KUALA LUMPUR 27 Dis [3.25 pm] - Nampaknya, kontorversi melibatkan Felda bakal meledak kembali apabila bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan pemimpin UMNO BN yang pernah dikenakan tindakan penggantungan akibat terlibat dengan rasuh ketika Pemilihan UMNO iaitu, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (foto) dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang baru berkuat kuasa pada 1 Jan 2011. Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini, pelantikan itu dibuat berdasarkan keyakinan kerajaan terhadap kemampuan Mohd Isa untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang dan efektif. Mohd Isa menggantikan Tan Sri Dr Mohd Yusoff Noor yang dilantik sebagai Penasihat kepada Menteri yang bertanggungjawab ke atas FELDA. Pelantikan ini berkuatkuasa pada 1 Jan 2011. Menurut kenyataan itu, Perdana Menteri mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Mohd Yusoff di atas perkhidmatan beliau menerajui Felda bermula dari 1 Julai 2001 hingga 31 Disember 2010. Soalnya, kenapakah Isa Samad yang sudah sah terlibat dengan rasuah itu dilantik sebagai Pengerusi Felda?. Bukankah rakyat terutamanya peneroka Felda kini sedang melihat apa yang berlaku kepada agensi itu sejak berita "Felda Bankrap" dihebohkan sebelum ini. Kini, UMNO BN mencipta sejarah "malang" buat Felda apabila melantik "pemimpin kotor" untuk menerajui agensi tersebut. Jika dulu, Dato' Md Bakke Salleh, salah seorang pemimpin yang dikatakan menjadi punca Felda merudum dilantik selepas merosakkan imej Bank Islam dan Tabung Haji. Kini, Isa Samad yang sudah jelas "terang lagi bersuluh" diangkat ke jawatan itu. Apakah sudah tiada pemimpin lain yang lebih bersih untuk menerajui Felda?.
Eshan : Pahang Daily Online
No comments:
Post a Comment