Pada hari ini 31 mac 2010, DUN Perak mengadakan persidangan hari keduanya untuk penggal ke 3 ini. Sudah tentu, apa yang disangkan akan berlaku, apa tidaknya kerana mahkamah hanya memberikan keizinan kepada YB Zambry sebagai MB tapi sebaliknya jawatan speaker masih lagi tergantung antara Siva dan Ganesan.
Permasalan ini di jadikan kayu ukur oleh YB dari PR untuk memberikan protes kepada persidangan, dengan itu sudah pasti pihak Zambry akan menggunakan kuasa polis untuk memastikan perjalanan persidangan lancar. Keadaan bertambah " huruhara " apabila wakil PR dari Sitiawan Nge, mereka menjerit marah, mereka membaling nota kecil kepada speaker. DUN di kawal oleh pengawal berpakaian biru, walau pun sepatutnya DUN di kawal oleh Bentara, tapi akhirnya Bentara dapat menenangkan sedikit keadaan.
Dari keadaan sebagini, apakah wakil rakyat, baik dari kerajaan mau pun pembangkang, BN mau pun PR sedar bahawa mereka ke persidangan DUN untuk mengambilkan hak rakyat, membentuk dan mengujudkan keharmonian, memastikan pembelaan kepada rakyat, tapi kini, wakil kita di DUN tidak lagi memikirkan keperluan rakyat tapi memastikan bagaimana kepimpinan dan kuasa masih di kuasai oleh mereka.
Zambry mau pun Nizar, berfikirlah untuk rakyat, berfikirlah bagaimana susah rakyat untuk meneruskan perjuangan hidup, bagaimana untuk menyara keluarga. Tapi YB yang dipilih hanya berseronok dengan penghidupan mewah. Lihat bagaimana sengsaranya nelayan di Manjung, kebetulan kedua-dua mereka dari daerah yang sama.
Apakah tindakan kedua-dua YB ini betul? memberi faedah kepada rakyat? memperjuangkan nasib rakyat? ini semua mereka saja yang mampu menjawabnya.