Isu masa ini kembalinya Chin Peng ke negera asalnya Malaysia, semua pihak telah memberikan pandangan sama ada " ya " atau pun " tidak " kerana rata-rata melebalkan beliau adalah penderhaka kepada negera yang tercinta. Kezaliman tindakan komunis semasa zaman dharurat masih lagi terbayang-bayang di ingatan, apatah lagi dengan tayangan " Bukit Kepong " " Sergan Hassan " dan lain-lain gambar lagi yang mana semua plot dan jalan cerita mengisahkan bagaimana kejam dan zalimnya perbuatan mereka, diselitkan juga bagaimana adanya watak orang Melayu yang belot dan cuba mencari tempat dengan kezaliman Komunis tersebut.
Memang orang Melayu dengan kepimpinan melayu sering atau pun " mudah lupa ", kenapa kita mengamalkan double stardard dalam pengurusan negera, kenapa ada kalangan kepimpinan komunis yang seangkatan dengan Chin Peng kita benarkan balik, Aishah Pakeh, Rashid Maidin, kenapa pula kena pada Chin Peng kita tidak benarkan, adakah sikap dan tingkah laku pemimpin komunis dari kalangan orang Melayu kita boleh maafkan dan dari kalangan orang Cina " tiada maaf bagi mu " Bukankah tingkat laku mereka sama saja?
Negara Kita sering mengamalkan sikap dan kepenting diri sendiri - khususnya dari orang-orang UMNO- cuba kita lihat bagaimana mereka menggunakan Mahkamah, Sidang Dewan, SPR, PDRM dan akhirnya istana, apakah ini tidak akan berlaku di masa akan datang? di zaman dimana masyarakat Malaysia semuanya sudah mengetahui undang-undang tubuh negara dan negeri? masa itu nanti baru kita tahu bumi ini tinggi atau rendahnya. Kenapa untuk memastikan UMNO terus memerintah, negera sanggup menggunakan semua tipu helah. Peristiwa Aishah Pakeh, Rashid Maidin kini menular kepada Chin Peng.
Apakah tragedi Rampasan Kuasa Di Perak, SPR mengambil alih tugas Dewan Undangan Negeri, keanggohan kepimpinan UMNO tidak berulang di masa depan, siapa yang boleh memberikan jaminan peristiwa ini tidak berlaku?.
Berkaitan dengan coraten Che Det. Jangan perlekehkan Perjuangan UMNO dalam menuntut kemerdekaan, pandangan Tun M juga boleh mengelirukan, cuba lihat beberapa aspek pandangan tersebut, tentang kedaluatan Bahasa Melayu, siapa yang cuba dan sedang berusaha untuk menghapuskan penguasaannya, siapa yang menghapuskan tulisan jawi, siapa yang mengubah catatan sejarah di Malaysia? Kenapa TUN M kata orang Melayu UMNO sahaja yang memperjuangkan Kemerdekaan - ini satu kesilapan, nama-nama seperti Dr. Burhanuddin, mat Kilau dan ramai lagi. jadinya TUN M juga tidak iklas dalam memberikan pandangan. Inilah masalahnya, kita tidak benar-benar meletakan sesuatu yang hak itu pada tempatnya. Kepimpinan masih perlu berdolak dalik dalam menangani semua isu. Jadinya Chin Peng berani untuk mohon balik ke tanah airnya.
No comments:
Post a Comment