Berita TV3 telah menyiarkan rakaman temu ramah TGNA khusus berkaitan dengan UG - atas tajuk degil. Kalau dilihat dan diamati, memang TGNA amat tenang dan secara 'consistence' dalam memberikan jawapan apa yang dipesoalkan oleh pemberita.
Keputusan muktamar tahun lepas di IPOH telah memutuskan agar PAS bersama-sama dengan PR dalam mengendali uruskan perjuangan untuk kepentingan Agama, Bangsa dan Tanahir, tapi kenapa pula apabila muktamar di Shah Alam pula, dibangkitkan UG - United Goverment ( Kerajaan Perpaduan )?, sepatutnya perubahan dan hala tuju ini perlu di fikir oleh semua pihak, janganlah ada antara pemimpin yang memberikan respon atau memberikan ucapan untuk kepentingan peribadi.
Memang TGNA amat dukacita dalam hal ini, beliau merasakan apa yang diputuskan di IPOH masih releven untuk diperjuangkan, kesepakatan antara PR perlu digembelingkan, perjuangan untuk memastikan PRU13 mengubah landskap politik perlu di usahakan.
Yang bermasalah waktu ini bukan PAS dan bukan juga PR, tapi UMNO dan BN, kita boleh lihat bagaimana cacamerbanya hala tuju mereka, bagaimana di Perlis, Terengganu, krisis kepimpin terus berlaku. Jadi yang patut menganjorkan " perpaduan " ini bukan datang dari PAS/ PR sebaliknya dari UMNO / BN.
Lantas itu, ketegasan TGNA amat perlu diberikan sokongan, kesilapan yang berlaku terhadap YB Nasharuddin perlu difikirkan semasaknya untuk kepentingan dan keutuhan parti, PAS kini telah menjadi ikutan oleh " NON Muslim ", janganlah kerana isu ini akan melenyapkan sokongan " kelab penyokong " yang kini telah membara dan memuak-muak sokongan mereka terhadap PAS.
Beliau juga menyarankan agar kepimpinan UMNO / BN mengambil kesempatan dalam isu ini untuk memohon maaf kepada kerajaan Kelantan di bawah pimpinannya, dalam setiap tindakan yang dilakukan kepada Kelantas. Memang jelas dan nyata tindakan UMNO / BN terus membuli rakyat kelantan. Bagaimana nak diadakan perpaduan jika sikap dan perangai seperti " melepaskan anjing tersepit " Hampir 20 tahun rakyat dan kerajaan Kelantan di sengsarakan oleh UMNO / BN
No comments:
Post a Comment