Mulai 1 Julai ini, DSAI sekali akan di hadapkan di mahkamah, juga sekali lagi dengan pertuduhan yang sama semasa belaiu menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri yang juga merangkap Timbalan Presiden UMNO. Akhirnya dengan penghujahan dan pertengkaran antara pembela dan pendakwa juga pertukaran beberapa kali pertuduhan dan " memaksa " DSAI di simpan selama 6 tahun di Sungai Buluh serta diikuti dengan larangan untuk melibatkan diri dalam arena politik tanah air.
Akhirnya, Anwar di bebaskan semasa Tun Dollah memerintah, tapi dengan kuasa yang rakus Anwar di pastikan tidak dapat menyertai PRU 12, tapi DSAI memainkan peranan untuk menyatu padukan parti pembangkang yang besar PAS, DAP dan Keadilan. Pertemua ini telah menghasilkan satu tsunamik politik tanah air, dan pertama kali parlimen tidak dikuasi 2/3 oleh BN. Implikasi dari keruntunhan ini, Tun Dollah hanya layak untuk menjadi PM kurang dari satu penggal.
Dengan strategi dan perancangan yang licik, akhirnya DSAI melalui PRK Permatang Pauh, di mana Datin Sri Wan Azizah meletakan jawatan dan DSAI kembali ke Perlimen dan terus dilatik sebagai ketua Pembangkang.
UMNO / BN memang terus memburu DSAI, merasa curiga di atas kemampuan polotiknya, jelas pada PRU12 5 negeri runtuk ke tangan PR ( kerajaan yang ditubuhkan atas dasar permuafaktan PAS, DAP dan Keadilan , Di parlimen 83 kerusi di miliki oleh PR cuma kurang 33 kerusi sahaja untuk ke Putra Jaya.
Helah demi helah dimain, perancangan demi perancangan direka cipta dan akhirnya sebelum PRK Permatang Pauh, Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan kes lewat DSAI dengan pegawai khasnya. Anwar di dakwa dan akan dibicarakan sekali lagi atas kes ini, semua orang terkejut hatta Tun M - orang yang pertama melaksanakan kes ini pun terkejut kenapa kepimpinan sekarang juga melaksanakan strategi yang sama. Kenapa tak cari cara lain untuk memastikan DSAI ke Sungai Buluh.
Kepada semua pejuang PR serta seluruh rakyat yang mencintai keadilan adalah dipohonkan untuk bersama-sama berdoakan agar Allah dapat memberikan petunjuk kepada mereka-mereka yang dalam keadaan benar. Anwar kah atau pun Shaiful yang benar?
No comments:
Post a Comment