Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, March 21, 2010

DSAI - " KELUHURAN UNDANG-UNDANG HANYA UNTUK PEMBANGKANG


DSAI ceria bersama
Jeremy Corbyn - MP Islington North dari Parti Buruh




Satelah Persidangan Parlimen di rasmikan oleh Agong dan DSAI selaku ketua pembangkang telah mengulas hampir 3 jam, dengan merangkumi semua aspek, hinggakan pujian Agong terhadap PM dan isteri juga menjadi isu, kerana sebelu ini kesemua 5 PM yang lepas tidak pun terkeluar kata-kata pujian dari Agong terhadap Mereka, kalau nak diikut kan jasa, Tunku ABdul Rahman bergelar Bapa Kemerdekaan, Tun Razak Bapa Pembangunan, Tun Hussein bapa kepada Hishamuddin, Tun M bapa Mukhris dan Tun Dollah hanya kurang 5 tahun dan Najib baru 2 tahun telah mendapat rakaman tahniah dari Agong - memang hebat Najib dan Rosmah, Semua kerja buatnya betul dan tidak perlu di pertikaikan lagi - Tahniah Najib kepimpinan mu di sanjung oleh anak bangsa, dan rakyat Malaysia, slogan 1M DSN juga menggambarkan kebenaran di Malaysia.

Tapi, keseronokkan berhujah DSAI telah di " padamkan " oleh MP Bayan Baru, beliau melaporkan apa sebenarnya yang terjadi dengan perancangan 16 Sep. 09, pendedahan beliau telah memaksa KPN mengeluarkan " arahan " jika ada laporan ( report ) berkaitan dengan pertuduhan tersebut Polis akan melakukan siasatan.( Tajuk utama Berita Minggu 21 Mac 2010 )
Lantas dan cepat seperti kilat 2 negeri Pemuda UMNO Selangor dan Wilayah Persekutuan terus mengambil tindakan atas " arahan " tersebut dan mungkin kini pihak PDRM yang di terajui oleh Musa Hassan sudah pun menyediakan kertas perancangan untuk menangkap dan menuduh DSAI berkaitan dengan salah laku tersebut. sdr. Suhaimi Ghazali dari Selangor dan Sdr. Rizalman Mokthar dari WP mendahului rakan-rakan pemuda dari negeri-negeri lain.
Selain dari kedua-dua pemuda tersebut, menteri PKK Dato Seri Rais Yatim juga mencadangkan kepada jawatankuasa Khas Dewan Rakyat juga menyiasat pembohongan DSAI dalam penggunaan Agong dan ATM dalam perancangan tersebut.

DSAI kini bersama-sama Jeremy Corbyn - MP Islington North dari Parti Buruh ) gambar atas berada di London dalam usaha peringkat internasioal untuk meraih simpatan untuk pengguguran pertuduhan kes liwat 2nya.

Kenapa perlu bantuan luar? sendiri mau tau....


No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA