Pagi ini 27 Disember 2010 bersamaan dengan 21 Muharram 1432, Masjid Lama, Masjid Jaizah mencipta lagi satu sejarah dimana salah seorang Imam dari Palastin Sheikh Mahmood Siyyam telah dapat meluangkan masa untuk bersama-sama dengan para jemaah menunaikan fardhu subuh dan memberikan sedikit kuliah subuh pada para jemaah.
Masjid Jamek Lama, ( Masjid Jaizah ) masjid wakap penduduk Kampong Gajah telah dirikan hampir satu abad dahulu. Kini Masjid ini terus menjadi tumpuan untuk Majlis Ilmu. Walau pun masjid ini sudah tidak digunakan untuk sembahyang Jumaat tapi kini ianya menjadi tumpuan untuk majlis ilmu.
Para hadiran di dedahkan segenap pelusuk kesengsaraan yang di lalui oleh masyarakat Palestin di bumi mereka sendiri, dari alam bayi sehinggalah mereka " bercinta " dengan muncung sejata. Kekejam regim Zionis memang tidak ada nilainya, tidak ada tolak bandingnya lagi. Kezaliman mereka terserlah di mana hingga menyebabkan masyarakat Paletin " perlu " menyembunyikan diri di bawah tanah.
Kekuatan mereka yang di taja oleh Amerika dan tidak sehaluannya negara-negara Arab juga menyebabkan dan memastikan penderitaan Palestin. Dengan kelengkapan yang " up to date " mereka menyerang di segenap pelusuk bumi Palestin. Kekuatan umat Palestin hanya kepada ketaqwaan, ke imanan, permuafakatan serta susunan saf yang jitu untuk menghadapi serangan regim tersebut.
Pergesaran antara Hamas dan Fatah yang berlainan cara untuk kemerdekaan juga menjadi isu perjuangan. Hamas berjuang untuk kemerdekaan dengan senjata tapi Fatah lebih cenderung cara sirkular. Dalam perjuangan ini, yang menjadi mangsa ialah kanak-kanak, orang dewan dan wanita, kerana perjuang Hamas sentiasa menyusun strategi dari tempat sembunyi mereka.
Pendapat Palestin tertumpu kepada sumbangan dari seluruh masyarakat dunia, dan termasuk Malaysia sendiri di bawah " muasasah Alagsa " sumbangan kewangan, dari sumbangan tersebut mereka menukarkan barangan keperluan dari rakan-rakan sekeliling Pelastin itu sendiri. Selain dari itu mereka juga bercucuk tanam untuk keperluan mereka sendiri.
Proses pembasaran kanak-kanak hanya dengan hidup cukup sederhana, tapi diri mereka ditanam dengan semangat yang kuat untuk mempertahankan negara dan tanahair mereka. Peranan dan tugasan ini di ambil alih oleh orang dewasa dan para ibu-ibu, kerana lelakai dewasa sentiasa di medan perjuangan.
Masyarakat Pelastin tidak ramai, malahan mengikut statistik ianya cuma tidak sampai pun 10 juta umat nyawa yang ada dan taburan mereka juga tidak menentu iaitu di Gaza serama lebih 1.5 juta nyawa, di utara pula seramai lebih kurang 2.5 juta dan rakyat Palestin yang berada dalam cengkaman zionis, tidak dapat diberikan angka yan sebenarnya, dan nasih malang mereka pula tidak dapat bersama-sama dengan rakan sanak saudara untuk berjuang kerana sekatan yang diberikan oleh pihak zinonis.
Sama-samalah kita berdoakan moga-moga kekuatan mereka yang diredhai oleh Allah untuk meneruskan perjuangan demi tanahair dan agama, dan di pohonkan agar seluruh umat Islam seluruh dunia dapat memberikan bantuan kepada mereka. Amin.
Sama-samalah kita berdoakan moga-moga kekuatan mereka yang diredhai oleh Allah untuk meneruskan perjuangan demi tanahair dan agama, dan di pohonkan agar seluruh umat Islam seluruh dunia dapat memberikan bantuan kepada mereka. Amin.
No comments:
Post a Comment