Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, March 21, 2010

16 SEP, ANWAR AKAN DI SIASAT

Negara kini sedang dan terus bergelumung dengan tindakan yang tidak profesional dan pilih bulu, ini jelas dibuktikan dengan tindakan KPN Tan Sri Musa Hasan di mana melaporkan akan menyiasat kerja buat DSAI berkaitan dengan pendedahan MP Bayan Baru berkaitan dengan perancangan 16Sep. 09. Ibu pejabat KPN, akan bertindak jika ada laporan dari mana-mana pihak berhubung dengan dakwaan tersebut.

Sehubungan dengan itu, terserlah kini:

SEPANG: Pemuda Umno Selangor hari ini membuat laporan polis berhubung pendedahan Datuk Seri Zahrain Hashim di Parlimen berhubung pembohongan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan isu 16 September. Laporan polis itu dibuat Ketua Pemuda Umno Selangor, Suhaimi Mohd Ghazali di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, di Salak Tinggi kira-kira jam 9.50 pagi tadi.

Dengan laporan tersebut dengan tanpa membuang masa sudah tentu PDRM dengan diketuai oleh Musa Hassan akan melaksanakan tugas tersebut dan sudah pasti selepas ini ada kalangan merea yang turut memastikan DSAI bersalah. Cuma apakah pelaporan dan pembentangan di Parlimen dibolehkan untuk di jadikan isu dalam satu-satu pelaporan? yang ini biarlah pihak tertentu yang menyediakan maklumat masing-masing.

Apa yang menyedikah, setiap pelaporan yang dibuat tampa arahan untuk Tragedi Altantua, tragedi Kapal Selam Scorpeon sampai waktu ini pihak polis lansung tidak ada maklumat dan lansung tidak melaksanakan tugasan untuk menyiasat. Tapi yang sedihnya jika satu-satu isu untuk pihak pembangkang pihak polis sanggup mengeluarkan arahan untuk membuat laporan kerana dengan adanya laporan baru polis boleh mengambil tindakan.

Apakah kini negera kita sudah tidak demokrasi atau negera kita sudah di kongkong untuk kepentingan gulongan tertentu sahaja. Dimana letak dan peranan Rukun Negara yang menjadi tunjang pegangan serta dimana letaknya " Keluruhan Perlembangaan " yang termaktub tersebut. Atau adakah kesemua pemimpin negera ada kekebalan dalam urusan ini? Biarlah rakyat menjawabnya menjalan PRU13 nanti.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA