Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM120 - RM150 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, March 25, 2010

LGE - SPR IKUT APA KATA YAB PM


Pendedahan Lim Guan Eng, mengapa dan kenapa SPR menolok pilihanraya PBT khusus untuk Pulau Pinang dan Seberang Perai telah menampakkan kepada kita seluruh rakyat Malaysia bahawa kini jelas negera sedang menuju ke arah pemerintahan yang lebih " diktator " dari diktator.
Pejelasan tersebut memang memberikan satu ilmu baru kepada rakyat, di mana kita selaku rakyat Malaysia yang selama ini " buta " undang-undang, buta perlembagaan, buta akta kini mula tahu, dari kes PPSMI, kes Ketuanan Melayu, masyarakt dah tahu nak sebut perkara 153, 152 dalam perlembangaan, kini Lim Guan Eng pula menterjemahkan kepada kita Perkara 113 ( 4 ) khusus berkaitan dengan kuasa kerajaan negeri yang mana boleh menyerahkan tugas tugas kepada SPR untuk mengadakan piliharan raya.

Implikasi PRU12 kini memcerdikkan rakyat Malaysia, tapi UMNO terus menjadi " bodoh " dalam kumpulan mereka sendiri. Sentiasa menyokong apa yang salah, bukan memberikan khidmat nasihat kepada yang melaksanakan kesalahan tapi sebaliknya menyokong. Selain dari peminat dan pengikut UMNO, badan kerajaan yang sepatutnya berkecuali juga turut besekongkol dengan apa kata kepimpinan UMNO.

Jelas dalam kes ini, permohonan Pulau Pinang dinafikan oleh YAB, YAB PM menyarankan agar tidak diadakan piliharaya di peringkat Kerajaan Tempatan. pandangan YAB PM ini di ambil oleh SPR, kerana untuk mengadakan pilihanraya SPR berkuasa untuk menjalankan tugasan tersebut. Sepatutnya SPR badan bebas dan bergerak dan bertindak mengikut perlembangaan, perlembangaan adalah tiang seri kepada sesebuah negera. Inilah SPR, kerana SPR juga kini sentiasa memainkan peranan untuk memastikan keadaan kepimpinan UMNO / BN dalam keadaan yang " selesa ", SPR sudah hilang intrgriti kepimpinan.

Betul kata LGE. mampukah SPR melawan kehendah " big boss ?"

Untuk itu RUKUN NEGARA perlu di pinda, jangan di jadikan replika untuk menutup kelemahan yang dilakukan " KELUHURAN PERLEMBANGAAN " tercatat sebagai salah satu tiang seri dalam Rukun Negera, apakah ianya menjadi ikutan atau pun panduan dalam pembinaan negera? kalau sudah tidak diikuti elok di tong sampahkan RUKUN NEGERA tersebut.

Rakyat makin hari makin matang, makin tahu dan akan terus mencari kelemahan dan tatasusila yang kurang sopan di laksanakan oleh kepimpinan yang ada.

0 KOMEN:

Post a Comment

Entri Terdahulu...

Powered by Blogger Widgets

Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA