Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, June 11, 2009

MELAYU DI MATIKAN BERANSUR-ANSUR

Kenapa sejak menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan merangkap Menteri Pelajaran Tan Sri Mahyuddin membuka ruang untuk pengkritik mengkritik dirinya, dah lah masalah PPSMI masih belum tentu hujung pangkalnya dan kini di buka ruang dengan had maksima 10 mata pelajaran untuk SPM, kemudian wajib lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM.



Walaupun dalam kelembutan, Tan Sri memohon pandangan dan cadangan rakyat dalam mengubah dasar ini tapi kenapa perlu cari masalah?, kenapa sejak dua menjak ini kepimpinan UMNO amat gemar mencipta populariti yang tak popular. Kalangan cendiakawan pendidik masih menunggu keputusan pelaksanaan PPSMI, tiba-tiba Bahasa Inggeris pula wajib lulus di peringkat SPM.



Laporan Malaysia Kini, Ketua pemuda UMNO pula mencadangkan agar MUET pula mesti lulus agar para graduan ke pusat mengajian tinggi faseh dan petah berbahasa Inggeris. Kenapa jual isu tidak mengambil kira kemampuan asas, gurunya, kecukupan guru, taburan guru-guru Bahasa Inggeris, tahu kah mereka sekolah-sekolah luar bandar masih kekurangan guru kelompok ini, ambillah kesan pencapaian dari pelaksanaan PPSMI.



Kalau kita perhatikan kalangan pemimpin UMNO baik peringkat MKT, Bahagian, cawangan hatta ahli JKK tak pernah pun kedengaran mereka berhujjah dalam bahasa inggeris, sepatutnya " prinsip kepimpinan Melalui teladan " perlu di terapkan, masa kempen, KJ tak pernah pun berhujjah dalam Bahasa inggeris. Dalam Dewan semasa persidangan juga tak pernah beliau memohon dari speaker untuk memberikan ucapan dalam Bahasa Inggeris.



Untuk renungan dan perhatian, memang baik mempelajari Bahasa inggeris kerana Bahasa Inggeris adalah bahasa Dunia, tapi apakah Kementerian Pelajara sudah mampu memastika pengajaran dan pembelajaran ini dapat di jalankan dengan lancar dan baik, ucukup guru, taburan dan nisbah bilangan guru dan kelas perlu diambil kira. Dah cukup keperluan asas laksanakan lah, jangan jadi pelaksanaan PPSMI, mimpi malam ini, esok umum lusa laksana, yang jadi mangsa anak Melayu. Kalau di katakan UMNO nak bunuh Melayu marah, tapi tindak kerja memang jelas mereka cuba membunuh Melayu, pembbUBN, kepimpinan dari UMNO terus berusaha untuk memastikan gulongan pelajar Melayu tidak terpinggir dalam arus pendidikan negera, ahli bahasa terus terpekik terlolong memperjuangkan penggunaan Bahasa Melayu di arena pendidikan, tapi kepimpinan UMNO ( semestinya orang melayu ) terus mencipta cara mana agar pelajar Melayu terpinggir dan gagal untuk menguasai pembelajaran dan

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA