Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, June 4, 2009

PENDIDIKAN - KEMANA HALA TUJU SEBENAR?

Selepas Tan Sri Muhuyiddin menjalankan tugas di Pejabat Kementerian Pelajaran, beliau terus mengukir satu isu baru dimana KP mencadangkan untuk menghadkan para pelajar agar memaksimakan subjek semasa di SPM, kalau dulu di pulangkan kepada kemampunan para pelajar tapi dengan menteri baru ini, dicadangkan agar had 10 sahaja serta penguasan di pastikan kepada mata pelajaran teras.

Memang tidak dinafikan ada " pro dan con " dalam menangani masalah ini, semasa sembang-sembang sambil menegok nescafe dan disulamkan dengan kuih " tepek " ( pisang awak di lecek dan di bakar dengan daun pisang serta di letakan kelapa parut sebagai inti, orang sini panggil dengan nama " pisa pisang ", isu memaksima kan mata pelajaran selain dari masalah PPSMI memang tidak ditinggalkan. Ianya masih hangat lagi.

Kita perlu realistik, penambahan mata pelajaran yang diambil oleh pelajar kebanyakan dari subjek agama, seperti usulusdin, tasaur dan lain-lain. jadi apa kala pihak KP menetapkan hanya pelajaran teras sudah pasti subjek ini tidak menjadi pilihan, untuk rugi anda fikirkanlah. Untuk itu berilah peluang kepada para pelajar kita mendalami hal ehwal keagamaan dengan lebih mendalam. Nanti kita risau belajar sains, matematik hebat serta lahirlah seorang pengira yang bijak tapi malangnya, pengira ini langsung dalam dirinya tidak di semaikan dengan bibit-bibit cintakan agama serta gagal dalam pembentukan insan yang soleh. Apa akan jadi pada insan yang akan menjadi penghuni di dunia ini kelak.

Berbalik kepada PPSMI - objektif utama program ini adalah untuk melahirkan murid dan pelajar yang mampu bertutur dan berdailog dan berhujah dengan menggunakan Bahasa Inggeris, tapi apakah ini berlaku? kita lihat saja murid dan pelajar semasa mereka berada di rumah adakah di kalangan mereka mampu berbahasa Inggeris? Semasa mereka bersama rakan sebaya adakah mereka berbahasa Inggeris? Memang benar mereka berjaya dalam menjawab kertas soalan tapi benar dan sahihkah kejayaan dan markah yang diperolihi itu melambangkan mencapaian dan kejayaan PPSMI.

Kenapa arena pendidikan menjadi gelanggan uji kaji oleh UMNO / BN? Tan Sri kini sedang menghadapi delima pemansuhan PPSMI, kita berdoa agar pemsuhan dapat dilaksanakan serta kembalilah ke pangkal jalan. Pengundi dan Penyokong di luar bandar masih merena dengan perubahan pengurusan pendidikan tersebut.

Untuk

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA