Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, March 26, 2010

PEMIDATO BN DI PRK HULU SELANGOR

Satu gabungan mantan YB dari PKR yang telah membakar jambatan dan kini bertindak sebagai MP " independence " di parlimen.


Dari kiri YB Mohamad Zaharin MP Bayan Baru, YB Zulkifli Nordin MP Kulim Bandar Baru, YB Mohsin Fazly Shamsuri MP Bagan Serai dan YB Tan Tee Beng MP Nibong Tebal.


Sepanjang persidangan dewan sehingga hari ini, hanya 2 MP yang menggunakan pembesar suara untuk menyatakan sesuatu yang berfokuskan kepada bagaimana untuk mengaibkan PKR khususnya DSAI. YB Zahrin telah menamakan MP dari BN yang bercadang untuk menyertai PR tapi malang bagi beliau kerana setakat ini bidasan dari YM Ku Li dan Ghaffur telah menafikan malahan beliau sendiri mencabar kesahihan kenyataan MP Zahrin. Bagi Zulkifli pula di cabar untuk menamakan orang ketiga dalam isu PM Najib dengan Altantuya.


2 MP lagi, masih belum membuka apa-apa rahsia kenapa perlu mereka meninggalkan kem PKR, cuma yang di maklumkan kedua-dua mereka memerlukan sedikit belanja dapur untuk meneruskan penghidupan harian.


Setelah kematian MP Hulu Selangor, sudah pasti tenaga dan buah fikiran mereka ini akan diperlukan, sudah tentu banyak isu-isu yang akan di dedahkan untuk memastikan kemenangan mudah kepada BN nanti.


Kalau kita amati, hujah di parlimen kini sudah berubah dari memperjuangkan nasib bangsa, mereka lebih mementingkan " menelanjangi " musih politik masing-masing. Ini melambangkan integriti ahli palimen masa kini tidak peka dan tidak tahu tanggongjawab mereka, mereka lebih mementingkan poket sendiri dari memastikan rakyat di dahulukan.


Tingkah laku mereka sudah tidak melambangkan aspirasi 1M di mana " rakyat di dahulukan "



No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA