salah hormat dan penoh takzim, berkat dengan doa engkawan, sekembali dari Perth alhamdulillah serangan selsema babi setakat scaning di airport selamat, walaubagaiman pun edah 7 hari perlu di lalui, kerana simpton deman dan batuk-batuk adalah pratanda adanya jangkitan tersebut.
selama 5 hari 4 malam berada di Perth, banyak pengelaman cara hidup masyarakat di sana dapat di pelajari, pada ketika ini, malam lebih panjang dari siang, waktu sama dengan Malaysia tapi masuk waktu sembahyang lebih awal, zohor pada jam 12.30 pm dan seterusnya, waktu niaga di hadkan jam 5.30 petang sahaja. Waktu ini juga matahari sudah terbenam dan waktu maghrib dah masuk.
bagaimana agaknya kerajaan di perth memerintah? kerajaan boleh bagi bas percuma untuk mengelilingi bandaraya Perth, 3 laluan disediakan, bas warna mereh, kuning dan hijau untuk digunakan oleh semua penggunaan ke laluan yang disediakan. kalau nak melihat sekitar Perth, naik aja bas tersebut. Tapi tidak di KL tanah air ku.
melihat sendiri bagaimana proses mencukur biri-biri, hebat hasilnya bulu biri-biri tersebut boleh dibentang semula seperti helaian karpet. tidak putus untuk seekor kambing. sebagai pelancong juga dibawa ke padang pasir, tanah gurun, di padang pasir dapat juga menikmati keindahan pasir-pasir halus yang diterbangkan dan akhirnya bermain ski atas pasir, tanah arab tak boleh buat kerana cuaca panas tapi di perth cuaca cukup sejuk perlu memaikai 'overcoat' untuk menutup badan.
disiplin mereka hebat, sebagai contoh, untuk melintas jalan selagi lampu hijau untuk pejalan kaki di nyalakan mereka tidak akan melintas. Masyarakat asli mereka 'mori' masih ada dan mereka seperti orang asli di tanah air kita, tapi mereka mendapat kemudahan serba serbi dan dilindungi oleh undang-undang.
akhirnya, kalau nak cerita lagi panjang, apakata rakan-rakan bloger dan pengunjung berpakat untuk kita melawati perth satu hari nanti.
No comments:
Post a Comment