Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM120 - RM150 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, March 30, 2010

MELAYU TERUS TERTIPU DAN DITIPU OLEH MELAYU

LGE : kemana hilangannya 54billion Saham Bumiputra
yang kini hanya tinggal sejumlah 2 billion sahaj.
LGE: saya menentang BN bukan benci Melayu



Kini satu lagi pendedahan yang perlu diambil tindakan oleh semua pihak, terutama mereka yang memperjuangkan hak ketuanan Melayu, mereka yang merasakan orang Melayu perlu senentiasa di bela. Pendedahan dari Lim Guan Eng, adalah satu pendedahan yang ada kaitan dengan satu pelaporan yang dibuat oleh PM sendiri

" Dalam laporan itu Najib dipetik sebagai berkata, “daripada RM54 billion saham yang diperuntukkan, hanya tinggal RM2 billion yang masih dipegang oleh bumiputera.”

Kesimpulan yang nyata ialah, ungkitan dan pertanyaan yang dibuat oleh LGE adalah untuk memastikan hak orang Melayu di bela dan sentiasas diuruskan dengan terbaik mungkin. Di waktu inilah kita perlu melihat sendiri di mana letak dan pendirian yang dimainkan oleh pejuang Melayu. Dimana Perkara, di mana Pemuda UMNO di mana lain-lain organisasi yang sentiasa memfitnah dan membuat laporan kepada pihak polis khusus berkaitan dengan salah laku DSAI.

Tindakan segera oleh Pemuda UMNO dari semua Bahagian, tindakan Perkasa dari semua negeri perlu segera, buat laporan polis berkaitan dengan pendedahan tersebut, jika pendedahan tersebut tidak benar satu fitnah, satu propaganda untuk memburuhkan PM saman jangan tak saman, tapi jika benar beri amaran kepada PM dan kepimpinan UMNO kenapa dan mengapa ini boleh berlaku di mana dan bagaimana wang sejumlah itu dibelanjakan.

Apakah ini yang dikatakan menjaga ketuanan Melayu, kalau ini benar apa nak jadi dengan pemimpin Melayu yang diamanahkan menjaga orang Melayu, kalau Sanusi Junid semasa memimpin MAYC dulu pernah melakarkan lagu WARISAN, antara lirik tersebut ialah " anak kencil main api terbakar diri sendiri ......................... bumi sendiri dipijak orang " Dato Sanusi kini jelas apa yang dilagukan, apa yang dilirikkan sedang menjadi kenyataan.

Ayuh, PERKASA, Pemuda UMNO, PERPADUAN Melayu, angkat senjata, angkat keris, jumpa dengan LGE. Jika benar kata-katanya buatkan pembetulan jika satu fitnah saman dan hukum dengan semaksima mungkin. Jangan kita berani untuk menghukum sebelah pihak sahaja.
Agenda Daily juga tidak melaporkan perkara tersebut.

Saham yang diperuntukan 54bilion kini hanya tinggal 2bilion saja.

0 KOMEN:

Post a Comment

Entri Terdahulu...

Powered by Blogger Widgets

Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA