Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, June 17, 2009

PUTRAJAYA MENYUSAHKAN

Putra Jaya pusat pentadiran kerajaan persekutuan memang tidak dinafikan kehebatan dan kecanggihannya, kemana dan pejabat mana yang ingin kita kunjungi sudah pasti pas lawatan rasmi tanda pelawat perlu di bawa untuk di " tapkan " pada dinding dengan puzzle untuk memastikan pintu di buka. Kini untuk ke blok E satu gate besar telah di bina, guard merata-rata tempat, apakah Putra Jaya kini dalam keadaan berjaga-jaga seolah-olah ianya akan diserang oleh musuh, mungkin agaknya Chin Peng sedang merancang untuk tujuan tersebut ?

Keinginan untuk ke Pejabat PM amat terasa sekali, akhirnya dapat juga menjengok ke ruang di tingkat 1, tapi hanya sampai di post " terimaan surat " sahaja, untuk sampai ke tahap ini pun setiap pelawat perlu mengambil pas pelawat ( ini sudah di pastikan ), melalui lif, melalui beberapa pintu yang di " seal " hanya dengan pas yang dibawa baru boleh masuk. Laluannya pula amat sunyi kerana memang tidak orang yang lalu lalang, akhirnya sampai juga ke destinasi yang di arahkan.

Setaleh menyampaikan hasrat kepada PM ( hanya di ruang terimaa surat sahaja ), dengan nada berseloroh bertanya pada polis yang berkawal, tiadakah jalan yang paling mudah untuk sampai semula ke ruang tempat letak kerata, jawapan mudah, itulah saja laluan yang perlu dilalui semasa datang dan balik.Encik baru hari ini datang tapi kami yang bertugas hari-hari sehinggalah akhir hayat perkhidmatan.

Di hujung benak hati, tertanya-tanya juga kalau bagini memanglah sukar untuk bertemu dengan PM - cammana yang 1 Malaysia ( Rakyat di dahulukan, Pencapaian diUtamakan ), gimana rakyat nak mengadulah ya?, Sekali-sekali terasa juga apakah mereka cukup takut berdepan dengan rakyat? bukan di pejabat PM semua pejabat di Putra Jaya dilengkapi dengan peralatan yang cukup canggih dan menyusahkan.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA