Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM120 - RM150 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, March 20, 2010

SIAPA MAKAN LADA MESTI RASA PEDASNYA


Peristiwa dan tragedi yang berlaku kepada DSAI yang dimulakan oleh Bayan Baru nampaknya lebih memberikan satu " perjuangan " kepada rakan-rakan PKR, selain mereka yang di kaitkan nama dengan peristiwa 16 Sep. kini perilaku beberapa ahli UMNO dan ada yang berjawatan menteri di dedahkan oleh shariddin MP Macang yang juga Setiauaha Agung PKR.

Khairi meludah, tapi malang ludahan beliau terkena pada batang hidung nya sendiri, beliau mengaitkan ada kalangan MP yang kaki botal, kaki judi, tapi rupa-rupanya Macang adalah maklumat yang lebih detil dan sanggup dan bersedia untuk membuat kenyataan di luar dewan. Juga akan memaklumkan keadaan yang sebenarnya.

MP Pasir Salak, gambar bawah adalah salah seorang MP yang tak senang duduk apabila senerio dan tingkah laku MP ini didedahkan. Perangai buruk MP ini memang dari
dulu lagi sudah diketahui orang, beliau juga pernah di tangkap berjudi di Genting Highland semasa menjawat jawatan KP Pasir Salak awal 90an dulu. Tingkah laku dan gaya ucapan dan lengkok berjalan semuanya melambangkan keegoaan beliau. Kini setelah menjadi MP dan diberikan amanah untuk mengetuai Felcra, beliau berlagak macam orang yang tahu banyak berkaitan dengan pertanian, tindakan dan keputusan beliau langsung tidak boleh disanggah, pegawai Felcra perlu buat apa yang diarahkan.

" TYDP : Sudah lah Pasir salak, Pasir Salak duduk dahulu, Rembau, Rmbau duduk dahulu, saya pun mahu dengar apa yang Machang nak cakap." tegoran TYDP di parlimen semasa YB Macang menyampaikan ucapan. itu sendiri melihatkan betapa egonya beliau, kalau tak buat kenapa perlu marah, kalau tak melakukannya kenapa perlu kelamkabut?

Budaya hidup mewah, tidak sedarkan diri, menggunakan wang rakyat, menyalahgunakan kuasa memang sudah menjadi darah daging kepada kepimpinan negara yang ada pada masa ini. Kalau tidak tak mereka boleh hidup mewah, lihat sahaja bagaimana beza Antara MB Kelantan dengan MB dari kerajaan BN / UMNO, kereta mewah bukan satu, atau dua, atau tiga tapi tak sepatutnya ada dan dimiliki oleh mereka, kerana kita tahu banyak mana sangat pendapatan mereka sebagai MP.

Pendedahan salah laku ini amat di perlukan dan laporkanlah sebanyak mana yang mungkin dan sekali-sekala laporkan juga dari wakil PR ( jika ada ) kalau belum tertangkap elok-eloklah bertaubat dan jadi disiplin diri.











0 KOMEN:

Post a Comment

Entri Terdahulu...

Powered by Blogger Widgets

Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA