Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, March 19, 2010

16 SEP. 8 MP AKAN SAMAN ZAHRIN



Laluan berucap di perasmian persidangan parlimen kali ini telah digunakan sepenuhnya oleh YB Bayan Baru. ( Gambar atas ) Ucapan yang menjurus kepada pendedahan dan menelanjangkan DSAI amat memalukan sekali. Inikah yang dikatakan kawan, adakah masa akan datang setiap perancangan dalam parti tidak boleh di ketahui oleh semua ahli, kerana ahli parti khususnya PKR tidak setia dengan perjuangan, ada masa sokong ada masa lawan, jadi apa yang dirancang akan didedahkan semasa sudah tidak menjadi kawan.

Sikap yang ditunjukkan oleh YB Bayan Baru - sungguh memalukan, kini beliau akan menghadapi ujian yang penuh getir dan akan menghadapi berbagai-bagai masalah, beliau telah melaporkan apa yang tak mungkin terjadi dalam perancangan DSAI untuk kejayaan 16 Sep.

Beliau telah mengaitkan institusi istana, ATM dan beberapa orang MP dalam ucapan beliau, adakah semua mereka yang terlibat dalam pendedahan tersebut akan berdiam diri, mungkin mereka juga nak jaga hati bos, kalau tidak masa depan akan gelap, mungkin tak dapat pencalunan sebagai Wakil Rakyat lagi. Nama-nama seperti Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan), Datuk Seri Anifah Aman (BN-Kimanis), Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan), Datuk Chua Soon Bui (Bebas-Tawau), Datuk Eric Majimbun (Bebas-Sepanggar). Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat), Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (BN-Jerantut), Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang), seorang timbalan speaker juga dikatakan akan menyertai PKR.

Kini hanya bekas Panglima ATM Jeneral Tan Sri ABd. Aziz Zainal Khamis membuat penafian kepada andaian tersebut. Apakah muslihat YB Bayan Baru ini, betul ke DSAI ada menyatakan perkara tersebut? kita tunggu dan lihat lah nanti.

Kini Zahrain akan menghadapi ujian yang lebih getir lagi, DSAI akan lepas tangan, Zahrin terperangkap dengan kehebatannya sendiri. Kita tunggu apa yang akan terjadi nanti. Speaker juga seolah-olah inginkan Zahrin di perangkap dengan ucapan beliau, ini jelas di mana apakala Zahrin menyebut nama ATM dan Istana negera, beliau terus memberikan laluan untuk Zahrin terus berucap. Speaker juga 5 x 2 dengan yang lain, semua sudah tidak akur dengan tugasan dan amanah yang dipikul, sudah tidak berlaku adil dalam pengendalian mesyuarat.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA