- Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
- Mengarahkan Khazanah Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuh raya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuh raya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.
- Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat
- Menghargai peranan guru sebagai pendidik bangsa dengan menaikkan memperkenalkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang
- Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan
- Menyediakan perkhidmatan internet wifi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa Bandar
- Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda
- Menaikkan royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak kepada 20 peratus
- Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi memulihkan sistem kehakiman
- Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah
APAKAH ANDA MASIH LAGI TIDAK BERMINAT DENGAN SLOGAN INI? ATAU ANDA AKAN BERTERUSAN DENGAN " DULU, KINI DAN SELAMA-LAMANYA? TANYA DADA BUAT LAH PERUBAHAN.
No comments:
Post a Comment