Sidang parlimen yang sedang berlangsung kini penuh dengan arahan dan amaran serta pendedahan demi pendedahan, semuanya ini untuk kepentingan politik mereka yang berkenaan.
DSAI dengan secara selamba memberikan butiran khusus penglibatan APCO di Malaysia, peranan dan tanggongjawab yang di amanahkan oleh kerajaan Malaysia kepada badan ini.
DSAI dengan secara selamba memberikan butiran khusus penglibatan APCO di Malaysia, peranan dan tanggongjawab yang di amanahkan oleh kerajaan Malaysia kepada badan ini.

Isu ini timbul bila mana DSAI membahaskan ucapan terima kasih agung semasa merasmikan persidangan parlimen kali ini. DSAI menyatakan apakah peranan yang di mainkan oleh APCO dalam proses pemerintahan dan peranan dalam pelaksanaan 1m ( gambar atas ), kaitan antara APCO ( syarikat yang beralamat di amerika - tapi bertindak sebagai penasihat kepada Isreal ) juga telah bertugas di Malaysia dan ada pejabat di Kuala Lumpur.
Kelantantangan DSAI ini telah memberi kesan kepada ramai MP khusus dari BN yang tidak senang termasuklah Kota Belud. akhirnya mereka memaksa DSAI memberikan penjelasan dalam tempoh 7 hari untuk memberikan penerangan selanjutnya. DSAI seperti biasa, kalau tak ada angin masakan pohon bergoyang, kalau kail panjang sejengkal jangan lautan dalam nak di duga. DSAI bersetuju dan pada Selasa depan penjelasan akan diberikan.

Bukan setakat itu, di sebalik 7 hari untuk DSAI rupa-rupanya DSN juga diberikan tempoh yang sama untuk memberikan penjelasan berkaitan dengan " royalti minyak ", tapi belum apa-apa pihak speaker cuba tak nak beri laluan, Datuk Wan Junaidi Tim. Speaker. Beliau telah memberikan alasan untuk menyemak dan kesesuain persoalan yang ditimbulkan oleh Salehudin Ayub perlu di perjelaskan oleh pihak DSN.
Kini Najib juga dalam keadaan bermasalah walau pun dalam ucapan Agong DSN dan isteri telah menerima pujian dan " kredit " dalam pentadbiran negera. Semua orang tahu teks ucapan Agong di buat oleh pihak kerajaan, dan siapa ketua kerajaan. Jadi pujian itu adalah pujian yang dibuat oleh pihak kerajaan untuk ketua kerajaan cuma di baca oleh Agong sahaja. kata pepatah Melayu tidakan sebagini " masuk bakul angkat sendiri "
No comments:
Post a Comment