Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, December 23, 2010

JIN DI ARAHKAN UNTUK MEMUSNAHKAH DSAI


Sejarah menyaksikan mantan PM Malaysia Dr Mahathir dan Mantan PM Singapura yang kini menjadi Menteri Mentor Lee Kuan Yew sering berlainan pendapat, tuding menuding dan berlumba-lumba demi menunjukkan siapa yang hebat.


Begitulah lagak mereka berdua sepanjang zaman mereka memerintah dan bersara. Tapi atas nama Anwar Ibrahim, seolah-olah mereka berdua melupakan dulu "peperangan" mereka untuk bersama menyerang manusia yang bernama Anwar Ibrahim.


Walaupun berlainan tanggapan terhadap Anwar. Seorang mengatakan "masuk perangkap" dan seorang lagi dengan "rela hati" . Keduanya mempunyai mempunyai "nilai tambah" kepada UMNO untuk menyerang Anwar.


Menjelang Mac 2011( ramalan PRU ke 13), semakin ramai individu yang bakal digunakan UMNO bagi menyerang Anwar. Bermula dengan Ezam, Nalla, Zaid Ibrahim, Zulkifli Nordin dan terkini Ummi Hafilda. Dari luar negeri pula Lee Kuan Yew, Wikileaks, CIA, Agensi Perisikan Singapura dan Australia juga tidak ketinggalan.

Itu belum campur serangan media Tv3, RTM, Utusan dan NST setiap hari. Berita " wajah hodoh" Anwar suatu yang wajib untuk disiarkan atas arahan PMNajib. Semakin banyak penyelewengan yang dibongkarkan oleh Anwar semakin banyak individu diketengahkan untuk menghentam Anwar.


Nampak sangat PMNajib mengalami sindrom "menggelabah yang melampau" untuk menghadapi Anwar dan Pakatan Rakyat. Semua ini seolah-olah bentuk "penyiksaan" terhadap Anwar sebelum dihumban dalam penjara.

Skrip sudah siap!

1 comment:

  1. Kesian nasib rakyat M'sia kerana diperintah oleh Jin. Kalau jin baik takpe juga, ni jin afrit.

    Nasib, nasib...

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA