah dapat menilai sejauh manakah laungkan agar semua kakitangan awam bekerja dengan penuh integriti dan profesional. Seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul, sedangkan beliau sendiri mengajar dan menunjukkan contoh yang `kurang ajar' dan `biadab', boleh lah dikatankan KSN hanya pandai bercakap tapi tau nak bikin.
" Di dalam isu perlantikan Datuk Khusrin, Pengarah JAIS ke jawatan SUK Negeri Selangor berkuatkuasa 01 Jan 2011, KSN sendiri membelakangkan Kerajaan Negeri Selangor yang dipilih oleh rakyat. Bayangkan jika pejabat MB sendiri tidak tahu menahu tentang perlantikan itu kerana tidak dimaklumkan lebih awal, jauh sekali untuk dibincangkan. Di mana sikap hormat menghormati yang ingin dibuat contoh kepada semua kakitangan awam? Di mana integriti dan tahap profesional beliau? tambah Nik Azmi Nik Ahmad.
Ketegasan yang komitmen YAB untuk " mengaduhal " kepada pihak istana memang dialu-alukan dan sudah sepatutnya tingkah laku UMNO sejak-sejak akhir-akhir ini cukup memalukan dan mengaibkan. Semua agensi kerajaan sudah digunakan untuk memastikan mereka " survive " pada PRU 13 nanti. Tindakan mereka juga menyulitkan kakitangan awam untuk bertugas untuk rakyat, PDRM, ATM, SPRM, SPR, Imegresyen, KSN, Jabatan Agama, kini terus di belenggu dengan " arahan tangan ghaib "
Ketegasan yang komitmen YAB untuk " mengaduhal " kepada pihak istana memang dialu-alukan dan sudah sepatutnya tingkah laku UMNO sejak-sejak akhir-akhir ini cukup memalukan dan mengaibkan. Semua agensi kerajaan sudah digunakan untuk memastikan mereka " survive " pada PRU 13 nanti. Tindakan mereka juga menyulitkan kakitangan awam untuk bertugas untuk rakyat, PDRM, ATM, SPRM, SPR, Imegresyen, KSN, Jabatan Agama, kini terus di belenggu dengan " arahan tangan ghaib "
No comments:
Post a Comment