Isu Kerajaan Perpaduan kini memonopoli ruang dada akhbar perdana, yang jelas media cetak ini mengambil kesempatan untuk menambah rumitkan lagi persepakatan di kalangan Kepimpinan Pakatan Rakyat. Akhirnya Tun Mahathir juga turut memberikan pandangan, tapi yang peliknya Tun Abdullah macam dah mengikut jejak Tun Jane, lansung tidak ada sesiapa yang ingin menemuraha untuk mendapatkan buah fikirannya. Tun Abdullah memang tidak berkualiti, dapat dan melepaskan PM dengan cara yang tidak disenangi.
Berbalik kepada isu kerajaan perpaduan, ini sinilah letaknya keiklasan dalam kepimpinan, tidak semestinya setiap idea yang dilontarkan oleh ketua pemimpina perlu sentiasa di puji dan di sanjung. budaya puji puja adalah dalam UMNO / BN, cuba kita perhatikan setiap kali kenyataan yang dibuat oleh ketua pemimpin setiap ulasan mesti mengakui ianya hebat, terbaik, dan entah apa-apa lagi kata puji yang perlu di lembarkan kepada yang memberikan kenyataan. Kita lihat setiap kali pembentangan buget negara, hanya pemimpin pembangkang yang sedia memberikan komen berkaitan keburukan dan kebaikannya, contoh buget 2009, memang tak bagus dan akhirnya perlu diadakan buget mini sekali lagi. Tapi tidak ada tegoran untuk penambah baikan dan perancangan tersebut.
Itulah bezanya, khusus dalam PAS kemudian dalam Pakatan Rakyat, kenyataan pemimpin boleh di berikan tegoran dan pandangan secara terbuka, keadaan ini menampakan matangnya seseorang pemimpin, kerana ianya bersedia menerima tegoran bukan sentiasa perlu diampu saja.
Untuk itu, peimpim UMNO termasuk Mahathir tak perlulah risau dan rasa tenggelam punca untuk menangani problem ini. Insyaallah kata sepakat akan terjalin untuk kepentingan masa depan negara melalui PR.
No comments:
Post a Comment