Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, June 30, 2009

ANTARA PERTH DAN KUALA LUMPUR

salah hormat dan penoh takzim, berkat dengan doa engkawan, sekembali dari Perth alhamdulillah serangan selsema babi setakat scaning di airport selamat, walaubagaiman pun edah 7 hari perlu di lalui, kerana simpton deman dan batuk-batuk adalah pratanda adanya jangkitan tersebut.

selama 5 hari 4 malam berada di Perth, banyak pengelaman cara hidup masyarakat di sana dapat di pelajari, pada ketika ini, malam lebih panjang dari siang, waktu sama dengan Malaysia tapi masuk waktu sembahyang lebih awal, zohor pada jam 12.30 pm dan seterusnya, waktu niaga di hadkan jam 5.30 petang sahaja. Waktu ini juga matahari sudah terbenam dan waktu maghrib dah masuk.

bagaimana agaknya kerajaan di perth memerintah? kerajaan boleh bagi bas percuma untuk mengelilingi bandaraya Perth, 3 laluan disediakan, bas warna mereh, kuning dan hijau untuk digunakan oleh semua penggunaan ke laluan yang disediakan. kalau nak melihat sekitar Perth, naik aja bas tersebut. Tapi tidak di KL tanah air ku.

melihat sendiri bagaimana proses mencukur biri-biri, hebat hasilnya bulu biri-biri tersebut boleh dibentang semula seperti helaian karpet. tidak putus untuk seekor kambing. sebagai pelancong juga dibawa ke padang pasir, tanah gurun, di padang pasir dapat juga menikmati keindahan pasir-pasir halus yang diterbangkan dan akhirnya bermain ski atas pasir, tanah arab tak boleh buat kerana cuaca panas tapi di perth cuaca cukup sejuk perlu memaikai 'overcoat' untuk menutup badan.

disiplin mereka hebat, sebagai contoh, untuk melintas jalan selagi lampu hijau untuk pejalan kaki di nyalakan mereka tidak akan melintas. Masyarakat asli mereka 'mori' masih ada dan mereka seperti orang asli di tanah air kita, tapi mereka mendapat kemudahan serba serbi dan dilindungi oleh undang-undang.

akhirnya, kalau nak cerita lagi panjang, apakata rakan-rakan bloger dan pengunjung berpakat untuk kita melawati perth satu hari nanti.

Monday, June 22, 2009

ANTARA ISTIQAMAH DAN DEGIL

Berita TV3 telah menyiarkan rakaman temu ramah TGNA khusus berkaitan dengan UG - atas tajuk degil. Kalau dilihat dan diamati, memang TGNA amat tenang dan secara 'consistence' dalam memberikan jawapan apa yang dipesoalkan oleh pemberita.

Keputusan muktamar tahun lepas di IPOH telah memutuskan agar PAS bersama-sama dengan PR dalam mengendali uruskan perjuangan untuk kepentingan Agama, Bangsa dan Tanahir, tapi kenapa pula apabila muktamar di Shah Alam pula, dibangkitkan UG - United Goverment ( Kerajaan Perpaduan )?, sepatutnya perubahan dan hala tuju ini perlu di fikir oleh semua pihak, janganlah ada antara pemimpin yang memberikan respon atau memberikan ucapan untuk kepentingan peribadi.

Memang TGNA amat dukacita dalam hal ini, beliau merasakan apa yang diputuskan di IPOH masih releven untuk diperjuangkan, kesepakatan antara PR perlu digembelingkan, perjuangan untuk memastikan PRU13 mengubah landskap politik perlu di usahakan.

Yang bermasalah waktu ini bukan PAS dan bukan juga PR, tapi UMNO dan BN, kita boleh lihat bagaimana cacamerbanya hala tuju mereka, bagaimana di Perlis, Terengganu, krisis kepimpin terus berlaku. Jadi yang patut menganjorkan " perpaduan " ini bukan datang dari PAS/ PR sebaliknya dari UMNO / BN.

Lantas itu, ketegasan TGNA amat perlu diberikan sokongan, kesilapan yang berlaku terhadap YB Nasharuddin perlu difikirkan semasaknya untuk kepentingan dan keutuhan parti, PAS kini telah menjadi ikutan oleh " NON Muslim ", janganlah kerana isu ini akan melenyapkan sokongan " kelab penyokong " yang kini telah membara dan memuak-muak sokongan mereka terhadap PAS.

Beliau juga menyarankan agar kepimpinan UMNO / BN mengambil kesempatan dalam isu ini untuk memohon maaf kepada kerajaan Kelantan di bawah pimpinannya, dalam setiap tindakan yang dilakukan kepada Kelantas. Memang jelas dan nyata tindakan UMNO / BN terus membuli rakyat kelantan. Bagaimana nak diadakan perpaduan jika sikap dan perangai seperti " melepaskan anjing tersepit " Hampir 20 tahun rakyat dan kerajaan Kelantan di sengsarakan oleh UMNO / BN

Saturday, June 20, 2009

NA - SENSITIF KEPADA SEJARAH

UG - Kerajaan Perpaduan yang disuarakan kini telah menjadi penyakit laksana sebuah gunung berapi yang sedang meluahkan lahar serta asap tebal untuk meletup, Kepimpinan PAS sedang berperang antara satu sama lain, peperangan yang berlandaskan sejarah yang telah berjaya menyemput dan menyinkirkan PAS satu ketika dulu semasa UMNO tenat, tragedi 13Mei yang mengakhirkan zaman Tengku dan di ambil pula oleh Tun Razak. Kini zaman anakandanya pula cerita yang sama sedang di usahakan?

Kenapa agaknya Nik Aziz di tahap yang mendidih suhunya untuk mempertahankan agar bekerjasama dengan UMNO cukup tidak disengani?, sejarah silam yang mendukacitakan jangan diulang lagi. TGNA amat keciwa sampai waktu ini, sampai hampir 20 tahun memerintah Kelantan, BN terus menganak tirikan Rakyat kelantan, semua prasarana yang sapatutnya menjadi hak milik rakyat dan kerajaan negeri dinafikan.

Gran Perkapita di lambat-lambatkan, minyak yang digrudi dalam Kelantan, tapi dipunggahkan ke negera lain, apakah ini cara-cara mereka untuk sedia menjalinkan persefahaman, adakah BN sedar, majoriti penduduk di Kelantan adalah seagama, sebangsa dan jenazah akan disemadikan di kawasan tanah perkuburan yang sama, tapi kenapa mereka terus berhasad dengki dengan Kelantan.

Memang sepatutnya NA, memerahi Tim. Presiden, mungkin beliau tidak membaca sejarah keperitan yang dialami oleh PAS di Kelantan. Jadi kepada YB Nasharuddin perlulah merendahkan diri tapi bukan untuk menjadi hampa kepada orang lain. Fikirkan betapa teruk dan sengsaranya pemimpin dulu untuk membangunakan sebuah negera yang sentiasa di zalami oleh kerajaan pusat. Apakah kini YB Nasharuddin sudah mula naempak dan ada rasa keinginan bersama BN. Betul kata NA - nak bersama mereka pergilah tapi jangan heret PAS.

Kenapa PAS mempelawa Perpaduan - sedangkan yang tenat UMNO - sepatutnya UMNO yang merayu untuk perpaduan bukan PAS ( PR ). Apa yang penting perkuatkan PR, teruskan usaha untuk memastikan PRU 13 menjadi garis penamat kepada BN. Teruskan perjuangan.

Thursday, June 18, 2009

ORANG MANIK URAI - TINGGAL DI GUA

Tak susah cari susah, dah hidup senang nak merasa susah, nak kata susah tapi senang, tipu helah bagini apakah dipercayaai oleh setiap manusia yang mempunyai akal dan ada daya fikir yang mana " benar atau tipu ". Terpengaruhkah orang kampong jika seorang Timbalan Menteri tak ada kereta dengan pemandu?, tak ada rumah besar di kawasan elite, benarkah mereka tahu menoreh pokok getah, pernahkah mereka pergi meracun di bendang, pernahkah mereka menebas lalang, apakah kini penduduk di Manik Urai sedang bermimpin yang cukup ngeri.

Adalah pula seorang Tim. Menteri dari Kelantan mengarahkah jangan datang ke Manik Urai ketika ini dengan kereta Mewah, apakah kehadiran menteri hanya dengan proton saja, apakah mereka akan menaiki motor atau pun berkayuh basikal. Dalam tempoh PRK di Manik Urai ini, semua orang - Pemimpm UMNO akan menjiwai rakyat dengan melaksanakan hidup yang sederhana.

Apakah penduduk Manik Urai akan tertipu dengan cara ini?

Kenapa orang UMNO sering memperbodohkan pengundi-pengundi yang kini telah pun membuka mata dan berfikiran " glokar ", dalam keadaan dunia tampa sempadan ini pemimpin UMNO merasakan penduduk di Manik Urai masih lagi tinggal di gua-gua batu yang tak tau perangai dan rakam hidup pemimpin UMNO. Mereka kenal dan tahu siapa Anwar Musa, Mereka juga kenal Awang Adik, Siapa Mustafa Muhammad, Kerabat Diraja Tengku Razali Hamzah. Apakah jika mereka datang dengan proton saga, penduduk perjaya dengan cara hidup ini? Fikir-fikirlah.

Penduduk masih tertanya-tanya bila nak dihapuskan PPSMI?, Kenapa Bahasa Inggeris nak diwajibkan di SPM? kenaka nak sekat pelajar mengambil lebih dari 10 mata pelajaran di SPM, yang dapat cemerlang siapa dan subjek apa yang diambil oleh calun-calun tersebut - fikir-fikirkanlah

Wednesday, June 17, 2009

HARI GURU

Sebagai mengenang jasa-jasa mu guru, sampai lah masanya pula untuk majlis Perayaan hari Guru Peringkat Daerah diadakan. Perayaan ini sudah pastilah untuk guru-guru di Daerah yang tertentu sahaja. Terpampang kain rentang memaklumkan kepada masyarakat di mana pada 19 Jun ini, seluruh Pendididkan di daerah Perak Tengah akan menyamBut perayaan hari tesebut - GURU PEMBINA NEGARA BANGSA.

Selamat menyambut hari guru - teruskan khidmat untuk membina bangsa, membangunkan negara, pastikan anak didik boleh berfikir yang mana nyata dan batil.

PUTRAJAYA MENYUSAHKAN

Putra Jaya pusat pentadiran kerajaan persekutuan memang tidak dinafikan kehebatan dan kecanggihannya, kemana dan pejabat mana yang ingin kita kunjungi sudah pasti pas lawatan rasmi tanda pelawat perlu di bawa untuk di " tapkan " pada dinding dengan puzzle untuk memastikan pintu di buka. Kini untuk ke blok E satu gate besar telah di bina, guard merata-rata tempat, apakah Putra Jaya kini dalam keadaan berjaga-jaga seolah-olah ianya akan diserang oleh musuh, mungkin agaknya Chin Peng sedang merancang untuk tujuan tersebut ?

Keinginan untuk ke Pejabat PM amat terasa sekali, akhirnya dapat juga menjengok ke ruang di tingkat 1, tapi hanya sampai di post " terimaan surat " sahaja, untuk sampai ke tahap ini pun setiap pelawat perlu mengambil pas pelawat ( ini sudah di pastikan ), melalui lif, melalui beberapa pintu yang di " seal " hanya dengan pas yang dibawa baru boleh masuk. Laluannya pula amat sunyi kerana memang tidak orang yang lalu lalang, akhirnya sampai juga ke destinasi yang di arahkan.

Setaleh menyampaikan hasrat kepada PM ( hanya di ruang terimaa surat sahaja ), dengan nada berseloroh bertanya pada polis yang berkawal, tiadakah jalan yang paling mudah untuk sampai semula ke ruang tempat letak kerata, jawapan mudah, itulah saja laluan yang perlu dilalui semasa datang dan balik.Encik baru hari ini datang tapi kami yang bertugas hari-hari sehinggalah akhir hayat perkhidmatan.

Di hujung benak hati, tertanya-tanya juga kalau bagini memanglah sukar untuk bertemu dengan PM - cammana yang 1 Malaysia ( Rakyat di dahulukan, Pencapaian diUtamakan ), gimana rakyat nak mengadulah ya?, Sekali-sekali terasa juga apakah mereka cukup takut berdepan dengan rakyat? bukan di pejabat PM semua pejabat di Putra Jaya dilengkapi dengan peralatan yang cukup canggih dan menyusahkan.

Sunday, June 14, 2009

ANWAR - ANTARA SUNGAI BULUH & PUTRA JAYA

Mulai 1 Julai ini, DSAI sekali akan di hadapkan di mahkamah, juga sekali lagi dengan pertuduhan yang sama semasa belaiu menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri yang juga merangkap Timbalan Presiden UMNO. Akhirnya dengan penghujahan dan pertengkaran antara pembela dan pendakwa juga pertukaran beberapa kali pertuduhan dan " memaksa " DSAI di simpan selama 6 tahun di Sungai Buluh serta diikuti dengan larangan untuk melibatkan diri dalam arena politik tanah air.

Akhirnya, Anwar di bebaskan semasa Tun Dollah memerintah, tapi dengan kuasa yang rakus Anwar di pastikan tidak dapat menyertai PRU 12, tapi DSAI memainkan peranan untuk menyatu padukan parti pembangkang yang besar PAS, DAP dan Keadilan. Pertemua ini telah menghasilkan satu tsunamik politik tanah air, dan pertama kali parlimen tidak dikuasi 2/3 oleh BN. Implikasi dari keruntunhan ini, Tun Dollah hanya layak untuk menjadi PM kurang dari satu penggal.

Dengan strategi dan perancangan yang licik, akhirnya DSAI melalui PRK Permatang Pauh, di mana Datin Sri Wan Azizah meletakan jawatan dan DSAI kembali ke Perlimen dan terus dilatik sebagai ketua Pembangkang.

UMNO / BN memang terus memburu DSAI, merasa curiga di atas kemampuan polotiknya, jelas pada PRU12 5 negeri runtuk ke tangan PR ( kerajaan yang ditubuhkan atas dasar permuafaktan PAS, DAP dan Keadilan , Di parlimen 83 kerusi di miliki oleh PR cuma kurang 33 kerusi sahaja untuk ke Putra Jaya.

Helah demi helah dimain, perancangan demi perancangan direka cipta dan akhirnya sebelum PRK Permatang Pauh, Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan kes lewat DSAI dengan pegawai khasnya. Anwar di dakwa dan akan dibicarakan sekali lagi atas kes ini, semua orang terkejut hatta Tun M - orang yang pertama melaksanakan kes ini pun terkejut kenapa kepimpinan sekarang juga melaksanakan strategi yang sama. Kenapa tak cari cara lain untuk memastikan DSAI ke Sungai Buluh.

Kepada semua pejuang PR serta seluruh rakyat yang mencintai keadilan adalah dipohonkan untuk bersama-sama berdoakan agar Allah dapat memberikan petunjuk kepada mereka-mereka yang dalam keadaan benar. Anwar kah atau pun Shaiful yang benar?

Saturday, June 13, 2009

PENDEDAHAN LAGI PENDEDAHAN

Video pendedahan Datin Rosmah Mansor , wanita pertama Malaysia menggunakan bomoh kini menjadi isu hangat di alam cyber.

Pengakuan beberapa individu termasuk dari anak, adik beradik, saudara , orang gaji Datin Rosmah dalam klip video ini menjadi tanda tanya adakah benar apa yang mereka ceritakan itu.

Datin Rosmah sepatutnya mengambil tindakan samada menafikan atau mengambil tindakan jika individu-individu ini adalah berbohong kerana pasti Datin Rosmah mengenali semua mereka. Jika ini semua fitnah janganlah berdiam diri kerana rakyat pun nak tahu juga. Bawalah kes ini ke mahkamah jika Datin di pihak yang benar.


Thursday, June 11, 2009

MELAYU DI MATIKAN BERANSUR-ANSUR

Kenapa sejak menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan merangkap Menteri Pelajaran Tan Sri Mahyuddin membuka ruang untuk pengkritik mengkritik dirinya, dah lah masalah PPSMI masih belum tentu hujung pangkalnya dan kini di buka ruang dengan had maksima 10 mata pelajaran untuk SPM, kemudian wajib lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM.



Walaupun dalam kelembutan, Tan Sri memohon pandangan dan cadangan rakyat dalam mengubah dasar ini tapi kenapa perlu cari masalah?, kenapa sejak dua menjak ini kepimpinan UMNO amat gemar mencipta populariti yang tak popular. Kalangan cendiakawan pendidik masih menunggu keputusan pelaksanaan PPSMI, tiba-tiba Bahasa Inggeris pula wajib lulus di peringkat SPM.



Laporan Malaysia Kini, Ketua pemuda UMNO pula mencadangkan agar MUET pula mesti lulus agar para graduan ke pusat mengajian tinggi faseh dan petah berbahasa Inggeris. Kenapa jual isu tidak mengambil kira kemampuan asas, gurunya, kecukupan guru, taburan guru-guru Bahasa Inggeris, tahu kah mereka sekolah-sekolah luar bandar masih kekurangan guru kelompok ini, ambillah kesan pencapaian dari pelaksanaan PPSMI.



Kalau kita perhatikan kalangan pemimpin UMNO baik peringkat MKT, Bahagian, cawangan hatta ahli JKK tak pernah pun kedengaran mereka berhujjah dalam bahasa inggeris, sepatutnya " prinsip kepimpinan Melalui teladan " perlu di terapkan, masa kempen, KJ tak pernah pun berhujjah dalam Bahasa inggeris. Dalam Dewan semasa persidangan juga tak pernah beliau memohon dari speaker untuk memberikan ucapan dalam Bahasa Inggeris.



Untuk renungan dan perhatian, memang baik mempelajari Bahasa inggeris kerana Bahasa Inggeris adalah bahasa Dunia, tapi apakah Kementerian Pelajara sudah mampu memastika pengajaran dan pembelajaran ini dapat di jalankan dengan lancar dan baik, ucukup guru, taburan dan nisbah bilangan guru dan kelas perlu diambil kira. Dah cukup keperluan asas laksanakan lah, jangan jadi pelaksanaan PPSMI, mimpi malam ini, esok umum lusa laksana, yang jadi mangsa anak Melayu. Kalau di katakan UMNO nak bunuh Melayu marah, tapi tindak kerja memang jelas mereka cuba membunuh Melayu, pembbUBN, kepimpinan dari UMNO terus berusaha untuk memastikan gulongan pelajar Melayu tidak terpinggir dalam arus pendidikan negera, ahli bahasa terus terpekik terlolong memperjuangkan penggunaan Bahasa Melayu di arena pendidikan, tapi kepimpinan UMNO ( semestinya orang melayu ) terus mencipta cara mana agar pelajar Melayu terpinggir dan gagal untuk menguasai pembelajaran dan

Wednesday, June 10, 2009

KERAJAAN PERPADUAN

Isu Kerajaan Perpaduan kini memonopoli ruang dada akhbar perdana, yang jelas media cetak ini mengambil kesempatan untuk menambah rumitkan lagi persepakatan di kalangan Kepimpinan Pakatan Rakyat. Akhirnya Tun Mahathir juga turut memberikan pandangan, tapi yang peliknya Tun Abdullah macam dah mengikut jejak Tun Jane, lansung tidak ada sesiapa yang ingin menemuraha untuk mendapatkan buah fikirannya. Tun Abdullah memang tidak berkualiti, dapat dan melepaskan PM dengan cara yang tidak disenangi.

Berbalik kepada isu kerajaan perpaduan, ini sinilah letaknya keiklasan dalam kepimpinan, tidak semestinya setiap idea yang dilontarkan oleh ketua pemimpina perlu sentiasa di puji dan di sanjung. budaya puji puja adalah dalam UMNO / BN, cuba kita perhatikan setiap kali kenyataan yang dibuat oleh ketua pemimpin setiap ulasan mesti mengakui ianya hebat, terbaik, dan entah apa-apa lagi kata puji yang perlu di lembarkan kepada yang memberikan kenyataan. Kita lihat setiap kali pembentangan buget negara, hanya pemimpin pembangkang yang sedia memberikan komen berkaitan keburukan dan kebaikannya, contoh buget 2009, memang tak bagus dan akhirnya perlu diadakan buget mini sekali lagi. Tapi tidak ada tegoran untuk penambah baikan dan perancangan tersebut.

Itulah bezanya, khusus dalam PAS kemudian dalam Pakatan Rakyat, kenyataan pemimpin boleh di berikan tegoran dan pandangan secara terbuka, keadaan ini menampakan matangnya seseorang pemimpin, kerana ianya bersedia menerima tegoran bukan sentiasa perlu diampu saja.

Untuk itu, peimpim UMNO termasuk Mahathir tak perlulah risau dan rasa tenggelam punca untuk menangani problem ini. Insyaallah kata sepakat akan terjalin untuk kepentingan masa depan negara melalui PR.

Tuesday, June 9, 2009

BAHASA INGGERIS - BUNUH MELAYU

Hari ini UMNO / BN melalui Tim. Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran masih lagi berusaha untuk memastikan orang Melayu khususnya di luar bandar akan terpinggir dalam penguasan pembelajaran apabila beliua berusaha untuk memastik lulus Bahasa Inggeris dalam peperiksaan SPM.

Sepatutnya pihak Kementeria Pelajaran mengkaji keperluan guru Bahasa Inggeris di Sekolah-sekolah kebangsaan khususnya di luar bandar pada ketika ini sudah mencukupi mengikut keperluan yang sebenarnya. Memang tidak dinafikan, kegagalan pengusaan Bahasa Inggeris ada hubung kait dengan tenaga pengajar. Pada ketika ini, dipohon pihak kementerian, jabatan pelajaran, pejabat pelajaran daerah membuat satu kajian terperinci berkaitan dengan taburan guru-guru bahasa inggeris yang di tempatkan di sekolah-sekolah.

Yang ruginya nanti adalah orang-orang Melayu, Apakah ini memang stragegi UMNO / BN untuk membunuh orang-orang Melayu? Fikir-fikirkan. Laporan Berita Hairan 9 Jun 2009

Friday, June 5, 2009

TUN M - ISU CHIN PENG

Isu masa ini kembalinya Chin Peng ke negera asalnya Malaysia, semua pihak telah memberikan pandangan sama ada " ya " atau pun " tidak " kerana rata-rata melebalkan beliau adalah penderhaka kepada negera yang tercinta. Kezaliman tindakan komunis semasa zaman dharurat masih lagi terbayang-bayang di ingatan, apatah lagi dengan tayangan " Bukit Kepong " " Sergan Hassan " dan lain-lain gambar lagi yang mana semua plot dan jalan cerita mengisahkan bagaimana kejam dan zalimnya perbuatan mereka, diselitkan juga bagaimana adanya watak orang Melayu yang belot dan cuba mencari tempat dengan kezaliman Komunis tersebut.

Memang orang Melayu dengan kepimpinan melayu sering atau pun " mudah lupa ", kenapa kita mengamalkan double stardard dalam pengurusan negera, kenapa ada kalangan kepimpinan komunis yang seangkatan dengan Chin Peng kita benarkan balik, Aishah Pakeh, Rashid Maidin, kenapa pula kena pada Chin Peng kita tidak benarkan, adakah sikap dan tingkah laku pemimpin komunis dari kalangan orang Melayu kita boleh maafkan dan dari kalangan orang Cina " tiada maaf bagi mu " Bukankah tingkat laku mereka sama saja?

Negara Kita sering mengamalkan sikap dan kepenting diri sendiri - khususnya dari orang-orang UMNO- cuba kita lihat bagaimana mereka menggunakan Mahkamah, Sidang Dewan, SPR, PDRM dan akhirnya istana, apakah ini tidak akan berlaku di masa akan datang? di zaman dimana masyarakat Malaysia semuanya sudah mengetahui undang-undang tubuh negara dan negeri? masa itu nanti baru kita tahu bumi ini tinggi atau rendahnya. Kenapa untuk memastikan UMNO terus memerintah, negera sanggup menggunakan semua tipu helah. Peristiwa Aishah Pakeh, Rashid Maidin kini menular kepada Chin Peng.

Apakah tragedi Rampasan Kuasa Di Perak, SPR mengambil alih tugas Dewan Undangan Negeri, keanggohan kepimpinan UMNO tidak berulang di masa depan, siapa yang boleh memberikan jaminan peristiwa ini tidak berlaku?.
Berkaitan dengan coraten Che Det. Jangan perlekehkan Perjuangan UMNO dalam menuntut kemerdekaan, pandangan Tun M juga boleh mengelirukan, cuba lihat beberapa aspek pandangan tersebut, tentang kedaluatan Bahasa Melayu, siapa yang cuba dan sedang berusaha untuk menghapuskan penguasaannya, siapa yang menghapuskan tulisan jawi, siapa yang mengubah catatan sejarah di Malaysia? Kenapa TUN M kata orang Melayu UMNO sahaja yang memperjuangkan Kemerdekaan - ini satu kesilapan, nama-nama seperti Dr. Burhanuddin, mat Kilau dan ramai lagi. jadinya TUN M juga tidak iklas dalam memberikan pandangan. Inilah masalahnya, kita tidak benar-benar meletakan sesuatu yang hak itu pada tempatnya. Kepimpinan masih perlu berdolak dalik dalam menangani semua isu. Jadinya Chin Peng berani untuk mohon balik ke tanah airnya.

Thursday, June 4, 2009

SPRM & UMNO / BN

" Saya akan terus menjalankan tugas " kata Mogabe semasa lawatan ke Perak Tengah, " Walau pun ianya sukar - peguam Pakatan Rakyat akan meneruskan tuntutan " balasan dari YAB yang dinafikan hak oleh mahkamah rayuan atas kesilapan mahkamah tinggi. ( kan kah para hakim pada masa ini cukup bodoh, hakim mahkamah tinggi boleh membuat kesilapan dalam keputusan apa yang dibicarakan ? )

Kalau difikir-fikirkan berilah laluan kepada mogabe memerintah apa nak dikejarkan pun, PR perusaha dan tumpukan kepada tugas routin untuk memastikan PRU13 menghukum mereka, tapi rasa marah amat tinggi, kerana UMNO / BN dengan sokongan dan dokongan semua agensi kerajaan sentiasa mengamalkan sikap pilih bulu dalam pentadbirannya. lantas itu tinakan pahlawan YAB Nizar perlu mendapat sokongan untuk tidakan selanjutnya.

LAWAN TERUS LAWAN.

Krisis di Perak, UMNO / BN, di sulului dengan PPP / BN, sokongan Gerakan, MCA / BN dalam krisis di Perak menampakan keadaan BN dalam tenat sekali. Krisis demi krisis di alami, kini Tuhan juga menghukum mereka dengan usia yang cukup muda atap stadium di Gong Badan pula roboh, dulu dah di maklumkan SPRM perlu siasat salah guna kuasa, salah laku pengurusan kewangan, tapi SPRM tidak terdaya malahan memberikan komen-komen yang menyebelehai pihak UMNO / BN. Tersungkurnya stadium ini juga, kita boleh pastikan ayat-ayat yang akan keluar dari mulat-mulat pegawai SPRM, ianya sudah takdir, siapa boleh menghalang takdir, rukun Iman ke 6, gada dan gadar.

Kita boleh lihat, kdang-kadang kanak-kanak kecil pun tahu menilai satu-satu projek tapi oleh kerana ianya meliubatkan kepimpinan dalam UMNO / BN ianya di berikan kebebasan yang semaksima mungkin. Akhirnya Tuhan menujunkan apa yang sepatutnya.

PENDIDIKAN - KEMANA HALA TUJU SEBENAR?

Selepas Tan Sri Muhuyiddin menjalankan tugas di Pejabat Kementerian Pelajaran, beliau terus mengukir satu isu baru dimana KP mencadangkan untuk menghadkan para pelajar agar memaksimakan subjek semasa di SPM, kalau dulu di pulangkan kepada kemampunan para pelajar tapi dengan menteri baru ini, dicadangkan agar had 10 sahaja serta penguasan di pastikan kepada mata pelajaran teras.

Memang tidak dinafikan ada " pro dan con " dalam menangani masalah ini, semasa sembang-sembang sambil menegok nescafe dan disulamkan dengan kuih " tepek " ( pisang awak di lecek dan di bakar dengan daun pisang serta di letakan kelapa parut sebagai inti, orang sini panggil dengan nama " pisa pisang ", isu memaksima kan mata pelajaran selain dari masalah PPSMI memang tidak ditinggalkan. Ianya masih hangat lagi.

Kita perlu realistik, penambahan mata pelajaran yang diambil oleh pelajar kebanyakan dari subjek agama, seperti usulusdin, tasaur dan lain-lain. jadi apa kala pihak KP menetapkan hanya pelajaran teras sudah pasti subjek ini tidak menjadi pilihan, untuk rugi anda fikirkanlah. Untuk itu berilah peluang kepada para pelajar kita mendalami hal ehwal keagamaan dengan lebih mendalam. Nanti kita risau belajar sains, matematik hebat serta lahirlah seorang pengira yang bijak tapi malangnya, pengira ini langsung dalam dirinya tidak di semaikan dengan bibit-bibit cintakan agama serta gagal dalam pembentukan insan yang soleh. Apa akan jadi pada insan yang akan menjadi penghuni di dunia ini kelak.

Berbalik kepada PPSMI - objektif utama program ini adalah untuk melahirkan murid dan pelajar yang mampu bertutur dan berdailog dan berhujah dengan menggunakan Bahasa Inggeris, tapi apakah ini berlaku? kita lihat saja murid dan pelajar semasa mereka berada di rumah adakah di kalangan mereka mampu berbahasa Inggeris? Semasa mereka bersama rakan sebaya adakah mereka berbahasa Inggeris? Memang benar mereka berjaya dalam menjawab kertas soalan tapi benar dan sahihkah kejayaan dan markah yang diperolihi itu melambangkan mencapaian dan kejayaan PPSMI.

Kenapa arena pendidikan menjadi gelanggan uji kaji oleh UMNO / BN? Tan Sri kini sedang menghadapi delima pemansuhan PPSMI, kita berdoa agar pemsuhan dapat dilaksanakan serta kembalilah ke pangkal jalan. Pengundi dan Penyokong di luar bandar masih merena dengan perubahan pengurusan pendidikan tersebut.

Untuk

Wednesday, June 3, 2009

Hadkan 10 subjek untuk SPM : Antara Realiti Tewas , Keutuhan ILMU @ Nak Selamatkan Diri

Sumber : http://www.ppdperaktengah.edu.my

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom meminta semua pihak mengemukakan pandangan berhubung kewajaran langkah kerajaan mengehadkan maksimum 10 mata pelajaran untuk calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerusi surat, faksimile dan e-mel dalam tempoh dua minggu, bermula semalam.

Ibu bapa, individu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti politik dan semua yang terbabit boleh menulis surat ke alamat Aras 8, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, 62604 Putrajaya.

Selain itu, sebarang pendapat juga boleh dihantar menerusi faksimile di talian 03-88894548 atau melalui e-mel beliau sendiri, iaitu alimuddin.dom@moe. gov.my.

KOMENTAR DI BLOG INI SILA KLIK 'RESPON'

Tuesday, June 2, 2009

PILIHANRAYA DI MALAYSIA

Apa yang terjadi di Penanti, salah sebuah DUN di Pulau Pinang pada PRK yang lepas jelas menujukan kepada kita bahawa Malaysia kini sedang dalam proses dari sebuah negara demokrasi ke negara pemerintahan kuku besi. Bagaimana dalam sebuah negera ketiga yang di dakwa sudah maju, matang dan sedia menghadapi setiap risiko yang di hadapi, bak kata pepetah " melintang lalu membujuk patah "

Tapi ianya tidak semudah itu, kita lihat saja ( khusus kepada pemiliha yang telah acap kali memilih ( mengundi ) satu ketika dulu mengundi hanya di ruang yang ditetapkan, dan perlu " memangkah " calun yang menjadi pilihan, tapi kini kita lihat, diman-mana pun aci, asalahkan di dalam ruang calun yang menjadi pilihan. Kan kah itu menandakan pemilihan di malaysia bukan bertambah matang dalam pilihan raya tapi sebaliknya. Walau bagaimana pun undi rosak masih banyak.

Balik ke PRK Penanti, BN parti pemerintah menarik diri, Polis mengawal di pusat pengundian, bukan mengawal keselamatan tapi memastikan ahli-ahli UMNO tidak mengundi, kerana apa semata-mata kerana UMNO/ BN tidak bertanding? Kenapa perlu diarahkan pemilih untuk tidak keluar mengundi, walau pun pernah satu ketika PAS berbuat demikian, kenapa perkara yang tidak demokratik itu menjadi garis panduan dalam proses demokrasi, apa itu yang di tuntutan - kah itu melihatkan betapa bodohnya Ketua pemuda UMNO.

Kepada CalunPR - dari PKR tahniah walaupun lawannya agak mudah tapi sampai dapat menghilangkan wang deposit ketiga-tiga calun bebas agak membanggakan terutama kepada Puan Minah Joget. Apa cam sekarang adakah nak diteruskan dakwaan salah laku ahli PKR tempoh hari atau pun kita bersedia pula ke Manik Urai.

Kepada kepimpinan UMNO tak usahlah berdolak dalik, " kalau kail panjang sejengkal jangan di duga lautan yang dalam " akuilah keadaan parti UMNO dalam keadaan amat kritikal, seeloknya jangan terlibat dengan semua pilihan raya sebaliknya tumpukan kepada penambahbaikan kepada parti sahaja.

Hanya pandangan, ubahlah perangai buruk laku, jangan pandai cakap yang dah diketahui oleh rakyat apa maksud setiap apa saja yang diucapkan. Rakyat dah pandai menilai dan memberikan andaian apa yang tersirat dari setiap ucapan.

Majoriti 5ribu lebih tu kalau UMNO meletaknay calun pun kalah dalam tangan, tindakan tidak menyertai PRK memang tepat, tapi kenapa gatal pula nak joint di Manik Urai. PAS memang dah kuat di kelantan, dari majoriti satu pada PRU11 kini UMNO / BN hanya tinggal tak berapa kerusi pun. Untuk DS PM dan TS TPM tak usahlah mencari malu di manik urai.


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA