Keputusan PMR 2010 baru sahaja keluar. Pak Menteri dan Pak General Direktor kementerian semuanya suka-suka dengan keputusan yang diperolehi oleh pelajar-pelajar. 7% pelajar mendapat semua A dalam mata pelajaran yang diambil peperiksaan. 30,863 daripada 439,456 mendapat semua A.
Yang mendapat semua E juga menurun. 386 pelajar PMR 2010 mendapat semua E dalam mata yang diambil peperiksaan. Apa yang akan berlaku kepada pelajar itu, wallahualam.
Namun, ada kemusykilan yang hendak diketengahkan disini, apakah nilai markah untuk mendapatkan A pada PMR bagi tahun 2010? Adakah markah itu mengikut piawaian ataupun markah itu telah diturunkan agar keputusan PMR kali ini adalah keputusan untuk kempen pilihanraya umum?
Hanya guru-guru yang mengajar sahaja yang mengetahui tahap kepandaian anak muridnya. Adakah guru-guru merasai bahawa pelajar-pelajar tingkatan 3 tahun ini layak diberi pujian menggunung oleh Kementerian Pelajaran atau ianya hanya laungan-laungan kempen politik kepartian agar menjadi bahan kempen PRU 13?

No comments:
Post a Comment